Halaman

Khamis, 29 September 2016

[205] #4Doutreach Siri 1 - ARPRM : SMK Labis

Siri 1 Projek 4D Outreach Enemurator oleh G2 telah diadakan pada Selasa, 27 September 2016 bertempat di SMK Labis, Segamat. Projek #4DOureach ini adalah anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Unit Modal Insan Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) Daerah Segamat dan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Segamat.


Seramai 200 orang pelajar SMK Labis mengikuti Sesi Penerangan dan Perkongsian Pengalaman ARPRM yang dijadikan asas dalam perlaksanaan #4DOutreach. Taklimat ARPRM telah disampaikan oleh Muhd Faiz bin Ahmad manakala perkongsian pengalaman pula disampaikan oleh bakal penerima Emas ARPRM G2 iaitu Mohd Idham bin Jalak.






Norhazra Jamil dari JOYDEC Segamat bertindak sebagai fasilitator pengisian borang kajian. Turut bersama adalah Encik Mohd Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. SMK Labis pula diwakili oleh Puan Rogayah, GPK 1 dan Encik Fazli selaku Guru Penyelaras Program.


Respon yang sangat baik diterima dari adik - adik pelajar SMK Labis. Mereka memberikan reaksi dan penumpuan yang sungguh baik sepanjang program dilaksanakan.

#4DOutreach akan diadakan sebanyak 4 siri di lokasi - lokasi yang telah ditetapkan sepanjang bulan September dan Oktober ini. 

Selasa, 13 September 2016

[204] Sesi Pembentangan Proposal Projek 4D Outreach

Pada Khamis, 8 September 2016, telah berlangsung Sesi Pembentangan Proposal Projek 4D Outreach IYRES Community Enemurator. Ia merupakan satu projek berasaskan penyelidikan di peringkat komuniti bagi membangunkan budaya 'Inquiry Mind' dalam membudayakan penyelidikan di kalangan belia berasaskan kepada isu dan permasalahan setempat. 



Projek ini menggunapakai kaedah 4D iaitu Discover, Dream, Design and Destiny. Ia dibiayai oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES - Institute for Youth Reseach Malaysia) Secara umumnya, Projek 4D Outreach mempunyai matlamat berikut :

• Membudayakan penyelidikan dalam kalangan belia;

• Mengiktiraf peranan enumerator dalam konteks integriti dan kualiti penyelidikan;

• Menjalankan aktiviti-aktiviti intervensi yang bersesuaian yang berasaskan dapatan kajian;
• Menyerlahkan potensi belia dan penyelidikan sebagai bidang kerjaya, kesukarelawanan dan inovasi;
• Menyebarluaskan peranan dan fungsi ICE dalam komuniti setempat;
• Memperkasakan pengurusan data berasaskan realiti di peringkat komuniti berorientasikan “in-situ approach”.
(Maklumat dari Laman Web IYRESS di http://www.ippbm.gov.my)





Penilaian projek telah diketuai oleh Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dan Cik Azura Abidin, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES.




Berdasarkan senarai akhir yang diberikan, ada 7 kumpulan yang membentang proposal. G2 merupakan salah satu kumpulan yang membentang dan menjadi kumpulan pertama yang berbuat demikian pada sesi tersebut.  3 orang ahli kumpulan dari 7 semuanya telah mewakili G2 dalam sesi pembentangan ini. Terpilih untuk membentang proposal merupakan satu pengiktirafan untuk kumpulan penyelidikan G2. Semoga projek ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Isnin, 12 September 2016

[203] Sembang Santai Generasi Muda

Satu Sesi Sembang Santai Generasi Muda Bersama YB ADUN Pemanis telah diadakan pada Ahad, 11 September 2016. Sesi berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini dihadiri oleh 6 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.

Selain G2, sesi juga dihadiri oleh 8 orang dari Kelab Rakan Muda Kg Abdulah dan 5 orang dari Kelab Rakan Muda Jementah. Semua ini adalah organisasi berdaftar yang menumpu kepada aktiviti untuk generasi muda khususnya di bawah 25 tahun.






Antara perkara - perkara yang disembangkan menerusi sesi ini adalah pengarusperdanaan belia, program - program akan datang, halatuju pembangunan belia dan pelbagai lagi. Sesi telah dipengerusikan sendiri oleh YB ADUN Pemanis.

Para peserta juga dapat berkongsi serba - sedikit maklumat kemaskini kemajuan dan perkembangan organisasi kepada YB ADUN di samping meluahkan pandangan mereka.