Halaman

Sabtu, 27 Julai 2013

[78] Ramadhan 1434H : Menyemai Bunga Bangsa

Ramadhan kali ini sungguh istimewa. Dalam bulan berkat ini, G2 melaksanakan salah satu dari 'signature programme' iaitu Bengkel Matematik Tambahan Siri 3. Ia disekalikan dengan Bengkel Matematik Untuk Tingkatan Tiga, Ceramah Halatuju Pendidikan dan Majlis Berbuka Puasa.  G2 juga sempurna melaksanakan Pogram Bicara Perkongsian Pengalaman. Secara keseluruhannya, terdapat 5 program yang telah dilaksanakan dengan jayanya. 

# Yang lebih penting dan membanggakan, program dijayakan oleh anak - anak Pemanis. Mereka yang mewakili Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Alumni SMP - G2. Mereka juga  merupakan anak jati Pemanis, mendapat pendidikan awal di Pemanis atau di SMK Pemanis. Boleh diumpamakan, sirih pulang ke gagang.

Berikut merupakan sinopsis program, pautan gambar dan video bagi setiap program yang telah dijalankan.

1. Bengkel Matematik Tambahan (Tingkatan 4 dan 5) Siri 3 2013 pada Sabtu dan Ahad, 20 dan 21 Julai 2013. Terima kasih kepada Fasilitator Rabiatul Munirah Alpandi, Mohd Rashid Admon, Ahmad Nur Hadi Mashod dan co - fasi Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Shukri Hassan. Diam tak diam, sudah 3 Siri G2 melaksanakan bengkel ini. Sesungguhnya komitmen yang diberikan oleh pasukan fasilitator amat mengujakan. Sambutan dan respon yang diterima dari adik - adik peserta juga amat menggalakkan. G2 amat berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa - masa akan datang.




Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Pertama

Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Kedua



2. Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan 3) sebagai sebahagian dari persediaan menghdapati PMR pada Sabtu, 20 Julai 2013. Terima kasih kepada fasilitator Ahmad Nur Hadi Mashod, Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Shukri Hassan. Semua pelajar Tingkatan Tiga SMK Pemanis telah terlibat.

Program ini mempunyai matlamat untuk memastikan adik - adik yang bakal menghadapi PMR menguasai Matematik dan dapat menjawab soalan - soalan yang diberikan. Bengkel secara teknik tutorial ini menggunapakai pendekatan latihan dan bimbingan secara terus kepada pelajar. 

Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan Tiga) Bersama G2



3. Ceramah Halatuju Pendidikan dan Kerjaya kepada semua adik - adik Tingkatan Tiga, 4 Sains dan 5 Sains yang sampaikan oleh Cik Nurul Aniza Paiman. Beliau merupakan Pengerusi Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi , Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Program telah diadakan pada Sabtu, 20 Julai 2013 pada jam 05.30 - 06.30 petang.

Antara yang disentuh oleh Aniza adalah apakah laluan - laluan yang boleh dipilih oleh adik - adik Tingkatan 5 selepas menerima keputusan SPM untuk menyambung pengajian mereka, sama ada menerusi laluan akademik ataupun latihan kemahiran. Juga dibincangkan adalah apakah bidang atau jurusan yang boleh mereka ambil, sejajar dengan pencapaian, bakat, kebolehan dan minat mereka.

4. Majlis Berbuka Puasa yang diadakan sempena Bengkel Matematik Tambahan dan Matematik tersebut. Terima kasih kepada semua barisan Exco yang dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama adik - adik yang sedang menuntut ilmu. Ia diadakan pada hari Sabtu, 20 Julai 2013.

Lebih kurang 100 orang terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa ini.

Gambar Program Motivasi dan Berbuka Puasa



Program Motivasi Halatuju Pendidikan dan Kerjaya | Majlis Berbuka Puasa



5. Program Bicara Perkongsian Pengalaman. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Kelab Alumni SMP - G2 dan SMK Pemanis telah mengadakan Program Bicara Perkongsian Pengalaman sebagai motivasi dan galakan kepada adik - adik Tingkatan Tiga yang bakal menghadapi Percubaan PMR minggu ini dan PMR akan datang. Program ini dijayakan oleh Mohd Firdaus Zainal, Rashid Admon dan Muhamad Shukri. Ia diisi dengan sesi bicara pengalaman, teknik ulangkaji, sikap, dorongan, halatuju, tayangan 4 video dan kepentingan pengisian rohani. Program diakhiri dengan Solat Zuhur berjemah semua pelajar lelaki SMP dengan diimamkan oleh Rashid Admon.

Gambar Program Bicara Perkongsian Pengalaman


Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Rashid Admon



Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin



Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Shukri Hasan



# Terima kasih kepada semua. Terima kasih SMK Pemanis. Terima kasih Kelab Alumni SMP - G2. Terima kasih adik - adik 4 Azam, 5 Azam dan semua Tingkatan Tiga tahun 2013. 

# Tentunya paling bernilai, terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga apa yang kita usahakan, baik pada pihak fasilitator mahupun adik  - adik pelajar dalam bulan Ramadhan penuh berkat ini mendapat ganjaran Allah. Doakan agar kita bertemu lagi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)