Halaman

Isnin, 20 November 2017

[281] 16 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Pensyarah, Rakan dan Cinta

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com



16/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku

Pensyarah, Rakan dan Cinta

oleh Azhari Imran



Pensyarah
§  Suka dan tak suka pensyarah ni perkara biasa la kat mana-mana tempat pun. Okay kebiasaannya yang suka dekat pensyarah ni sebab apa? 


Suka : 
1. Penampilan
2. Cara mengajar 
3. Tugasan yang ringkas dan padat
4. Baik hati dll

Tak Suka :
1. Garang
2. Penerangan tak jelas
3. Comot
4. Tugasan yang banyak dll

§  Okay yang atas tu dah jelas kan? Ok ape lagi nak cakap tentang pensyarah ni adalah memandangkan dunia sekarang ni canggih dan mempunyai perhubungan melalui WhatsApp, Telegram dll. Kamu semua perlu peka dengan waktu dan tempat yang sesuai untuk bertanyakan soalan atau apa-apa jua kemusykilan. Sebagai contoh, kamu semua perlu mengehadkan tempoh pertanyaan pada waktu malam. Pensyarah tu pun penat diknon. Kamu boleh bertanyakan soalan itu pada slot tutorial subjek itu nanti. Haa ok kan?




Rakan satu praktikum
§  Sebagai satu praktikum, kamu semua perlu berganding bahu dan jangan mengharapkan seorang ketua untuk melakukan semua. Kamu semua perlu sematkan prinsip kepimpinan di dalam diri kerana kamu sudah berumur 18 tahun yang boleh dilabelkan sebagai seorang yang matang.
§  Selain rakan sebilik, rakan praktikum juga menjadi ahli keluarga kamu sepanjang dua/empat semester di kolej matrikulasi itu. Susah senang tu perlu dikongsi bersama.
§  Untuk pengetahuan semua, setiap individu dalam satu praktikum memainkan peranan penting untuk kedudukan kelas dalam peperiksaan. Hal ini kerana, jika pointer seseorang di dalam praktikum itu jatuh ataupun meningkat, ia akan memberi kesan kepada rakan praktikum yang lain.






Percintaan dan persahabatan
§  Sebagai remaja yang mempunyai hati ingin mencuba sesuatu, kita tak terlepas dari perasaan ingin berpasangan. Jaga diri, hati, dan pelajaran. Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Nanti aku ceritakan di episode berikutnya. Hehehe.
§  Tak menjadi kesalahan pun ada teman wanita/lelaki ni. Dari sudut positifnya, kita boleh menjadikan ianya motivasi dalam diri. Kenapa motivasi? Ianya kerana kita akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan. Kita belajar bersungguh-sungguh untuk dijadikan contoh kepada pasangan. Dari sudut negatifnya pula, jika kita terlalu asyik dengan pasangan, ianya akan mendatangkan kesan yang buruk seperti pelajaran terabai, pengurusan diri terabai (jika putus cinta) dan lain-lain lagi.
§  Kes cemburu buta dan pergaduhan juga akan menyebabkan keharmonian belajar di kolej matrikulasi terganggu. Ia juga akan mewujudkan perasaan takut dan tidak tenteram pelajar lain untuk mengulangkaji.


      
Bahagian ke 17akan menyusul. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)