Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

[129] Imbasan 2014

Selamat menyambut tahun baru 2015 Masihi kepada semua. Imbasan 2014 kembali, seperti tahun - tahun sebelumnya. Mengenang setahun yang telah dilalui. Semoga diberikan kekuatan untuk menempuh gesit cabaran hari muka. Skala dan magnitud cabaran yang akan ditempuhi tentulah lebih besar. Ujian itu adalah tanda kasih dan sayangnya Allah kepada kita. Tidak akan diberikan melainkan kita mampu untuk menempuh dan menanggungnya. Salam Tahun Baru 2015 Masihi.


Terima kasih kepada semua. Kawan. Lawan. Sahabat. Seteru.
Terima kasih di atas sanjungan, pujian, ingatan, hinaan, cercaan dan cabaran.
Lima tahun berlalu sejak kami bangkit. Dan, kami buktikan kepada semua erti Pembangunan Positif Belia dan Remaja secara holistik. Falsafah yang kami terapkan dalam setiap aktiviti, secara sukarela, tanpa mengharapkan ganjaran.

Untuk gambar Imbasan aktiviti 2014, silalalah ke Galeri 2014.


Sabtu, 27 Disember 2014

[128] Kejohanan Badminton Tertutup Pemanis Bawah 14 dan Bawah 17 Tahun 2014

Menutup tirai tahun 2014, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan satu program di bawah Biro Sukan dan Rekreasi iaitu Kejohanan Badminton Tertutup Pemanis Bawah 14 dan Bawah 17 Tahun 2014. Ia merupakan kali kedua diadakan setelah kali pertama berlangsung pada tahun 2012.


Kejohanan Badminton ini telah diadakan pada Jumaat, 26 Disember 2014. Dua kategori iaitu Bawah 14 tahun (sebanyak 5 bergu lelaki) dan Bawah 17 tahun (sebanyak 4 bergu lelaki). Ia diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis Dua.

Pertandingan ini mempunyai matlamat untuk mencungkil bakal dan menyerlahkan potensi sukan badminton di kalangan anak - anak Pemanis. Menerusi kejohanan ini, mereka mampu untuk mempamerkan potensi yang ada, seterusnya boleh dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.




Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah pada jam 04.00 petang. Berhenti rehat seketika untuk solat Jumaat.

Sijil - sijil dan hadiah pemenang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hanafie Hasim, Pengerusi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Mengiringi beliu adalah Naib Pengerusi Persatuan yang juga merupakan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi, Encik Mohd Syawal Baharudin.


Bagi kategori Bawah 14, Johan disandang oleh pasangan Aiman dan Rahul, manakala bagi kategori Bawah 17 pula disandang oleh pasangan Zarul Azwan dan Farid Hasan. Hadiah sehingga tempat ke 5 bagi Bawah 14 dan tempat ke 4 bagi Bawah 17 telah diberikan. Semua penyertaan mendapat hadiah dan sijil dari Persatuan.


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis megucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang menyertai kejohanan ini. Terima kasih juga kepada semua barisan urusetia dan pengadil yang telah memberikan komitmen dan kerjasama. Semoga kita dapat meneruskan lagi program ini pada masa akan datang.

Untuk gambar penuh, boleh berkunjung ke Facebook Belia Felda Pemanis.


Ini pula adalah 4 klip video yang disiarkan di Laman YouTube G2 Pemanis








Khamis, 25 Disember 2014

[127] Kursus Asas Kemahiran Kesukarelaan Pasca Bencana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2014


KURSUS Asas Kemahiran Kesukarelaan Pasca Bencana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2014 telah diadakan di Pusat Latihan Polis Zon Selatan (PULAPOL) Batu Anam, Segamat. Ia adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Kursus telah berlangsung pada 21 - 24 Disember 2014. Peserta  datangnya dari seluruh daerah dalam negeri Johor. 

Seramai 8 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis turut sama menyertai, terdiri dari 5 lelaki dan 3 perempuan. Mereka adalah Fazrul Razzi, Mohd Faiz Rahmat, Rashdi Bohari, Norfikri Norazmizan, Mohd Nur Amin Jemiran, Yasmien, Shuhada Azhar dan Nurul Azani Shypul Azmi. 




