Halaman

Sabtu, 25 Julai 2015

[161] Taklimat dan Mengisi Borang Online Sistem Matrikulasi 2016 / 2017 Kelompok 1998

PERSATUAN Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama Pusat Intenet 1Malaysia Felda Pemanis Satu telah melaksanakan sesi penerangan dan taklimat Sistem Matrikulasi dan Halatuju Selepas SPM kepada kumpulan pertama (kelas aliran Sains) untuk anak - anak Pemanis Kelompok 1998. Ia diadakan pada Jumaat, 24 Julai 2015 dari jam 03.00 - 05.00 petang.

Ia dimulakan dengan sesi penerangan halatuju dan pilihan yang ada untuk lepasan SPM. Ia meliputi kepelbagaian pilihan untuk menyambung pengajian sama ada dalam aliran akademik, teknikal, vokasional, kemahiran atau lain - lain. Seramai 16 dari 17 orang Kelompok Sains 1998 hadir untuk program ini. Seorang lagi walaubagaimanapun telah mengisi juga pada sebelah malam (kerana ada halangan pada waktu program). Ini menjadikan semua telah mengisi.




Seterusnya, diadakan sesi mengisi borang online permohonan matrikulasi menggunakan nombor pin yang telah dibelikan untuk semua. Ia bantu oleh fasilitator - fasilitator dari G2 yang memastikan pemahaman yang betul dan tiada kesilapan dalam pengisian borang. Para peserta juga sebelum itu diberikan penerangan menegnai perlaksanaan sistem matrikulasi, kelebihan dan peluang yang mereka boleh dapat.

G2 mengucapkan terima kasih kepada Encik Iftitah, Pengurus Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Satu dan fasilitator bertugas Nur AshraffAsz Stifler (Mohd Naziem Pairan) dan Azhari Imran.




Gambar - gambar penuh program ada di sini : Taklimat dan Mengisi Borang Online Sistem Matrikulasi.

Untuk memohon Matrikulasi bagi sesi 2016 / 2017 (Batch 1998, SPM 2015), bolehlah mendapatkan nombor pin di BSN dengan harga RM 6.06 (ya, ada 6 sen kerana GST). Kemudian, pergilah ke laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/, baca keterangan dan panduan dahulu sebelum memohon.

Sedikit panduan yang disedut dari laman web permohonan matrikulasi sebagai panduan awal untuk permohonan.


Semoga berjaya semua. Doa kami mengiringi. 

Selasa, 14 Julai 2015

[160] Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Johor 1436H


Pada Isnin, 13 Julai 2015 bersamaan 26 Ramadhan 1436H telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadhan - Tadarus dan Khatam al Quran Peringkat Negeri Johor 2015 di Kolej Matrikulasi Johor, Ledang. Seramai 27 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, lelaki dan perempuan, menyertainya. Program adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Ledang dengan kerjasama Pejabat Daerah Ledang, Pejabat Kadi Daerah Ledang dan Kolej Matrikulasi Johor. 

Program disempurnakan oleh YB Datuk Zulkurnain Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Kerajaan Negeri Johor.

Dianggarkan seramai 3,500 orang belia dari seluruh negeri Johor, termasuk pelajar Kolej Matrikulasi Johor, mengikuti program berkenaan.







Program dimulakan dengan bertadarus al Quran mengikut kumpulan dan juzuk yang telah ditetapkan. Kemudian, menunaikan solat Asar. Selepas solat Asar, satu ceramah telah disampaikan. Ia kemudian diikuti dengan Majlis Khatam al - Quran. Para peserta berbuka puasa ringkas dahulu (kurma dan air) sebelum solat Maghrib. Selesai solat, diadakan jamuan makan malam di dalam dulang beramai - ramai dengan bersila di Dataran KMJ. Ia sungguh menyeronokkan.






Ahad, 5 Julai 2015

[159] Program Bintang Sains dan Matematik UPSR Siri 1, 2015



Tanggal 17 Ramadhan 1436H bersamaan 4 Julai 2015, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis melakar satu lagi sejarah dalam program berteraskan akademik. Program Bintang Sains dan Matematik UPSR Siri 1, 2015 dimulakan pagi pagi indah Nuzul Quran tersebut. Program adalah dengan kerjasama SK LKTP Pemanis Satu dan PIBG SK LKTP Pemanis Satu bertempat di sekolah tersebut.





