Halaman

Rabu, 30 Januari 2013

[67] Maklumat Yang Kena Diberi Selepas AGM IV


Seksyen 22, Akta 668 : Akta Petubuhan Belia dan Pembangunan Belia menyatakan :
Maklumat yang diberikan oleh pertubuhan belia berdaftar 
22. Tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar— 
(a) suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir; 
(b) suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia pada tarikh penyata itu atau, sekiranya tiada seorang pun pemegang jawatan pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia, nama, alamat dan pekerjaan orang di Malaysia yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak pertubuhan belia itu, dan bilangan anggotanya yang sedemikian bersama dengan suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang jawatan bagi semua cawangan, jika ada, pertubuhan belia itu; 
(c) alamat atau tempat urusan pertubuhan belia itu; 
(d) akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu bersama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu; 
(e) nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan, atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang dengannya pertubuhan belia itu mengikut apa-apa cara bersekutu atau bergabung; 
(f) perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia dan butir-butir lain yang berkaitan; dan 
(g) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kuatkuasa Seksyen 22 Akta 668 ini, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyempurnakan dokumen MYKD sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke - IV yang berlansung pada Ahad, 22 Janauri 2013. 



Proses penyediaan MYKD disempurnakan dalam masa sejam lebih, dan kemudian mendapatkan tanda tangan pemegang - pemegang jawatan yang berkenaan.Kebanyakan dokumen yang diperlukan telah disiapkan awal kerana dokumen yang sama dimuatkan di dalam Penyata Laporan Tahunan untuk AGM, kecuali Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang baru sahaja disempurnakan.





MYKD mengandungi komponen - komponen berikut :

1)  Borang PPB 09 - 2 salinan (dimuat turun di laman web ROY)
2)  Senarai Penuh AJK - 2 salinan
3)  Senarai Penuh Keanggotaan  Pertubuhan Belia - 2 salinan                          
3)  Minit Mesyuarat Agung Tahun Semasa - 2 salinan
4)  Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-kira - 2 salinan

Saudara Raziman Joraimi telah membawa MYKD yang lengkap untuk dihantar secara serahan tangan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.



Dan akhirnya, selamat sampai di ROY dan diterima.


Dengan salinanya kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.


Kini hanya tinggal menunggu surat pengakuterimaan MYKD lengkap setelah disemak oleh Pendaftar. 

Dengan sempurnanya MYKD ini, kini segala urusan berkaitan permohonan bantuan dan lain - lain lebih mudah diuruskan. Persatuan telah selamat melaksanakan AGM, telah ada Minit Mesyuarat Agung Tahunan, telah ada laporan kewangan yang disahkan dan lain - lain dokumen yang diperlukan sebagai proses biasa permohonan bantuan dari Jabatan atau Agensi Kerajaan.

Terima kasih kepada semua rakan - rakan yang bersama menunaikan amanah dan kewajiban ini. Amanah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan kewajiban menyempurnakan MYKD. Syabas dan Tahniah kerana kita sudah tidak berhutang apa - apa lagi dengan tuntutan undang - undang Malaysia!


Selasa, 29 Januari 2013

[66] Cerita Kami di Summer Camp 6, 2013



Summer Camp 6, 2013 - Kem Khas Kepimpinan telah berlansung pada 18 - 20 Januari 2013 yang lalu di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Labis. Seramai 43 orang peserta dan 15 urusetia telah bersama - sama. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama  hari  malam ini, seperti tentatif berikut :


Ini pula adalah senarai peserta, mengikut kumpulan yang telah menyertai :



Dan barisan urusetia yang dedikasi menjalankan tanggungjawab ...


Tidak ketinggalan, baju SC6 kali ini, warna biru cair - muda.



Gambar - gambar sebanyak 12 album sepanjang program ada disiarkan di Facebook Belia Felda Pemanis, dengan pautan setiap slotnya seperti berikut :


Manakala berikut adalah 8 klip video megenai SC6










Sekejap sahaja 3 hari 2 malam ... moga kita berjumpa lagi dalam edisi Summer Camp akan datang. Summer Camp 7 pula ... 

Terima kasih kepada semua.


Ahad, 13 Januari 2013

[65] - Info Grafik Belia - Siri 3 : Mesyuarat Agung Tahunan

Siri Info - Grafi Belia diteruskan dengan Siri 3 : Mesyuarat Agung Tahunan (MAT atau AGM). Semoga info - grafik ini akan menjadi panduan kepada kita semua terutama NGO Belia yang bakal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing - masing untuk tahun 2013 ini.

