Halaman

Selasa, 31 Oktober 2017

[278] Anugerah Buku Rekod Terbaik ARPRM Batch Inspirasi 2017


ALBUM 3 : 27 Oktober 2017 - Di dalam Malam Pra Graduasi ARPRM Batch Inspirasi, YB ADUN Pemanis telah menyampaikan hadiah dan penghargaan kepada peserta ARPRM Tahap Perak dan Gangsa yang telah menyempurnakan aktiviti dan buku rekod dengan baik. 


Buku Rekod Terbaik Tahap Perak :
1. Nuraliah Syamimi binti Abdul Wahab 
2. Muhammad Khairul Irfan bin Haji Idris
3. Muhammad Affif Haziq bin Malik
4. Nur Amirah Syafiqah binti Mohd Faizal
5. Nur Atikah binti Razis 
6. Iman Nur Haqim bin Norrizam




Buku Rekod Terbaik Tahap Gangsa :
1. Nur Najwabalqis binti Isa
2. Mohammad Aneeq Afzal bin Mohd Assri
3. Nur Shafiqah Irdina binti Hairol Zamri 
4. Siti Nuraishah binti Ahmad 
5. Nora Asyikin binti Musa 





Penghargaan Mentor Tahap Gangsa dan Perak
2.Mohd Iftitah Ishak.




Cenderahati Kepada YB ADUN Pemanis




[277] Sesi Bicara TN50 Bersama YB ADUN Pemanis

ALBUM 2 : 27 Oktober 2017 - Sesi TN50 bersama generasi yang akan membina Malaysia 30 tahun ke hadapan pada 2050. Bicara TN50 Bersama YB Lau Chin Hoon, ADUN Pemanis diadakan bersempena dengan Malam Pra Graduasi ARPRM Batch Inspirasi 2017 dan Ulang Tahun G2. Satu kaedah interaksi sembang secara lebih berfokus dan bertema.

Ia dihadiri oleh kira - kira lebih 100 orang : 35 orang peserta yang baharu menyempurnakan ARPRM Tahap Perak dan Gangsa, 30 orang peserta ARPRM lain (sempurna Emas, peserta sedang menyempurnakan Emas dan bekas peserta ARPRM), 20 orang sukarelawan / ahli dan 15 orang ibu bapa / jemputan.  Sesi telah dikendalikan oleh Ketua Mentor dan Pemegang Emas, Encik Mohd Firdaus Zainal Abidin.















YB ADUN Pemanis menyentuh antara lain mengenai apa itu TN50, apa persediaan kita sebagai generasi muda yang bakal menerajui dan menjadi glolongan progresif menjelang 2050 dan bagaimana kita hendak berdepan dengannya.



YB turut memberikan beberapa tips dan panduan untuk anak - anak muda dalam menjalani kehidupan seharian. Panduan yang diberikan, walaupun nampak ringkas, tetapi ia menjadi asas yang paling bermakna untuk kehidupan.

Terima kasih YB, para peserta ARPRM dan ibu bapa yang dapat bersama.

[276] Persiapan Malam Pra Graduasi ARPRM Batch Inspirasi & Bicara TN50

ALBUM 1 : 27 Oktober 2017 - Sekitar kerja - kerja persiapan bagi melaksanakan majlis Malam Pra Graduasi ARPRM Batch Inspirasi 2017 dan Bicara TN50. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat.

Kerja - kerja persiapan ini merangkumi pengurusan, persiapan tempat, hadiah, kelengkapan, susun atur, perjalanan majlis dan penyedian makanan.