Program Bintang Sains dan Matematik UPSR ini dilaksanakan dengan asas untuk memberikan bantuan klinikal dan latih tubi intensif kepada semua calon UPSR SK LKTP Pemanis Satu. Di samping itu, ia adalah sebahagian dari persediaan untuk menuju kecemerlangan di dalam subjek Sains dan Matematik dalam UPSR. Pendekatan klinikal dan latih tubi intensif soalan klon UPSR secara satu - dengan - satu atau kumpulan kecil dilaksanakan.

19 dari 21 orang calon UPSR SK LKTP Pemanis Satu menghadiri program Siri 1 itu. Seramai 2 orang penyerlaras dan 10 orang fasilitator terlibat dalam menjayakan program, seperti senarai berikut :

Penyelaras Tahun 6 SK LKTP Pemanis Satu : Safrah binti Mohamed
Penyelaras Fasilitator Akademik G2 : Armizam bin Abd Rahim

Fasilitator Akademik G2 :
1. Mohd Firdaus bin Zainal Abidin, Mahasiswa Ijazah UMT
2. Mohd Arifin bin Samad, Mahasiswa Ijazah UTeM
3. Aspa Lili Azura binti Jaaffar, Lepasan Kolej Matrikulasi Perak
4. Mohd Shafiq bin Wahid, Lepasan Kolej Matrikulasi Pahang
5. Mohd Nur Ashraff bin Husin, Pelajar Kolej Matrikulasi Selangor
6. Ernee Natasha binti Mohd Suleimen, Pelajar IB JPA - MARA ke UK di CILC
7. Ainaa Nazurah binti Mohd Suleimen, Pelajar 4 Azam SMK Pemanis
8. Mohd Arif bin Mail, Pelajar 4 Azam SMK Pemanis
9. Ilmy Faizatul binti Ibrahim, Pelajar 4 Azam SMK Pemanis
10. Mohd Fikri Hafizi, Pelajar 4 Azam SMK Pemanis

Kombinasi Fasiltator Akademik ini adalah antara pilihan yang terbaik dari sebuah pasukan Fasilitator Akademik G2 yang berkesempatan menyumbang tenaga secara sukarela. Dua orang mahasiswa peringkat Ijazah dan bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Tiga orang pelajar lepasan / semasa Kolej Matrikulasi dalam bidang Sains, termasuk Ashraff yang mendapat Anugerah Matematik Terbaik. Ernee Natasha, bekas pelajar SKPS 5A UPSR semasa zamannya dan 9A SPM, yang akan terbang ke UK setelah selesai persediaan IB di CILC. Manakala, 4 orang junior kelas Sains 4 Azam dibawa sebagai pelapis dan didikan kepada mereka untuk meneruskan legasi ini pada suatu hari nanti.







Bagi peringkat awal, sebanyak 3 Siri dirancang. Siri 1 pada 4 Julai 2015. Makanala Siri 2 pada 10 Julai 2015 (Program Motivasi Bersama Mahasiswa SOHOR UMT) dan Siri 3 pula pada 1 Ogos 2015 (selepas Aidilfitri dan Percubaan UPSR). Adalah dirancang untuk dilaksanakan siri - siri berikutnya sebelum peperiksaan sebenar UPSR yang akan diadakan pada minggu pertama September 2015.

Untuk Siri 1 ini, semua calon UPSR telah melakukan latihan intensif soalan Matematik mengikut aras penguasaan. Sesi Pertama Matematik ini diadakan selama 2 jam. Kemudian, ia diikuti oleh Sesi Sains dengan menjawab soalan Kertas 1 Sains. Sesi Sains berlangsung selama lebih kurang 2 jam juga. Bagi setiap sesi, Fasilitator Akademik akan membimbing, menerangkan, menunjukkan, menjelaskan dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan pelajar. satu - dengan - satu atau kumpulan keci adalah amat berkesan dalam mengenalpasti kesilapan dan memberi tunjuk ajar terus kepada calon UPSR.




Gambar - gambar program ada di sini : Program Bintang Sains dan Matematik UPSR Siri 1

Manakala berikutnya pula adalah tiga klip video yang sempat di rakam.




Terima kasih juga atas semua kata - kata semangat dan peransang, dari banyak pihak. Ini antaranya yang dapat dipaparkan.


Bagi pihak Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, SK LKTP Pemanis Satu dan PIBG SK LKTP Pemanis Satu mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan program yang amat bermakna ini. Segala cabaran dan halangan adalah lumrah, itu adalah tanda untuk mencapai kejayaan. Terima kasih kepada semua dan semoga kita berjumpa lagi dalam Siri 2 dan 3 nanti.