Halaman

Khamis, 8 Januari 2015

[130] Misi Kemanusian Pasca Bencana Banjir ke Temerloh, Pahang

Kita mulakan catatan pertama di tahun 2015 dengan ini.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis berpeluang untuk mengikuti Misi Kemanusian Pasca Bencana Banjir ke Temerloh, Pahang pada 6 dan 7 Januari 2015. Misi ini adalah anjuran UMNO Bahagian Sekijang di bawah pimpinan Ketua Bahagian, Yang Berbahagia Datuk Haji Baharum bin Mohamed. Seramai 31 orang sukarlewan dari Bahagian Sekijang telah bersama, termasuk lima orang dari G2 iaitu Mizam, Azhairel, Idham, Nazri dan Nabil Akmal.




Di Temerloh, sukarelawan telah ditugaskan untuk melakukan kerja - kerja pembersihan dua buah sekolah. Pertama dan yang paling utama adalah Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang, Temerloh. Sekolah ini telah dilanda banjir dan air naik sampai ke tingkat dua. Sekolah kedua pula adalah Sekolah Kebangsaan Mentakap Jaya, Kg Megat Segama, Jalan Jerantut, Temerloh. Sekolah kedua ini tidak banyak yang hendak dibersihkan. Tumpuan adalah di sekolah pertama, bersama - sama pasukan sukarelawan dari kumpulan - kumpulan lain juga yang turut hadir sama.







Hari pertama, sukarelawan melakukan kerja - kerja pembersihan sekitar sekolah. Bersihkan Makmal Sains, tandas, bilik - bilik darjah dan surau sekolah. Makmal Sains terletak di tingkat 2, air naik sampai ke aras ini. Banyak alatan dan buku - buku yang musnah.

Hari kedua pula, sukarelawqan bertugas membersihkan makmal komputer, stor sukan dan saluran longkang yang tersumbat kerana lumpur. Jabatan Bomba dan Penyelamat memberikan bantuan alatan iaitu hos bomba untuk memancutkan air bagi pembersihan.




Kami sempat mendengar cerita dari guru - guru yang datang bersama membantu dan memantau kerja - kerja pembersihan. Air naik dengan cepat. Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang terletak dalam kawasan rendah. Pra Sekolah dan Surau Sekolah ini baru sahaja memenangi Anugerah, namun semuanya telah musnah dilanda badai air.

Kami juga mengambil kesempatan untuk melihat keadaan sekitar bandar Temerloh yang agak teruk dilanda bah besar. Banyak premis kediaman dan perniagaan yang terjejas. Di kiri dan kanan jalan, barang - barang yang musnah dilonggokkan untuk tujuan pembersihan. Banyak premis pernigaan ditutup untuk dibersihkan. Stesyen minyak dan bank tidak berfungsi, atau hanya berfungsi pada kadar minima sahaja.



UMNO Bahagian Sekijang turut sama menyampaikan sumbangan kepada sekolah - sekolah yang kami kunjungi. 

Walaupun tidak berpeluang untuk ke Terengganu atau Kelantan yang lebih teruk terjejas, namun pengalaman ke Temerloh juga tidak kurangnya. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dan jadikan pengalaman. Temerloh terletak dalam jajaran Sungai Pahang, terkenal sebagai Bandar Ikan Patin. Namun, yang tinggal hanyalah gerai (jika ada pun) atau papan tanda sahaja ketika itu.


Rakan dari Felda Pemanis, Kirin Aziz yang bekerja dan tinggal di Mentakab (sebelah Temerloh sahaja) datang pada waktu malam, membawa kami melihat bandar Temerloh dan Mentakab sambil menceritakan keadaan banjir ketika terjadi.

Gambar - gambar penuh ada di Facebook Belia Felda Pemanis


Ini pula dua klip video yang sempat dibuat






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)