Halaman

Selasa, 22 Jun 2010

Gangguan Bekalan Air di Felda Pemanis 1 dan 2

JOHOR BAHRU 21 Jun - Orang ramai di seluruh Felda Pemanis 1 dan 2 dan Ladang Mados, Segamat diminta menyimpan bekalan air secukupnya kerana akan berlaku gangguan pada Rabu, Sabtu dan Ahad ini.

Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd. (SAJH), Jamaluddin Jamil berkata, gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Air Pemanis, Segamat dan penyambungan paip baru di persimpangan Jalan Maharani, Muar.

"Gangguan berlaku selama lima jam bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di seluruh Felda Pemanis 1 dan 2 dan seluruh Ladang Mados.

"Sementara kerja-kerja penyambungan paip akan mengambil masa kira-kira 20 jam yang bermula pukul 10 malam Sabtu hingga 6 petang Ahad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, antara tempat yang terlibat adalah seluruh perkampungan Jalan Daud merangkumi Jalan Said Tahir dan Lorong Serkam, kawasan Kompleks Perhentian Bas Awam Bandar di Jalan Maharani dan seluruh Jalan Junid bermula dari surau Tadak Utara hingga ke jambatan Parit Perupuk Jalan Junid Dalam.

Lain-lain tempat adalah Jalan Abd. Rahman bermula dari kediaman rasmi Datuk Pegawai Daerah Muar hingga ke Jambatan Parit Sakai Jalan Abd. Rahman, seluruh Jalan Khalidi bermula dari Kampung Seri Pantai Jalan Junid hingga ke bulatan Jalan Khalidi merangkumi Taman Khalidi Baru, Taman Tanjung Baru dan sekitar.

Orang ramai yang memerlukan bantuan diminta menghubungi SAJH di talian 1-800-88-7474 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau emel kecustomer.care@saj.com.my.

Sumber : www.utusan.com my dan www.saj.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)