Isnin, 31 Oktober 2016

[211] #4Doutreach Siri 2 - ARPRM : SMK Palong Timur

Siri 2 Projek 4D Outreach Enemurator oleh G2 telah diadakan pada Rabu, 19 Oktober 2016 bertempat di SMK Palong Timur, Batu Anam, Segamat. Projek #4DOureach ini adalah anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Unit Modal Insan Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) Daerah Segamat dan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Segamat.



Fasilitator dan enemurator bertugas pada Siri 2 ini adalah Mohd Firdaus bin Zainal Abidin dan Mohd Nur Ashraff bin Husin. Firdaus telah memberikan penerangan mengenai perlaksanaan ARPRM - DofE dan berkongsi pengalaman beliau melaksanakannya dari peringkat Gangsa hingga Emas. Beliau juga telah berkongsi aktiviti 'Life After Gold' beliau.




Manakala Ashraff telah berkongsi pengalamannya melaksanakan ARPRM juga, dari peringkat Gangsa hingga Emas. Sesi kajian maklumbalas program juga telah dibuat oleh dua orang fasilitator dan enemurator ini. 

Encik Mohd Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah bersama - sama di dalam program ini.  Tutur sama adalah barisan kepimpinan SMK Palong Timur yang diketuai oleh Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali selaku Pengetua sekolah yang baharu.







ARPRM G2 mengucapkan terima kasih kepada SMK Palong Timur di atas kesudian menerima kunjungan kami dan seterusnya memperkenalkan program ARPRM untuk semua pelajar yang layak di sekolah tersebut. Semoga kita berjumpa lagi pada masa - masa akan datang.

Sabtu, 29 Oktober 2016

[210] Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Peringkat Kebangsaan 2016

PADA Khamis, 27 Oktober 2016 yang lalu, telah diadakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Peringkat Kebangsaan. Majlis telah berlangsung di Hotel Bangi - Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Khairy Jamauliddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Dalam ucapannya, Menteri telah menyatakan bahawa pentauliahan Tahap Emas ini bukan bermakna segalanya telah berakhir. Ia hanyalah permulaan kepada suatu pengorbanan dan perkhidmatan kepada negara dan dunia yang lebih besar lagi. 


Seramai 185 orang remaja telah ditauliahkan Tahap Emas, tahap tertinggi di dalam ARPRM yang juga setara dengan Gold Standard The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) bertaraf antarabangsa. Dari jumlah itu, seramai 10 orang adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang juga merupakan satu - satunya Badan Operasi dari negeri Johor yang berjaya melahirkan penerima Tahap Emas bagi tahun 2016.



10 orang penerima Anugerah Tahap Emas ARPRM - DofE dari G2 dan negeri Johor adalah :

1. Mohd Hasni bin Zaini
2. Mohd Idham bin Jalak
3. Nabil Akmal bin Esa
4. Mohd Fakhrur Razi bin Othman
5. Badrul Halim bin Katimin
6. Mohd Fazrul Razzi bin Abdullah
7. Mohd Nur Iman bin Abdullah
8. Mohd Azhari bin Imran
9. Suria binti Sipon (satu - satunya wanita)
10. Mohd Nur Ashraff bin Husin

Biodata 10 orang penerima Tahap Emas G2 2016 boleh dibaca di sini : 10 Emas 2016





Dua orang penerima Anugerah tidak dapat bersama untuk Majlis Pentauliahan. Mohd Hasni sedang mengikuti latihan ketenteraan (TUDM) manakala Badrul Halim Katimin mempunyai kertas peperiksaan akhir pada waktu yang sama.







Seramai 6 orang Mentor dan Panel Penilai Dalaman dari Badan Operasi G2 juga telah menerima Sijil Penghargaan di atas khidmat mereka membimbing peserta Tahap Emas sehingga berjaya ditauliahkan. Enam orang itu adalah :

1. Armizam bin Abd Rahim (Ketua Mentor)
2. Azizi bin Abd Rahim
3. Mohd Firdaus bin Zainal Abidin (penerima Emas sulung Segamat)
4. Raziman bin Joraimi
5. Mohd Iftitah bin Ishak
6. Shamsuddin bin Sukor

Selaku Badan Operasi ARPRM, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga menerima Sijil Penghargaan di atas kecemerlangan ARPRM dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Terima kasih KBS di atas pengiktirafan ini.








Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam menjayakan Misi Emas ARPRM untuk Sesi 2015 / 2016, terutamanya kepada :

1. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
2. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
3. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat
4. Pusat Pembangunan Belia Johor Daerah Segamat
5. Pengurusan Zoo Melaka dan Safari Malam
6. Pengurusan Zoo Negara
7. Pengurusan Taman Lokan, Sungai Rembau - Linggi, Melaka
8. Jabatan Perhutanan Negeri Johor
9. Pejabat Hutan Johor Timur (Daerah Mersing)
10. Pengurusan Gunung Arong, Mersing
11. Pengurusan Jeram Tinggi, Ulu Jementah
12. IKBN Kemasik, Kemaman, Terengganu
13. IKBN Alor Gajah, Melaka
14. SMK LKTP Pemanis
15. Pejabat Pendidikan Daerah Segamat
16. Barisan Jurulatih Komponen Aktiviti
17. Ibu bapa peserta Anugerah


Pada masa yang sama, di hujung cara, G2 telah menyambut Hari Ulang Tahun Pendaftaran Rasmi sebagaimana tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Persatuan. Tarikh Majlis Pentauliahan jatuh pada tarikh yang sama ulang tahun pendaftaran. Rakan - rakan berdekatan di KBS dan MAGAA juga telah bersama - sama di dalam majlis ringkas itu.










Semoga pada tahun - tahun mendatang, ARPRM G2 akan terus dapat mengeluarkan produk modal insan menerusi ARPRM yang cemerlang dan berkualiti. Asalnya dari 1 kini menjadi 11. G2 merupakan pelopor dan satu - satunya Badan Operasi di Daerah Segamat yang melahirkan peserta penerima Anugerah Emas sehingga kini. Well done G2.


Terima kasih semua. Syukur Alhamdullillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...