Halaman

Ahad, 25 Mac 2018

[310] Penyempurnaan Laporan ARPRM Tahap Emas : Nurul Anis Ashiqin Mustafa

JUMAAT, 9 MAC 2018 : Kunjungan ke Unit ARPRM, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Menyerahkan laporan ARPRM Tahap Emas untuk Nurul Anis Asyiqin, menyerahkan pendaftaran 15 orang peserta Tahap Emas dan mengadakan sedikit sesi perbincangan bersama Puan Yusniza binti Mohamad Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Tertinggi yang sementara waktu menguruskan Unit ARPRM dari Encik Carl Sherman Anak Rigar (yang dipinjamkan ke Unit Komunikasi Korporat).

Anis bermula dengan Gangsa pada tahun 2015 ketika di Tingkatan 3 dan sempurna semuanya pada Februari 2018 semasa menunggu keputusan SPM. Beliau adalah wanita ke 4 menyempurnakan Emas selepas Suria, Nurul Asyikin dan Pebi (bersama Quantum).

Bagi Tahap Emas, lima komponen dan jenis aktiviti setiap komponen yang disempurnakan oleh Anis adalah seperti berikut :

Khidmat Masyarakat : Sukarelawan
Kemahiran : Seni Budaya – Zapin
Rekreasi Fizikal : Bola Jaring
Jelajah Lasak : Eksplorasi Paya Bakau 3
Projek Penempatan : Konservasi Dalam Komuniti, Zoo Melaka and Night Safari

Tahniah Anis menjadi Emas ke 20. Mari kita imbas kembali perjalanan Anis dalam menyempurnakan laporan ARPRM Tahap Emas beliau.




FASA MENYEMPURNAKAN BUKU REKOD, BUKU LOG, LAPORAN AKHIR 
DAN SALINAN VIDEO






FASA SESI PENILAIAN AKHIR BADAN OPERASI





FASA MENGHANTAR LAPORAN




Tahniah Anis! 



Jumaat, 23 Mac 2018

[309] Program Menggapai Pendidikan Ketiga 2018 - Lepasan SPM 2017


KHAMIS, 15 MAC 2017 - Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Sistem UPU Online telah diadakan untuk lepasan #SPM2017 oleh Team Sukarelawan Pendidikan G2 dui Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Ia diadakan sejurus para pelajar selesai mengambil keputusan SPM pagi tersebut selama kira - kira 4 jam. 

Program dimulakan dengan Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang SPM 2017 untuk 9A, 8A, 6A dan 5A. Ia kemudian diikuti dengan sesi penerangan laluan selepas SPM. Ujian RIASEC Holland bagi menentukan minat juga diadakan sebelum para lepasan SPM ini menyemak syarat kelayakan memohon sesuatu kursus berasaskan keputusan SPM mereka.

Sesi mengisi borang UPU dengan pemantauan fasilitator diadakan agar setiap dari mereka membuat pilihan yang tepat dan tidak melakukan kesalahan dalam pengisian borang online.
.
Seramai 35 orang lepasan SPM 2017 telah mengikutinya dengan buat kali pertama G2 memberikan nombor pin UPU Percuma kepada batch kali ini.