Selasa, 31 Disember 2013

[91] Imbasan 2013



SETAHUN telah berlalu. 2013 banyak memberikan kenangan, pengalaman, pengajaran dan pendidikan bermakna buat hidup kami. 

Seperti yang diungkapkan menerusi The Blue Ocean Strategy : Tidak ada persahabatan yang hanya dipenuhi dengan gelak ketawa. Namun kami sentiasa seronok pada setiap hari dalam perjalanan kami kerana kami sedang melaksanakan misi untuk belajar dan memperbaiki diri. Persahabatan telah menjadikan hidup kami lebih sempurna dan lengkap serta dunia kami lebih cantik. Kami tidak berseorangan. 

Selamat tinggal 2013 dan Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.























Merakamkan setinggi - tinggi TERIMA KASIH kepada semua yang telah bersama - sama kami sepanjang tahun 2013. Semoga kebersamaan ini memberikan nilai dan makna yang progresif untuk kita semua. 

Sabtu, 28 Disember 2013

[90] Tiga Video Klasik Dari Program Silam

Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru Persatuan Belia G2 Felda Pemanis berusaha untuk menjejaki koleksi video dan gambar - gambar program silam. Usaha memvideokan program untuk dimuatnaik ke dalam YouTube bermula secara insentif pada 27 April 2012. Sebelum tarikh itu, kebanyakan video yang dirakam adalah secara suka - suka sahaja.

Justeru, sebenarnya ada banyak video sebelum tarikh 27 April 2012 yang telah dirakam. Sebahagiannya telah berjaya dijejaki dan didokumentasikan di Saluran YouTube G2 Pemanis sebagai sebahagian dari sejarah dan untuk tatapan generasi akan datang.

Antaranya adalah tiga video ini :

Pentauliahan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Parlimen Sekijang tahun 2008

Summer Camp 2 yang diadakan di Hutan Lipur Sungai Bantang.
Diperolehi dari sumber dan diterbitkan semula 2013

Operasi Khidmat Masyarakat Mahasiswa UiTM Shah Alam di Felda Pemanis Dua


Jika ada sebarang gambar atau video program - program silam, anda boleh kongsikan bersama kami. Hubungi kami menerusi Facebook Belia Felda Pemanis atau email  terus bahan ke mizam_rahim@yahoo.com. Terima kasih.

Selasa, 17 Disember 2013

[89] - Empat Video Pertandingan Futsal Jemputan (Tertutup) Persatuan Belia Bumbun 2013

AHAD, 15 Disember 2013 (mungkin Ahad terakhir bermain pertandingan futsal, kerana selepas ini Johor akan bekerja dan bersekolah hari Ahad) telah diadakan Pertandingan Futsal Jemputan (Tertutup) anjuran Persatuan Belia Bumbun. Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian. Johan disandang oleh pasukan K - Focre. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menghantar tiga pasukan. FCG2 B sampai ke suku akhir manakala FCG2 A dan FCG2 C sehingga peringkat kumpulan sahaja. Terima kasih kepada semua pemain dan pengurusan pasukan FCG2. Terima kasih juga kepada pihak penganjur, Persatuan Belia Bumbun. Jumpa lagi dalam mana - mana Pertandingan Futsal 2014 pula.


Berita Harian, Edisi Nasional
Sabtu, 28 Disember 2013, Halaman 47 (Sukan)




Berikut adalah empat klip video yang sempat dirakam.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...