Halaman

Khamis, 4 Disember 2014

[124] Program Kepimpinan Organisasi Tahap 2 Fasa 1 Negeri Johor 2014

Program Kepimpinan Organisasi Tahap 2 Fasa 1 telah diadakan pada 28 - 30 November 2014 di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Jementah. Ia adalah untuk Daerah Segamat, Muar / Ledang, Kluang dan Batu Pahat.

Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di mana Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat sebagai tuan rumah. Program telah ditutup secara rasmi oleh YB Anuar Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang. Seramai 37 orang peserta dari 5 daerah (Fasa 1) dalam negeri Johor telah menyertainya. Peserta telah melalui pelbagai slot yang terdiri dari ceramah, kerja kumpulan, pembentangan, riadah dan sesi perbincangan. 


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar 9 orang adik - adik pemimpin muda dalam kursus berkenaan iaitu Azhari Imran, Fazrul Razi, Badrul Halim, Nur Iman Abdullah, Nabil Akmal, Haikal Misdi, Aydil Rafaei, Mohd Faiz Rahmat dan Muhammad Alif. Tiga orang fasilitator dari Persatuan juga menumbang tenaga menjayakan program. 




Antara slot yang disentuh adalah Nilai dan Etika Kepimpinan, Pengurusan Strategik, Pengurusan Prestasi, Pemasaran Strategik, Penyelesaian Masalah Secara Kreatif dan Kemahiran Berunding dan Negosiasi. Tahniah kepada semua yang telah menamatkan program.

Turut bersama di dalam sesi adalah Tuan Rahim Sharif, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Zul Sharif Md Nawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Berikut adalah gambar penuh yang dimuatkan di dalam Facebook Belia Felda Pemanis.


Manakala yang ini adalah 3 klip video yang berkenaan program tersebut :




Terima kasih kepada semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)