Halaman

Selasa, 14 November 2017

[280] 15 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Kebajikan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com



15/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku

Kebajikan

oleh Azhari Imran

Sepanjang sesi pembelajaran kamu di KMJ ni, semua kebajikan kamu akan dijaga. Antara kebajikan pihak kolej ialah :

  • Klinik
§ Jika kamu mengalami sakit dan memerlukan rawatan, kamu semua perlu melaporkan diri di blok kediaman Al-Biruni atau lebih dikenali Blok E.
§ Waktu melaporkan diri di pejabat Blok E adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang. Pada hari Khamis pula hanya pada waktu pagi sahaja
§ Pada waktu malam pula, kamu semua perlu merujuk Pejabat Felo yang terletak di Blok C (rujuk Episod 10)



  • Dobi
§  Dobi ni khas untuk golongan yang sayang tenaga dan malas membasuh baju menggunakan tangan
§  Dengan hanya berharga RM2.00 dan perlu menunggu selama 28 minit. Baju anda dicuci bersih sebersih hati selepas bertaubat.
§  Dugaan yang sering dihadapi adalah apabila mengisi duit tetapi mesin basuh tidak beroperasi. Huhuhu






  • Kafeteria.
§  Ini merupakan tempat aku melampiaskan nafsu lapar.
§  Banyak makanan dengan harga yang berpatutan
§  Waktu genting adalah pada pukul 1.00 petang. Dan ini memerlukan tahap sabar yang tinggi kerana masing-masing lapar. Ada yang memotong barisan, ada yang tertumpahkan kuah, ada yang mengambil nasi sehingga berlebihan dan banyak lagi dugaan.




  • Outing dan balik bermalam
§  Ini merupakan waktu kebebasan pelajar.
§  Mereka berasa bebas kerana dapat membeli barang keperluan dan “food hunting”
§  Antaranya “food hunting” kegilaan ramai adalah Sushi. Antara menu yang lain adalah Kentucky Fried Chicken (KFC), Pizza dan lain-lain. Untuk makluman, di Tangkak tiada cawangan McDonald. Hehehe
§  Tempoh outing adalah dari pukul 10.00 pagi hinga 6.00 petang
§  Untuk balik bermalam pula, jika kolej tidak menganjurkan aktiviti, kamu akan dibenarkan pulang ke rumah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini jika tiada apa-apa perayaan yang disambut seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Perayaan Deepavali dan sebagainya.
§  Ibu bapa boleh menjemput pelajar sekiranya dibenarkan balik. Jika ibu bapa yang tiada kelapangan, pelajar boleh membeli tiket bas di koperasi dan balik menaiki bas.


Bahagian ke 16 akan menyusul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)