# Dipetik dari Buletin Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.







Rabu, 2 Januari 2013

[64] - Dirgahayu 30 Tahun SK LKTP Pemanis Satu

# Rencana Khas sempena Ulang Tahun ke - 30 SK LKTP Pemanis Satu (dahulunya dikenali sebagai SK LKTP Pemanis). Rencana ini dipetik dari portal Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Manakala gambar klasik adalah dengan ehsan rakan - rakan. Terima kasih!

SK LKTP Pemanis mula dibuka pada awal Januari,1983. Seramai 383 orang murid mula belajar di sekolah ini. Murid-murid  ini terdiri daripada anak-anak peneroka dan kakitangan Felda Pemanis Satu dan Dua. Oleh kerana bangunan sekolah sedang di dalam pembinaan, maka pengajaran dan pembelajaran terpaksa dijalankan di dalam rumah-rumah peneroka. Sebanyak 20 buah rumah peneroka telah diubahsuai menjadi kelas, pejabat, sektor dan rumah guru.
Sekolah ini ditadbirkan oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Wan Idris, Segamat, Johor. Guru Besarnya ialah Encik Zainal Bin Ali. Encik Ahmad bin Hj Ali telah dilantik sebagai Guru Penyelia Sekolah ini. Kakitangan sekolah terdiri daripada 20 orang guru, seorang kerani, seorang jaga dan dua orang buruh am. Pada akhir tahun, bilangan muridnya bertambah menjadi 455 orang manakala bilangan gurunya bertambah menjadi 21 orang guru terlatih dan seorang guru sementara.
Pada 1hb Febuari 1984, Encik Wan Mat bin Mahmod mengambil alih tugas Guru Besar dari Encik Zainal bin Ali.  Bilangan murid di sekolah ini terus meningkat menjadi 674 orang dan bilangan guru bertambah menjadi 25 orang. Memandangkan pertambahan murid,5 buah rumah peneroka lagi dijadikan bilik darjah.Pembinaan sekolah siap pada bulan April. Murid-murid serta kakitangan sekolah berpindah ke bangunan baru (bangunan sekarang ini). Bangunan ini terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin.
Encik Ahmad bin  Haji Ali telah dilantik sebagai Pemangku Guru Besar untuk mentadbirkan sekolah ini,  manakala Encik Ibrahim bin Daimin pula telah dilantik sebagai Guru Penyelia. Pada awal tahun bilangan murid bertambah menjadi 843 orang dan gurunya bertambah menjadi 35 orang. Sekolah ini dijalankan dalam dua sesi pagi dan petang. Encik Mohamad Basir bin  Tulus menjadi Guru Penyelia petang. Darjah yang terlibat dalam sesi petang ialah Tahun satu yang terdiri daripada 7 buah kelas.
Dalam tahun ini juga, satu projek pembinaan Bangunan Kilat telah diluluskan. Bangunan ini mengandungi 6 buah bilik darjah dan siap dibina dalam masa empat bulan. Pada akhir tahun bilangan murid bertambah ke angka 922 orang sementara guru pula berjumlah 35 orang. 14 daripadanya adalah guru sementara. Pada awal tahun  bilangan murid 1171 orang. Bilangan guru meningkat keangka 44 orang. Sekolah ini dijalankan dalam dua sesi seperti tahun lalu.Sesi pagi tahun tiga, tahun empat, tahun lima dan tahun enam. Sesi petang pula terdiri daripada tahun satu dan dua.
Bangunan sekolah terdiri dari tiga blok. Blok A dan B bangunan dua tingkat dan Blok C pula merupakan bangunan satu tingkat (projek pasang siap). Bagaimanapun pertambahan murid tetap meningkat kerana pengambilan peneroka-peneroka baru di Felda Pemanis Satu dan Dua.
Pada bulan April, Encik Mohd.Ali bin Abdullah telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Jementah sebagai Penyelia Petang. Kekosongan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Khalid bin Mohd.Rashid sebagai Guru Penolong Kanan Satu. Menjelang Mei, Encik Wan Mat bin Mahmod dari Sekolah Rendah Kebangsaan Datok Wan Idris talah Dilantik sebagai Guru Besar SK LKTP Pemanis Satu. Di akhir bulan September, SK LKTP Pemanis Satu telah bernasib baik kerana terpilih untuk menerima kunjungan sekumpulan 30 orang guru dari Jepun yang mengadakan lawatan sambil belajar di samping meninjau sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.
