Isnin, 24 November 2014

[122] Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (Tahap Gangsa) Daerah Segamat 2014

Alhamdulillah, segalanya telah selesai dilaksanakan.

Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM ) - The Duke of Edinburgh's International Award (Tahap Gangsa) Daerah Segamat telah diadakan pada Ahad, 23 November 2014. Majlis berlangsung di Hotel Villa, Segamat. Ia adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dengan kerjasama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Kelab Rakan Muda Kg Abdullah, Seketariat Rakan Muda UiTM Segamat dan Sekolah - sekolah terlibat dalam Daerah Segamat. 

Sijil Penyertaan G2 Untuk Mengendalikan
Program Anugerah Remaja Perdana
Rakan Muda Daerah Segamat Sepanjang
Tahun 2014
Majlis telah disempurnakan oleh Puan Emilia, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir adalah

Timbalan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Penyelia Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Penyelia Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Segamat, mentor - mentor, Pemimpin Badan Operasi, guru - guru ARP RM Sekolah, para peserta Tahap Emas dan tentunya para peserta Tahap Gangsa yang ditauliahkan.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis selaku Badan Operasi merupakan penganjur bersama untuk program itu. Seramai 25 orang peserta ARP RM dari G2 telah ditauliahkan untuk Tahap Perak, bersama - sama peserta dari Badan Operasi dan sekolah - sekolah lain. Berikut adalah senarai nama semua 25 orang peserta Tahap Gangsa ARP RM G2 yang ditauliahkan.


Senarai Layak Tauliah ARP RM 2014 – Tahap Gangsa

Badan Operasi : PERSATUAN BELIA G2 FELDA PEMANIS
Mentor : ARMIZAM BIN ABD RAHIM

Mohamad Arif Bin Mail
Mohamad Faiz Bin Ahmad
Mohamad Aziq Afiq bin Mohamad Asni
Ainaa Nazurah Bte Mohd Suleiman
Nurul Farah Izzati Bte Samsul
Fatin Nadhirah Bte Atan
Muhammad Ibtisam bin Masram
Mohd Azahari Bin Abdullah
Nabilah bte Jofri
Mohd Nur Amin Bin Jemiran
Nurul Azani binti Shypul Azmi
Aida Shahira bte Saharudin
Shila binti Sape’e
Nurul Asyikin binti Basri
Siti Aina Aishah binti Azizan
Nur Fieza bte Hashim
Ilmy Faizatul Iezma bt Ibrahim
Noormastura Anis bt Md Sani
Siti Hajar binti Norasrizam
Muhd Farid bin Hasan
Muhammad Haikal bin Misdi
Amirul Aydil Bin Rafaiee
Aida Najwa bte Saharuddin
Norsuhada bt Miskun
Nur Shuhada binti Azhar

Sebagai penganjur bersama, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga telah diamanahkan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Adik - adik Kelab Zapin Seri Manis 2 yang juga peserta Tahap Gangsa ARP RM G2 telah menjayakan persembahan zapin pembukaan di dalam majlis tersebut. Seramai lapan orang menjayakannya, dengan Ketua Jurulatih Mohd Firdaus Zainal Abidin (Peserta Tahap Emas ARP RM G2) turut bersama. 




G2 turut mengadakan MIni Pameran ARP RM. Antara bahan yang dipamerkan adalah sebahagian koleksi buku diari dan paspot peserta ARP RM semenjak tahun 2006 hingga yang terkini 2014. Juga dipamerkan adalah pin, medal, sijil ARP RM, sijil - sijil pengiktirafan dan kecemerlangan G2 di samping dokumentasi program - program yang pernah dilaksanakan oleh G2. Video koleksi program - program G2 juga ditayangkan di ruang pameran tersebut.





Beberapa orang urusetia G2 yang terdiri dari peserta Tahap Emas juga telah diamanahkan tugasan - tugasan tertentu.

Sempena Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) - The Duke of Edinburgh's International Award Tahap Gangsa Daerah Segamat 2014, telah diadakan sesi memperkenalkan peserta Tahap Emas dan penghargaan khas ARP RM.




G2 memperkenalkan 5 dari 31 orang peserta Tahap Emas kepada semua semasa Majlis Pentauliahan Tahap Gangsa. Mereka diperkenalkan bersama 4 orang perserta ARP RM Emas dari Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan seorang dari Badan Operasi Kelab Rakan Muda Kg Abdullah, 5 orang dari G2 yang diperkenalkan adalah Mohd Firdaus Zainal, Fakhrur Razi, Badrul Halim, Nabil Akmal dan Azhari Imran. Turut disampaikan juga adalah Anugerah Khas kepada Mentor dan Pemimpin ARP RM sama ada dari NGO atau dari Unit ARP RM Sekolah. 



G2 turut menyerahkan 26 set borang pendaftaran peserta Tahap Emas untuk Kumpulan B di bawah kelolannya kepada Puan Emilia. Ia telah disampikan oleh Encik Mohd Syawal Baharudin, Naib Pengerusi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. 


Berikut adalah wajah - wajah 25 orang peserta ARP RM G2 yang berjaya ditauliahkan Tahap Gangsa.














Berikut pula adalah beberapa lagi  klip video sepanjang majlis yang sempat dirakam.




Gambar - gambar berikut pula adalah warna - warni sepanjang Majlis Pentauliahan tersebut.





 


Syabas dan Tahniah kepada semua. Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para peserta ARP RM - The Duke of Edinburgh's International Award - Kumpulan 2014 di atas segala komitmen yang diberikan dalam menjayakan program. Tahniah kerana semua yang layak telah ditauliahkan. 32 orang pada Tahap Perak dan 25 orang pada Tahap Gangsa. Jumlah ARP RM Kumpulan G2 2014 adalah seramai 57 orang. Ratusan anak muda telah melalui program ini menerusi mekanisme NGO - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, semenjak ia diperkenalkan pada Kumpulan Pertama 2005 / 2006 dan tauliah pada tahun 2007. Semoga peserta Kumpulan 2014 dapat meneruskan cabaran pada peringkat seterusnya iaitu Tahap Emas dan Tahap Perak pula. Ulang Tahun ke 10 ARP RM G2 pada 2015.



Program ARP RM dibuka kepada semua remaja berumur 14 - 25 tahun, mengandungi 3 tahap (Gangsa, Perak dan Emas) dan 4 komponen wajib (Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal & Sukan, Kemahiran, Kebudayaan & Inovasi dan Pengembaraan & Penjelajahan Lasak). Setiap satu komponen dengan jumlah masa minima yang ditetapkan dan direkodkan. Tambahan satu komponen (Projek Penempatan) untuk peserta Tahap Emas. Berminat? Daftar segera Tahap Gangsa untuk edisi 2015 pula. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan Badan Operasi Berlesen untuk program bertaraf antarabangsa ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...