Modul - modul adalah dengan kerjasama pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kerja Lapangan pula telah diadakan di Kg Awat, Batu Anam. Pengisian juga melibatkan para fasilitator yang dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Antara pengisian yang diberikan adalalah Pengurusan Sukarelawan Untuk Sukarelawan, Isu Bencana, Instrospeksi Kepimpinan dan Kepengikutan, Strategi Komunikasi, Demontrasi Jabatan / Agensi Bantuan Bencana, Kerja Lapangan dan Menangangi Stress. 







Kursus ini mempunyai matlamat berikut :
  1. Menyemai sikap kesukarelaan di kalangan anak muda agar mereka lebih bertanggungjawab kepada Negara, Bangsa dan Agama.
  2. Memberi pendedahan kepada golongan anak muda tentang pentingnya kemahiran kesukarelaan.
  3. Memupuk budaya hidup yang sihat di kalangan anak muda serta meningkatkan tahap pengetahuan dan pemikiran ke arah pembangunan negara sejajar Wawasan 2020.



Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Abd Aziz Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir pada majlis tersebut adalah ASP Khairil Azhar mewakili Polis DiRaja Malaysia.



Gambar - gambar penuh boleh di lihat menerusi dua album di dalam Facebook Belia Felda Pemanis :


Berikut pula adalah lima klip video yang sempat dirakam. Ia dimuatkan di Saluran YouTube G2.












Selasa, 16 Disember 2014

[126] Penarafan Kategori Emas oleh Perbadanan Islam Johor

Syukur Alhamdullillah. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diberikan penarafan kategori Emas di dalam permohonan bantuan tajaan programnya oleh Perbadanan Islam Johor (www.pij.goo.my), sebuah agensi / syarikat milik Kerajaan Negeri Johor (State GLC). Majlis penyampaian Dana Tajaan NGO Belia Islam telah diadakan secara santai pada Ahad, 14 Disember 2014 di Medan Selera Nasi Lemak Simple, Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru. Ia disempurnakan oleh YB Dato' Zulkurnain Haji Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir adalah Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pengurus Pembangunan Kanan, Perbadanan Islam Johor.


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis diberikan penarafan kategori Emas untuk permohonan programnya iaitu Summer Camp 8. Kategori Emas dianugerahkan dana RM 10,000, Perak (RM 7,000) manakala Gangsa (RM 5,000). Bersama - sama G2, ada beberapa lagi persatuan yang menerima anugerah dana yang sama. Majlis yang sama juga mengurniakan geran pemberian terus kepada usahawan - usahawan belia. 

Berikut adalah gambar - gambar ketika suasana santai sembang, makan - makan dan penyampaian Dana Tajaan NGO Belia Islam PIJ itu berlangsung. Dari G2, Encik Hanafie Hasim selaku Pengerusi telah menerima cek yang disampaikan oleh YB Exco diiringi oleh Encik Hazizi Jemiran, salah seorang Exco G2. Rombongan G2 ke majlis tersebut juga disertai oleh Encik Mizam, Encik Azizi dan Encik Nabil Akmal.





G2 sempat beramah mesra dengan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sambil mengemaskini maklumat - maklumat program pembangunan belia setempat. G2 juga beramah mesra dengan rakan - rakan belia dari seluruh Johor.



Ini pula adalah video yang sempat dirakam. Video ini memaparkan kesemua penerima Dana Tajaan NGO Belia Islam oleh PIJ ini. Sedikit panjang, lebih 9 minit.


Imbas kembali. G2 mengemukakan permohonan kepada Perbadanan Islam Johor apabila pengumumannya dibuat meerusi laman web dan Facebook PIJ. G2 mengemukakan cadangan untuk mengadakan Summer Camp 8, sebuah program perkhemahan dan eksplorasi tahunan Persatuan. Alhamdulillah, permohonan ini telah diluluskan sepenuhnya sebanyak RM 10,000 oleh Panel Penilai PIJ menerusi surat yang dilampirkan dan pemberitahuan menerusi telefon. Dokumen Permohonan Bantuan ini adalah setebal 76 muka surat, meliputi dua bahagian. Antara yang diisi adalah kertas kerja, dokumen - dokumen sokongan dan dokumen - dokumen teknikal Persatuan.