Sesi persekolahan bagi tahun 1989/1990 telah bermula pada 3hb Disember 1990. Sistem semester dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Mulai tahun ini juga,sessi pagi bermula pada pukul 1.00 tengahari. Manakala sesi petang pula bermula pada pukul 1.10 petang hingga 6.10 petang. Bilangan murid bagi tahun ini seramai 1051 orang dengan 47 orang guru serta lima orang kakitangan bukan guru. Pada 2 Julai, Guru Penolong Kanan 1, Encik Khalid bin Rashid telah kembali ke rahmatullah sewaktu menunaikan fardhu Haji di Mekah.
Pada akhir tahun, Encik Ahmad bin Haji Ali yng baru sahaja memegang teraju sebagai Guru Besar sekolah ini telah diarahkan menjadi Guru Besar SK Mensudut Pindah, Segamat, Johor. Tempat beliau telah digantikan oleh Encik Zakaria bin Haji Ibrahim, Guru Besar SK LKTP Cempelak, Labis, Segamat, Johor. Encik Mohd.Ali bin Abdullah,Guru Besar SK Mensudut Pindah, Segamat, Johor pula telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Sekolah ini. Berdasarkan bilangan murid yang ramai,maka sekolah ini telah digredkan kepada Gred A. Ia juga merupakan sekolah rendah yang mempunyai bilangan murid yang teramai di Daerah Segamat iaitu sejumlah 1216 orang. Bilangan guru pula 44 orang,15 orang daripadanya adalah guru sementara serta 5 orang kakitangan bukan guru.
Menjelang tahun 1987, Encik Zakaria bin Hj. Ibrahim terus menerajui kepimpinan SK LKTP Pemanis dengan dibantu oleh Encik Mohd. Ali bin Abdullah selaku Guru Penolong Kanan serta 37 orang guru tetap. Manakala guru sementara pula seramai 15 orang.
Bertepatan dengan bilangan murid-murid yang ramai iaitu 1372 orang, maka sekolah ini telah digredkan kepada A. Pertengahan tahun 1987, seorang kerani iaitu Encik Eusop bin Indran telah ditempatkan di sini menjadikan bilangan kakitangan bukan guru seramai lima orang. ersesuaian dengan bilangan murid-murid yang ramai, maka pada 16 Disember 1987 beberapa perlantikan baru telah dibuat. Encik Suboh bin Md. Aris telah dilantik sebagai Guru Ko-kurikulum, Encik Mohamad bin Jamal telah dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Dua dan Encik Md. Ali bin Abdullah sebagai Penolong Kanan 1. Pelantikan ke jawatan-jawatan baru ini adalah sebagai usaha Kementerian Pendidikan untuk melicinkan pengurusan sekolah dengan lebih sistematik.
Dalam usaha untuk menampung bilangan murid-murid yang semakin bertambah, satu Projek Gotong Royong yang bernilai RM50,000.00 telah diluluskan agar murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa. Bilangan murid-murid telah meningkat seramai 1508 orang dengan 61 orang tenaga pengajar termasuik 10 orang guru sementara. Manakala bilangan kakitangan bukan guru masih tetap seramai lima orang.
Pada 16 April 1988, Encik Zakaria bin Haji Ibrahim telah bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah dengan jawatan baru sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Rendah. Di akhir bulan April, bangunan blok D telah siap dibina yang terdiri 4 bilik darjah dan sebuah sektor yang boleh diubahsuai menjadi sebuah dewan.
Di awal persekolahan, bilangan murid-murid SK LKTP Pemanis bagi tahap satu telah dibahagikan dua mengikut pertempatan masing-masing. Ini adalah berikutan dengan pembukaan SK LKTP Pemanis dua. Memandangkan sebahagian sekolah masih belum siap,maka seisi keluraga SK LKTP Pemanis Dua masih menumpang sebumbung dengan SK LKTP Pemanis Satu. Pada awal Februari, SK LKTP Pemanis Dua dengan rasminya digunakan.

# Dirgahayu SK LKTP Pemanis. 30 tahun yang cemerlang dan penuh warna - warni. Terima kasih kerana menjadikan kami warga yang berhemah!