Halaman

Khamis, 31 Oktober 2024

[1,627] Latihan Kompang - 31 Oktober 2024

 LATIHAN KOMPANG - 31 Oktober 2024

Sekitar latihan kompang malam ini yang diadakan di Dewan Terbuka JKKR FELDA Pemanis 2.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

Terima kasih juga buat ibu bapa penjaga yang memberikan keizinan.

#BungaBangsa #TeamG2 #RakanMuda #Kompang #SeniBudaya






















[1,628] Bengkel Penyediaan Draf Dasar Perlindungan dan Kawal Selia Program ARPRM

Bengkel Penyediaan Draf Dasar Perlindungan dan Kawal Selia Program ARPRM

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan Bengkel Penyediaan Draf Perlindungan dan Kawal Selia Program ARPRM pada 28 - 30 Oktober lepas bertempat di Genting Highlands, Pahang. 

Ia telah dijayakan oleh Pegawai - Pegawai Belia dan Sukan, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM dan beberapa orang Pemimpin Anugerah / Mentor terpilih.

Dasar yang sedang dirangka ini bertujuan untuk : 

✅ Memastikan perlakuan yang bertanggungjawab dan beretika.

✅ Penyediaan mekanisme penyelesaian isu.

✅ Menyokong pematuhan kepada undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

Hadir menyempurnakan majlis penutup bengkel adalah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Puan Azura binti Abidin. 

Turut hadir adalah Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda) dan Puan Marina binti Nafi, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi.

Encik Zam, Mentor ARPRM dari #TeamG2 yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM telah bersama menjadi sebahagian pasukan yang mendraf dasar ini.

#TeamG2 #RakanMuda #YakinBoleh #ARPRM




























Ahad, 27 Oktober 2024

[1,626] ARPRM Emas : Penyerahan Laporan Hafiz Ahmad

 HAFIZ AHMAD EMAS TERAKHIR 2024, SERAH LAPORAN HARI INI

SEGAMAT, 27 Oktober - Mohd Hafiz Ahmad menjadi calon Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas ke - 9 dan terakhir dari #TeamG2 yang menyerahkan laporan.

Ia diserahkan kepada Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus petang tadi. Turut bersama adalah Encik Hasdi, Pegawai Rakan Muda.

Hafiz memulakan ARPRM pada tahun 2019 menerusi Tahap Gangsa dan sempurna semua pada 1 Oktober 2024 lalu, lebih kurang 5 tahun. Beliau menempuh zaman COVID - 19 ketika pelaksanaan ARPRM yang memberikan cabaran besar buatnya.

Hafiz adalah Sukarelawan Southern Volunteers yang aktif dan menjadi sebahagian besar aktiviti yang mewarnai pelaporan beliau untuk Tahap Perak dan Emas. Beliau di bawah bimbingan Mentor Encik Zam dan Encik Azizi.

Syabas dan tahniah Hafiz. Moga terus melakar kejayaan.

#ARPRM #TeamG2 #BungaBangsa #WorldReady