Halaman

Sabtu, 31 Ogos 2019

[410] TOT Sukarelawan Darul Takzim Siri 3

22 - 24 Ogos 2019 : Merbah Eco Resort, Pontian.

Saudara Kamsari Subroto mewakili G2 telah mengikuti kursus Training of Trainers (TOT) Sukarelawan Darul Takzim Siri 3 yang diadakan pada 22 - 24 Ogos 2019 di Merbah Eco Resort, Pontian. Kamsari adalah pemegang Emas ARPRM 2017 dari G2 juga Exco Malaysia Gold Award Asscociation (MAGAA)

Ia adalah anjuran Pusat Pembangunan Belia Johor, Majlis Sukan Negeri Johor. Siri 3 ini mengkhusus untuk daerah Johor Bahru, Pontian dan Kulai.

Sebelum ini, 3 orang peserta dari G2 telah mengikuti Siri 1 yang diadakan di Muar. Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menyempurnakan TOT Sukarelawan Darul Takzim kali ini.



























Kredit gambar : Pusat Pembangunan Belia Johor, Cik Zubaidah Samat dan Kamsari,



Jumaat, 30 Ogos 2019

[409] Sesi Yang Penuh Drama

Catatan Norshahira Isa, salah seorang #TeamTutor Sukarelawan Pendidikan G2 di dalam projek Sukarelawan Dalam Kelas UPSR 2019 SK LKTP Pemanis 1
Hari terakhir menjadi tutor murid UPSR tahun ini. Terlalu banyak drama perasaan dan air mata. Mungkin saya perlu catatkan setiap kisah yang saya alami sebagai memori untuk 10 tahun akan datang? Hahaha (semoga saya rajin menaip)
Terlalu banyak kenangan dan pengalaman. Yang datangnya daripada pihak tutor sendiri dan juga daripada murid-murid. Walaupun saya rasa batch ini yang paling susah nak handle (sampai cuti dua hari kot sebab demam), tapi mereka menghiburkan ðŸ˜‚
Gambar ni pun ada drama. Drama Khadijah suruh peluk dia semasa bergambar ðŸ˜‚
"Okay, Khadijah"

P/s : Akak dah tua dik. Gurau je boleh. Betul-betul ada perasaan tak boleh. ðŸ˜‚
Akak sayang semua ðŸ’–

Tiada lagi aksi-aksi meluah perasaan. Tiada lagi air mata yang perlu saya hentikan. Tiada lagi pujukan yang perlu saya beri. Kerana selepas ini mereka akan meneruskan perjalanan mereka sendiri tanpa bantuan daripada tutor. Namun, doa kami sentiasa mengiringi kalian.
Semoga berjaya dengan cemerlang. Semoga sentiasa menjadi seorang insan yang baik dan bermanfaat terhadap orang lain. Semoga sentiasa dalam RahmatNya. Semoga sentiasa diberikan kesenangan. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
'Akak, pastikan tangan akak peluk saya eh'
Dan drama tutor-tutor yang juga mengada-ngada. Tapi eloklah saya simpan seperti mana saya simpan pickupline daripada tutor-tutor. HAHAHAAH.

Isnin, 26 Ogos 2019

[408] Perjalanan Menuntut Ilmu Di Negara Sendiri

Catatan Pebi Pitri Anasari Henrizal, Emas ARPRM ke 17 hasil kolaborasi G2 dan Quantum Training Centre tauliah 2017 menceritakan pengalaman dan ranjau yang dilaluinya dalam menggapai cita - cita. Pebi, warganegara Indonesia, menghabiskan zaman kanak - kanan dan remajanya di bumi Malaysia, menuntut ilmu sejak Tahun 1 hinggalah tamat STPM aliran Sains Fizik di Kulai. 13 tahun bersekolah di Malaysia.

Perak dan Gangsa beliau bersama Quantum Training Centre sebelum Emas bersama G2 kerana kekangan kesihatan Mentor asalnya. Tahniah Pebi.


Siapa sangka, belajar di negara sendiri juga bukanlah mudah apabila kita merantau sejak kecil lagi, lebih tepat darjah 1. 

Setelah melalui pelbagai liku hidup dari segi penyesuaian, dokumen dll, menuju ke perguruan tinggi / institut pengajian tinggi juga bukan semudah yg orang lain lihat. Walaupun WNI, tetapi tiada tanda pengenal lain yg dimiliki selain surat kelahiran dan pasport. Bila tengok orang lain dah pegang IC/KTP, terfikir juga bila agaknya nak buat. Permohonan IC 2 kali ditolak, KTP juga tak pernah buat sbb dari kecil di Malaysia. Waktu tu tak terasa sangat pentingnya ada KTP ni. Tapi bila nak masuk perguruan tinggi, mestilah diperlukan. Takkan umur 20 tahun pakai pasport di negara sendiri? Pelik kan, sebab orang lain pakai pasport klau nak keluar negara je.
Mencari jalan untuk terus sambung belajar di Malaysia, belum lagi dibukakan jalan yg sepatutnya. Terlepas pelbagai biasiswa kerana dokumen. Sedih, terluka, putus asa, down tu perkara biasa. Yelah tapi siapa yg faham selain diri sendiri kan? Orang lain mmg mudah nak cakap, "Alaa takkanlah orang pandai tak boleh dapat." Pandai tu bukanlah segala2nya. Yang penting itu adalah ruang, peluang dan kenalan yang ada. Tak guna pandai sendiri kalau tak pandai nak cari tahu tntg peluang2 yang ada. Alhamdulillah sekarang dapat sambung belajar di Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) melalui jalur mutiara.
Sebelum dapat sambung belajar di sana, apa yg perlu dibuat dan apa persyaratannya?




