Rabu, 29 Januari 2014

[94] Summer Camp 7, 2014 - Sebahagian Lukisan Sesi Maklum Balas

Rujuk juga entri mengenai SC7 di : Summer Camp 7, 2014 - Kem Kepimpinan Lestari

Berikut adalah sebahagian (dari keseluruhan 47) maklumbalas peserta yang melibatkan soalan terakhir iaitu lakaran peserta.




























Ahad, 26 Januari 2014

[93] Summer Camp 7, 2014 : Kem Kepimpinan Lestari



SUMMER CAMP 7, 2014 telah berlansung pada 16 - 18 Januari 2014 yang lalu di Chedoq Beach Resort, Rompin, Pahang. Ia dilaksanakan buat kali kedua dengan rakan kongsi SMK LKTP Pemanis. Summer Camp G2 memasuki edisi ke 7 dan ini merupakan kem luar (outdoor camp) yang ke - 14 (iaitu 7 Summer Camp + 7 bukan Summer Camp) diuruskendalikan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.


Senarai 14 kem yang diuruskendalikan oleh G2 sepanjang 2003 hingga Januari 2014


Ini kali kedua G2 mengadakan kem di Chedoq Beach Resort, Rompin. Ia merupakan tempat yang aman, nyaman dan menarik dengan hembusan angin pantai yang menyegarkan. Lawati blog Chedoq di www.chedoqdamai.blogspot.com. Terima kasih kepada Encik Hafiz dan pengurusan Chedoq Beach Resort sentiasa senang untuk bekerjasama.


Mahu ke sana? Ikuti peta laluan ini.
Sepanjang 3 hari 2 malam, kumpulan Pengurusan, Fasilitator dan Jurulatih telah menyediakan pelbagai pengisian untuk semua 47 orang adik - adik peserta yang berumur dalam lingkungan 14 - 17 tahun. Ia terdiri dari 23 lelaki dan 24 wanita.

Jadual Pengisian Program Summer Camp 7, 2014
Seramai 17 orang Fasilitator, Jurulatih dan Urusetia terlibat mengendalikan program. Terima kasih kepada semua sukarelawan ini yang sudi untuk meluangkan masa, tenaga dan kesenangan demi menjayakan program dengan pengisian yang bermakna untuk adik - adik peserta.



Koleksi penuh gambar sepanjang program ada dipaparkan secara terbuka di Facebook Belia Felda Pemanis.


 

 

Gambar : Album 1
Gambar : Album 2
Gambar : Album 3
Gambar : Album 4
Gambar : Album 5
Gambar : Album 6
Gambar : Album 7
Gambar : Album 8
Gambar : Album 9
Gambar : Album 10
Gambar : Album 11


Berikut pula ada 15 klip video program SC7. Ia merupakan koleksi klip video terbesar untuk satu program yang dikendalikan G2. Keseluruhan ada lebih 300 video (sehingga Januari 2014) di laman Saluran YouTube G2 Pemanis.

















TERIMA KASIH : Kepada semua adik - adik peserta, Jawatankuasa Pengurusan G2, Kem Komandan, Ketua Fasilitator, Fasilitator, Jurulatih, Urusetia Pengurusan, Pengetua, Pentadbir, Guru - Guru SMK Pemanis dan semua sukarelawan Summer Camp 7, 2014 : Kem Kepimpinan Lestari yang telah menyempurnakan misi 3 hari 2 malam di Chedoq Beach Resort, Rompin, Pahang yang sungguh bermakna. Edisi ke 7 untuk Summer Camp, ke - 14 untuk keseluruhannya melabuhkan tirai. Semoga kita berjumpa lagi. Terima kasih dari kami Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan SMK LKTP Pemanis. - Yang ikhlas : Koordinator dan Pegawai Projek SC7.


Jumaat, 3 Januari 2014

[92] Tiga Video Siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Disember 2013

Dalam bulan Disember 2013 yang lalu, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi Kelab Bola Sepak FCG2 telah mengadakan 3 siri perlawanan persahabatan bola sepak. Berikut adalah video (juga pautan kepada gambar di Facebook Belia Felda Pemanis) untuk semua ketiga - tiga siri perlawanan persahabatan itu.

Terima kasih kepada Jurulatih dan Pengurusan oleh Sdra Mohd Firuddin Rahmat dan Sdra Mohd Syawal Baharudin yang telah menjayakan kesemua siri perlawanan persahabatan ini.  Terima kasih juga kepada semua pemain dan penyokong. Paling penting, terima kasih kepada sahabat - sahabat yang sudi bersahabat dengan kami.


FCG2 vs Pilihan Pemanis : Klik Untuk Gambar
Diadakan pada Selasa, 17 Disember 2013, jam 05.45 petang di Padang Awam Felda Pemanis Satu.Tewas 0 - 1.






FCG2 vs Sinergi FC : Klik Untuk Gambar
Diadakan pada Khamis, 19 Disember 2013 jam 05.45 petang di Padang Awam Felda Pemanis Dua. Tewas 1 -2





FCG2 vs PBBA FC : Klik Untuk Gambar
Bertemu Persatuan Belia Batu Anam (PBBA) FC pada 31 Disember 2013, Selasa jam 05.30 petang di Padang Koleh Komuniti Segamat 2. Tewas 0 - 4.



Untuk tahun 2014 ini, beberapa siri perlawanan persahabatan juga dirancang bagi diadakan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...