Halaman

Ahad, 27 Mei 2018

[315] Pengurusan Pelajar ke Matrikulasi Sesi 2018 / 2019

SETIAP tahun, G2 memberikan komitmen untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kebiasaannya, para pelajar lepasan SPM akan dibimbing untuk membina halatuju selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Ini termasuklah pengajian pada peringkat Matrikulasi, Asasi, Tingkatan Enam, Diploma, Sijil atau apa sahaja laluan yang berkaitan.

Blog ini memaparkan gambar - gambar pengurusan pelajar ke Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerja - kerja ini dimulakan dari peringkat memberikan penerangan kepada mereka dan mengisi borang online sistem matrikulasi.

Ia kemudian diikuti dengan pengurusan dokumen bagi mereka yang berjaya diterima masuk iaitu calon jaya. Semua dokumen berkaitan akan dicetak dan dibantu uruskan, termasuklah perjanjian dan pengesahan dokumen.

Untuk Batch 2000 kemasukan sesi 2018 / 2019, seramai 14 dari 20 orang atau 70% dari calon yang memohon matrikulasi telah diterima. Ia merupakan pencapaian tertinggi untuk satu kumpulan pelajar. Bagaimanapun, 12 orang dari mereka mendaftar dengan 2 orang lagi memilih untuk ke Program Asasi di UM dan UIA.

Bagi pihak seluruh warga G2, setinggi - tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua. Semoga ia menjadi titik mula untuk membina kehidupan berlandaskan ilmu dan pengetahuan bagi bekalan hari muka.












Ahad, 20 Mei 2018

[314] Majlis Sanjungan Budi Ramadhan 1439H


SABTU, 19 MEI 2018 | 3 RAMADHAN 1439H - G2 hari ini melaksanakan program Sanjungan Budi Ramadhan - Majlis Berbuka Puasa, Penghargaan Mantan ADUN Pemanis (yang telah bersama 3 penggal dan tidak bertanding), dan meraikan bakal pelajar Matrikulasi yang akan mendaftar pada 23 Mei ini. Majlis sederhana telah diadakan di WK 108, Felda Pemanis Dua. Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan majlis.