Halaman

ARPRM

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda

Catatan : Video - video ARP RM boleh didapati di Laman YouTube G2 atau gunakan katakunci ARP G2 di Youtube.

Atau lebih dikenali sebagai ARPRM, juga dikenali di peringkat antarabangsa sebagai The Duke of Edinburgh's International Award (DofE).

Satu bentuk program pengiktirafan antarabangsa untuk remaja 14 – 25 tahun yang telah melengkapkan diri mereka dengan semua komponen cabaran yang digariskan dalam kriteria pengiktirafan.
 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan Badan Operasi Berdaftar Program Remaja Perdana Rakan Muda ini. Tauliah yang diperbaharui setiap tahun diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Misi Program ARPRM G2 : Membentuk remaja yang holistik bagi kesediaan berdepan dengan cabaran semasa dan mendatang.


Syarat dan komponen aktiviti untuk pentauliahan adalah seperti berikut :






Kumpulan pertama ARPRM G2 bermula untuk sesi 2004 / 2005. Tetapi hanya dapat ditauliahkan pada tahun 2006. 

Pentauliahan 2006 - Kompleks Belia dan Sukan Johor


Pentauliahan 2007 - Danga Bay, Johor Bahru

Pentauliahan 2008 - Bandar Putra

Pentauliahan 2009 - Oleh Menteri Belia dan Sukan sempena 
Rakan Muda Felda Kebangsaan di Gugusan Felda Pemanis


Pentauliahan 2010 - Oleh YB Exco Belia dan Sukan Johor
di Kompleks Islam Sultan Iskandar, Johor Bahru


Pentauliahan 2013 (Tahap Perak) - Oleh Pengarah JBS Johor di Bandar Penawar, Kota Tinggi.
G2 memenangi Anugerah Badan Operasi (NGO) Aktif 2013 Negeri Johor.


Pentauliahan 2013 (Tahap Gangsa) - Diadakan pada 29 Ogos 2014 di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua oleh Badan Operasi G2 sendiri.







Pentauliahan 2014 (Tahap Perak) - Oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan
dan Warisan Kerajaan Johor pada 8 November 2014 di Dewan Jemerlang, INTAN, Kluang. 
Memperlolehi Anugerah Mentor Cemerlang 2014 Negeri Johor.




Pentauliahan 2014 (Tahap Gangsa) - Oleh Puan Emilia, Penolong Pengarah (Rakan Muda),
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor pada Ahad, 23 November 2014 di Hotel Villa







Pentauliahan Tahap Emas 27 Ogos 2015: Melakar sejarah buat pertama kali mencapai dan ditauliahkan Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan pada Khamis,27 Ogos 2015 di The Everly Hotel, Putrajaya. Dianugerahkan oleh YB KJ, Menteri Belia dan Sukan. Pencapaian oleh Mohd Firdaus bin Zainal Abidin.




Pentauliahan Tahap Gangsa Daerah Segamat 28 Oktober 2015 (Sidang Pagi): Seramai 29 orang dari 134 orang Daerah Segamat disempurnakan oleyh YB Hajah Norshida Ibrahim, ADUN Buloh Kasap



Pentauliahan Tahap Perak Negeri Johor 28 Oktober 2015 (Sidang Petang): Seramai 25 orang dari 436 orang Negeri Johor disempurnakan oleyh Tuan Zalkeri Salleh, Pengarah Cawangan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia selaku wakil rasmi kepada Datuk Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.




Pentauliahan Tahap Emas 27 Oktober 2016 : Seramai 10 orang ditauliahkan ARPRM Tahap Emas (8 orang dapat hadir, 2 tidak dapat hadir) oleh YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) di Hotel Bangi - Putrajaya. 10 orang adalah : Mohd Hasni Zaini, Mohd Idham Jalak, Mohd Azhari Imran, Mohd Nabil Akmal Esa, Mohd Fakhrur Razi Othman, Badrul Halim Katimin, Suria Sipon, Mohd Nur Iman Abdullah dan Mohd Nur Ashraff Husin.



Pentauliahan Tahap Perak 09 November 2016 : Seramai 16 orang layak ditauliahkan pada Majlis Pentauliahan ARPRM Tahap Perak Peringkat Negeri Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin. Disempurnakan oleh Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor



Pentauliahan Tahap Gangsa dan Perak 09 Februari 2018 : Seramai 14 orang pada peringkat Perak dan 24 orang pada peringkat Gangsa sempena Fiesta Sehati @ RTM Peringkat Negeri Johor di Dataran Segamat, Johor






Pencapaian Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana
Rakan Muda Tahun 2017 dan 2018 disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan,
YB Steven Sim Chee Keong pada 10 November 2018 di Cyberjaya










Pentauliahan Tahap Emas 2019 pada 11 September 2019 di Shaftbury Asteri, Cyberjaya : Seramai 7 orang penerima Tahap Emas ARPRM - DofE dari G2 telah menerima dan disampaikan oleh HRH Prince Edward, Earl of Wessex selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DofE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)