Dokumen Permohonan
Surat Kelulusan
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Islam Johor, YAB Menteri Besar (selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PIJ), Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat (khususnya Unit Belia) dan semua yang membantu sehingga G2 berjaya memperolehi penarafan Kategori Emas untuk programnya.


Summer Camp telah dilaksanakan sebanyak 7 siri, dengan siri pertama bermula tahun 2007. Menunggu selama 8 tahun dengan pelbagai penambahbaikan dan telah melibatkan hampir ribuan orang sejak 7 siri itu, meliputi peserta, urusetia, fasilitator dan jurulatih.

Maka, 14 Disember 2014 akan dikenang apabila Summer Camp G2 diiktiraf sebagai program bertaraf Emas oleh G2. Bravo G2. Alhamdulillah!

Isnin, 15 Disember 2014

[125] Kursus Pendek Perlaksaan Program ARP RM Tahap Emas Siri 1 Kumpulan B

BADAN Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah melaksanakan satu Kursus Pendek Perlaksaan Program ARP RM Tahap Emas bagi peserta Tahap Emas Kumpulan B Siri 1 pada Ahad, 14 Disember 2014.


Kursus telah berlangsung di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Seramai 18 orang dalam Kumpulan B Siri 1 ini telah menghadirinya. Objektif perlaksanaan program ini adalah bagi memberikan kefahaman kepada para peserta Tahap Emas untuk mereka melaksanakan keperluan program ARP RM, di samping memberikan mereka persediaan.






Antara pengisian yang diberikan adalah seperti berikut :

Sesi 1 : Ulangkaji ARP RM
Sesi 2 : Falsafah dan Konsep Perlaksanaan ARP RM
Sesi 3 : Peranan Badan Operasi dan Pemimpin ARP RM
Sesi 4 : Panduan Peserta Tahap Emas
Sesi 4 : Soal Jawab



Kursus telah dilaksanakan oleh Encik Mizam dan Encik Hazizi dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Sijil - sijil penyertaan kursus telah disampaikan oleh Encik Mohd Syawal Baharudin selaku Naib Pengerusi, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Persatuan mengucapkan terima kasih kepada Pusat Iternet 1Malaysia Felda Pemanis Dua kerana telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program.

Khamis, 4 Disember 2014

[124] Program Kepimpinan Organisasi Tahap 2 Fasa 1 Negeri Johor 2014

Program Kepimpinan Organisasi Tahap 2 Fasa 1 telah diadakan pada 28 - 30 November 2014 di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Jementah. Ia adalah untuk Daerah Segamat, Muar / Ledang, Kluang dan Batu Pahat.

Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor di mana Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat sebagai tuan rumah. Program telah ditutup secara rasmi oleh YB Anuar Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang. Seramai 37 orang peserta dari 5 daerah (Fasa 1) dalam negeri Johor telah menyertainya. Peserta telah melalui pelbagai slot yang terdiri dari ceramah, kerja kumpulan, pembentangan, riadah dan sesi perbincangan. 


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar 9 orang adik - adik pemimpin muda dalam kursus berkenaan iaitu Azhari Imran, Fazrul Razi, Badrul Halim, Nur Iman Abdullah, Nabil Akmal, Haikal Misdi, Aydil Rafaei, Mohd Faiz Rahmat dan Muhammad Alif. Tiga orang fasilitator dari Persatuan juga menumbang tenaga menjayakan program. 




Antara slot yang disentuh adalah Nilai dan Etika Kepimpinan, Pengurusan Strategik, Pengurusan Prestasi, Pemasaran Strategik, Penyelesaian Masalah Secara Kreatif dan Kemahiran Berunding dan Negosiasi. Tahniah kepada semua yang telah menamatkan program.

Turut bersama di dalam sesi adalah Tuan Rahim Sharif, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Zul Sharif Md Nawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Berikut adalah gambar penuh yang dimuatkan di dalam Facebook Belia Felda Pemanis.


Manakala yang ini adalah 3 klip video yang berkenaan program tersebut :




Terima kasih kepada semua!