Halaman

Sabtu, 29 Ogos 2015

[166] Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Peringkat Kebangsaan 2015

Khamis, 27 Ogos 2015, The Everly Hotel, Putrajaya : 188 orang penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas, 66 orang Mentor Emas, 25 Badan Operasi dan ibu bapa penerima Emas hari ini diraikan dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Peringkat Kebangsaan 2015 - The Duke of Edinburgh's International Award. Majlis berlansung di The Everly Hotel, Putrajaya.



Pentauliahan telah disempurnakan oleh YB Khairi Jamaludin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. YB Menteri juga telah menyampaikan 6 Anugerah Khas. Tahap Emas merupakan tahap tertinggi pencapaian menerusi program ini. Ia bermula dari Gangsa dan Perak.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis buat julung kalinya menampilkan seorang peserta yang layak ditauliahkan setelah mematuhi kesemua 5 komponen berdasarkan piawaian antarabangsa anugerah ini. Mohd Firdaus bin Zainal Abidin telah melakar sejarah sebagai peserta pertama dalam Daerah Segamat, pertama dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis (selaku Badan Operasi) dan peserta tunggal lelaki dan Melayu daripada negeri Johor. Bagi negeri Johor, 6 orang peserta, 4 wanita Cina, seorang wanita India dan seorang lelaki Melayu ditauliahkan. 



 

Untuk Tahap Emas, Mohd Firdaus telah menyempurnkan 5 komponen wajib aktiviti iaitu : Khidmat Masyarakat (Sukarelawan), Rekreasi Fizikal (Badminton), Kemahiran (Kompang), Jelajah Lasak (Summer Camp 5, 6, 7 dan Kem Gunung Pulai) dan Projek Penempatan (Kempen Kesedaran Awam dan Kajian Saintifik Pemuliharaan Penyu). Kesemua aktiviti dan projek beliau diselia oleh seorang Mentor dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.



Projek ARPRM adalah di bawah The Duke of Edinburgh's International Award Foundation berpangkalan di United Kingdom dan diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO - seperti Persatuan Belia), Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi - agensi lain.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis turut menerima sijil penghargaan sebagai sebuah organisasi / institusi Badan Operasi - NGO yang memberikan komitmen untuk pembangunan komuniti remaja menerusi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Secara keseluruhannya, 80 orang belia Cina, 79 belia Melayu, 23 belia India dan 6 belia lain - lain menerima anugerah ini. Syabas dan tahniah kepada semua. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk semua peserta ARPRM yang kini berada pada tahap Gangsa atau Perak. Mr Tim Smith dari Ibu Pejabat London dan Madam Sue Walker selaku Pengarah Rantau Asia Pasifik dari Australia turut hadir. Mereka dalam misi untuk melaksanakan proses validasi program ARPRM.











Ini pula adalah klip videonya :



Tahniah kepada semua. Semoga lebih ramai lagi menyertai ARPRM dan mencapai impian Emas. Lawati laman web www.intaward.org untuk mengetahui dengan lebih lanjut program The Duke of Edinburgh's International Award ini.



Sabtu, 15 Ogos 2015

[165] Program Bintang Sains dan Matematik UPSR SK Pemanis Satu - Siri 4


Program Bintang Sains dan Matematik UPSR SK Pemanis Satu untuk Siri ke 4 telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu, 15 Ogos 2015. Program ini dihadiri penuh oleh 21 orang pelajar Tahun 6 sekolah tersebut yang juga merupakan calon UPSR 2015.



Memandangkan masa yang tinggal tidak berapa lama lagi untuk menghadapi UPSR, maka latihan dan bimbingan secara intensif diteruskan. Mereka terus melaksanakan siri latihan soalan - soalan percubaan UPSR untuk subjek Sains dan Matematik dalam kumpulan kecil (2 - 3 orang). Para fasilitator yang terdirid ari anak - anak Felda Pemanis telah memainkan peranan untuk membantu, membimbing, memberikan tunjuk ajar dan memotivasikan mereka ini.










Program ini adalah sebahagian dari projek untuk meningkatkan kualiti pencapaian akademik di kalangan anak - anak yang bakal menghadapi UPSR tidak lama sahaja lagi. 

Untuk Siri 4 ini, para fasilitator yang berkhidmat adalah seperti berikut :

1. Mohd Naziem Pairan, Agro Sains UMT
2. Mohd Firdaus Zainal Abidin, Biodiversiti UMT
3. Ahmad Nur Hadi Mashod, Elektrik Kuasa UNITEN
4. Nur Zafirah Zainal Abidin, Graduan Pengurusan, UiTM
5. Nur Hidayah Zainal Abidin, Kimia Alam Sekitar, UiTM
6. Nurfarina Basri, Pengurusan Pejabat, UiTM
7. Norshahira Isa, ASASI UIA
8. Ernee Natasya Mohd Suleiman, IB JPA MARA
9. Aina Nazurah Mohd Suleiman, SMK Pemanis








Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, SK Pemanis Satu dan PIBG SK Pemanis Satu selaku penganjur program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat. 

Gambar - gambar penuh program ada di sini : Program Bintang Sains dan Matematik UPSR SK Pemanis satu Siri 4

Manakala ini pula adalah klip videonya.


Semoga kita berjumpa lagi. Buat yang terbaik untuk semua adik - adik UPSR SK Pemanis Satu. Doa kami mengiringi kalian.