1. KTP
Yang tak tahu, mungkin mudah nak cakap, "ala balik jela Indonesia lepastu terus buat"
Awak, bukan semudah itu ye. KTP perlu dibuat di tempat kelahiran sendiri. Saya lahir di Sungai Geringging, Padang Pariaman. Jadi perlu buat di sana. Untuk belajar di Tanjung Pinang pula, perlu buat KTP alamat di sana pula. Jadi terpaksalah ke Padang juga untuk buat surat pindah ke Tanjung Pinang. (cerita sedih; ditipu setelah menunggu surat pindah shj siap sehingga sebulan lebih. Akhirnya memaksa diri sndiri balik dan berurusan) . Dipendekkan cerita bila balik sendiri, baru surat pindah siap + renew akta kelahiran yg dah tak tau rupa apa ðŸ™Š Kemudian barulah dapat buat KTP di Tanjung Pinang. 

2. PENYETARAAN IJAZAH
Bila status lulusan sekolah menengah luar negara, pentinglah penyetaraan ni. Maksudnya STPM ni perlu disetarakan atau dinilai level pendidikan jika di Indonesia. Saya berurusan melalui e-layanan. Sistem penyetaraan ijazah online bagi pendidikan dasar dan menengah. Mula apply dari bulan Mei, tapi pelik betul, setiap kali type in data, mesti tak boleh save. Lebih dari 5 kali cuba, penat isi mcm2 maklumat, ehhh tak disimpan pula dlm sistem. Ha hilanglah semua. Yg peliknya dokumen yg diupload ada pula. Cuma yg kita type in tu takde. Setiap hari cuba, tak boleh pula. Sampai akhirnya agak pasrah n tunggu selesai raya. Lepastu cuba buat lagi, xberjaya pula. Sama keadaannya. Eh tuptup cuba balik setelah keberapa kali bulan Julai, boleh pula. Alhamdulillah cepat2 type in data dan berjaya submit application. Lepas seminggu lebih, setelah pelbagai peringkat evaluasi/ penilaian, akhirnya dinyatakan lulus. Maksudnya apa? STPM mmg setara SMA kelas 3 dan diiktiraf. Bila dah siap, pening pula siapa nak ambil di Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Jakarta. Alhamdulillah paman/pakcik bantu keponakannya ni ambil surat keterangan penyetaraan tu n pos ke tanjung pinang. Makasih ðŸ˜˜ðŸ˜˜ðŸ˜˜

3. PENDAFTARAN ULANG
sepatutnya pendaftaran ulang ni 7 Ogos, tapi waktu tu masih di Malaysia dan nak siapkan byk perkara sebelum balik. Dengan keadaan masih bekerja dan perlu hantar resignation letter sbb mendadak. Patutnya sebulan sebelum. (bila berhenti elok2, manalah tau cuti sem boleh kerja situ balik kumpul duit belajar ðŸ™Š) Jadi kakak n abg yg tolong bank in duit semester n daftarkan di UMRAH. 19 Ogos pebi cuma perlu ambil gambar dan beri saiz alma mater kampus. Pada masa sama, ikut pra-orientasi di Kampus utama UMRAH.
Tulah ringkasan tentang perjalanan nak sambung belajar. Alhamdulillah dipermudah urusan kerja lepas stpm untuk kumpul duit supaya dapat digunakan untk pelbagai urusan ke mcm2 tempat. Tiket flight skrg boleh tahan mahal eh ðŸ™Š Perjalanan bulan Julai sebelum diterima di UMRAH melalui jalur mutiara (interview) :

JOHOR -> BATAM -> PADANG -> BATAM -> TANJUNG PINANG -> JOHOR.

Ahad, 18 Ogos 2019

[407] Riadah Futsal - Bulan Julai 2019

Entri kali ini akan memaparkan beberapa koleksi gambar dan video riadah futsal anak - anak FELDA Pemanis sepanjang bulan Ogos 2019.

Futsal merupakan permainan sukan paling digemari. Ia juga menjadi pilihan kebanyakan remaja FELDA Pemanis untuk melengkapkan komponen Rekreasi Fizikal dan Sukan menerusi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) atau The Duke of Edinburgh's International Award (DofE).

Untuk itu, mereka perlu melengkapkan berdasarkan peraturan berikut :

Tahap Gangsa : minima 3 bulan dan 15 jam atau minima 6 bulan dan 30 jam jika memilih komponen ini sebagai komponen terpanjang
Tahap Perak : minima 6 bulan dan 30 jam
Tahap Emas : minima 12 bulan dan 60 jam
disamping 3 atau4 lagi komponen wajib yang perlu dipenuhi.














































Di samping dapat mengisi masa lapang dan keperluan kesihatan, mereka dapat juga memenuhi komponen bagi ditauliahkan menerusi ARPRM setelah disahkan menerusi catatan di dalam Buku Rekod.