Selasa, 29 Jun 2010

Bengkel Memasak (Tradisional dan Barat)

Sekitar Bengkel Memasak (Tradisional dan Barat) yang telah diadakan pada 26 Jun 2010 yang lalu. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas bantuan kewangan program. Terima kasih kepada tenaga pengajar, Puan Hajah Siti Aishah Moh Som dan Puan Rossini Misron. Syabas kepada semua 20 orang peserta (ahli dan AJK) yang menyertai program ini.

Laporan lengkap di Facebook Belia Felda Pemanis.



Pertandingan Nasyid Belia Felda Kebangsaan 2010

Mengucapkan tahniah kpd kump Jannatul Firdaus dari Felda Pemanis Dua (mewakili Wilayah Segamat) yg memenangi tempat ke - 3 dlm Pertandingan Nasyid sempena Perujian Al - Quran, Nasyid dan Syarahan Felda / MBFM 2010 Kebangsaan. Memenangi RM 2,000, hadiah iringan dan sijil. Walaupun pencapaian ...sedikit menurun berbanding tahun lepas, tapi ia suatu yg harus dibanggakan. Syabas dan Tahniah ...!!!

Tahniah kepada :
1 - Irdawati Haji Wagiman (Ketua Kumpulan)
2 - Nor Irdayu Haji Wagiman
3 - Ananurlela Abd Rahim (Ana Azmi)
4 - Siti Radhiah Jambari... See More
5 - Rabiatul Syamimi Razali
6 - Roslina Abd Aziz (Ina Aziz)
7 - Abd Salihul Halim Haji Wagiman (Cokelat Maseh Manes)
8 - Mohd Amirul Atan

dan semua individu yg telah menyumbang tenaga. Komposer lagu, editor CD digital, penyelaras, jurufoto, penyokong2, penjahit baju, pemandu dan sukarelawan.


Selasa, 22 Jun 2010

Gangguan Bekalan Air di Felda Pemanis 1 dan 2

JOHOR BAHRU 21 Jun - Orang ramai di seluruh Felda Pemanis 1 dan 2 dan Ladang Mados, Segamat diminta menyimpan bekalan air secukupnya kerana akan berlaku gangguan pada Rabu, Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Air Pemanis, Segamat dan penyambungan paip baru di persimpangan Jalan Maharani, Muar.

"Gangguan berlaku selama lima jam bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di seluruh Felda Pemanis 1 dan 2 dan seluruh Ladang Mados.

"Sementara kerja-kerja penyambungan paip akan mengambil masa kira-kira 20 jam yang bermula pukul 10 malam Sabtu hingga 6 petang Ahad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antara tempat yang terlibat adalah seluruh perkampungan Jalan Daud merangkumi Jalan Said Tahir dan Lorong Serkam, kawasan Kompleks Perhentian Bas Awam Bandar di Jalan Maharani dan seluruh Jalan Junid bermula dari surau Tadak Utara hingga ke jambatan Parit Perupuk Jalan Junid Dalam.

Lain-lain tempat adalah Jalan Abd. Rahman bermula dari kediaman rasmi Datuk Pegawai Daerah Muar hingga ke Jambatan Parit Sakai Jalan Abd. Rahman, seluruh Jalan Khalidi bermula dari Kampung Seri Pantai Jalan Junid hingga ke bulatan Jalan Khalidi merangkumi Taman Khalidi Baru, Taman Tanjung Baru dan sekitar.

Orang ramai yang memerlukan bantuan diminta menghubungi SAJH di talian 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau emel kecustomer.care@saj.com.my.

Sumber : www.utusan.com my dan www.saj.com.my

Ahad, 20 Jun 2010

Bengkel Masakan (Barat dan Tradisional)

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama GPW Felda Pemanis Dua akan mengadakan Bengkel Masakan (Barat dan Tradsional) pada Sabtu, 26 Jun 2010.

Bermula jam 08.00 pagi - 12.00 tengah hari. Tempat : Dapur GPW Felda Pemanis Dua. Peserta akan mempelajari satu jenis masakan barat dan satu masakan tradisional, secara praktikal dan kemudiannya akan dijamu utk semua.

Yuran Penyertaan : RM 5 / org. Sijil & tshirt percuma diberikan. Penyertaan TERHAD kpd 10 org sahaja. Dapatkan borang pd Urusetia Persatuan Belia G2 Felda Pemanis atau cetak borang yg dilampirkan kemudian kembalikan. Dibuka kpd semua lelaki & wanita.

Hubungi : Hanafie Hasim, Mohd Syawal Baharudin atau Hajah Siti Aishah Moh Som (ibunda kepada Cokelat Maseh Manes dan Nor Irdayu Hj Wagiman). Cepat!!!!

Khamis, 17 Jun 2010

Kursus Asas Skuad Muda RELA Siri 2/ 2010

Syabas dan tahniah kepada wira negara!

Seminggu, bermula 10 - 16 Jun 2010, lima orang belia kita telah menyahut cabaran untuk menjalani Kursus Asas Skuad Muda RELA (ASMR) Siri 2 / 2010 di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang, Melaka. Projek khas bersama RELA Kementerian Dalam Negeri dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Marilah kita sama - sama pula untuk menyahut cabaran ini! Jika mereka boleh, mengapa tidak kita. Anak muda adalah benteng negara!

Syabas wira negara : Shamsuddin Sukor, Mohd Salleh Zainal, Mohd Firuddin Rahmat, Mohd Fais Haji Md Noor dan Mohd Faizal Md Sonon.

Untuk tatapan semua, ini rangkuman gambar - gambar sepanjang program. Untuk laporan yang lebih terperinci mengikut aktiviti, sila - silalah berkunjung ke laman facebook kami di www.facebook.com/beliag2pemanis. Di sana lebih lengkap.

Rabu, 16 Jun 2010

Soalan dan Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM dan PMR

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis akan mengedarkan CD kompilasi soalan - soalan dan skema jawapan peperiksaan SPM dan PMR. Ia diperolehid ari sekolah - sekolah ternama, Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan peperiksaan tahun - tahun lepas.

Dapatkan kompilasi CD ini dengan harga RM3 sahaja bermula 21 Jun ini. Boleh hubungi Urusetia Persatuan Belia atau tinggalkan nama dan nombor telefon anda di facebook kami.


Rangkuman Aktiviti Bulan Mei 2010

Antara aktiviti yang sempat dijalankan / diikuti oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, bersama - sama organisasi dan rakan kongsi aktiviti pada bulan Mei : Kursus Pemimpin Belia Berkaliber Negeri Johor di Mersing, Futsal Bina Insan di Johor Bahru, Hari Belia Negara di Putrajaya, Bengkel CAT di UKM, Bangi, Kursus Blog dan Latihan Asas Kemahiran Komputer bersama Pusat Jalur Lebar (PJK) Felda Pemanis Dua.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program dan aktiviti. Bulan Jun diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti!




G2 Kini di Blog!

Kini di blog pula ...!

Selamat datang ke blog Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Segamat.

Jika sebelum ini anda melayari laman facebook kami, kini anda boleh melayari kami di blog. Dua wadah interaktif alam maya ini diharapkan agar dapat memenuhi hasrat untuk kami bertemu dengan sekian ramai anak muda generasi baru yang hidupnya dalam dunia atas talian.

Terima kasih sekali lagi dan moga ukhuwah kita semakin kukuh.

Unit Media Baru dan ICT
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...