Halaman

Khamis, 22 Mei 2014

[99] Terima Kasih ROY

MYKD G2 : Setelah lebih dari 3 bulan (dari tarikh hantar 5 Februari 2014) dan membuat sekali songsongan, akhirnya Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima surat pengesahan Pengakuterimaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dengan LENGKAP berdasarkan Seksyen 22, Akta 668 (Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007). Surat pengakuterimaan ini adalah amat penting kerana ia dokumen sah sebagai bukti bahawa Laporan Tahunan 2013 Persatuan telah dihantar (setelah disahkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan) dan diterima oleh Kerajaan menerusi Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Terima Kasih ROY!




Segalanya bermula dengan kronologi ini : 

Selasa, 4 Februari 2014, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Putrajaya
SEKSYEN 22, Akta 668 : Akta Petubuhan Belia dan Pembangunan Belia mewajibkan semua Persatuan Belia Berdaftar di Malaysia untuk menyerahkan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar. Alhamdulillah, pada jam 02.15 petang Selasa, 4 Februari 2014,  MYKD Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diserahkan terus dengan serahan tangan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di Putrajaya. Salinannya semalam juga diserah kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.



Jumaat, 2 Mei 2014
EMAIL KE ROY : Setelah 3 bulan berlalu, G2 masih belum dapat surat Pengakuan Terima MYKD Dengan Lengkap dari ROY walaupun MYKD telah dihantar pada 4 Februari 2014 yang lalu dan diterima secara serahan tangan. Justeru, sekeping email pertanyaan status pagi ini melayang kepada Ketua Penolong Pengarah (Pendaftaran), Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia.


Isnin, 5 Mei 2014
Berikut adalah email jawapan dari Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Tuan Haji Roslan Saad



Kemudian, Encik Munawar Shahfri (Penolong Pendaftar) telah menelefon dan meminta maklumat untuk dibuat semakan. Email asal aduan beserta gambar juga telah diberi kepada beliau untuk memudahkan semakan.

Selasa, 20 Mei 2014
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima menerusi pos surat Pengakuterimaan Dokumen MYKD Dengan Lengkap. Jika ditinjau dari segi jumlah masa bekerja, keseluruhan proses aduan ini selesai dalam masa kurang 14 hari. Terima kasih Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia kerana melayan aduan kami dari sebuah Persatuan Belia dan menyelesaikannya. 

Sesungguhnya semua Persatuan Belia sewajarnya menjalinkan hubungan yang erat dengan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Bukan sekadar Jabatan Belia dan Sukan sahaja, namun juga termasuk Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)