Halaman

Jumaat, 17 April 2015

[145] G2 Membelah Lautan Menimba Pengalaman

Program Pelayaran Kapal Layar Diraja(KLD) Tunas Samudera Voyage 325/2015
oleh Mohd Hazizi Jemiran

Pada 12 – 26 Mac 2015 telah bermulanya  program Kapal Layar Diraja Tunas Samudera. Daripada 176 orang calon dari seluruh Malaysia yang memohon,seramai 24 orang telah dipilih untuk menyertai program ini dan salah seorang daripada calon yang terpilih adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan merupakan Exco Persatuan iaitu Saudara Mohd Hazizi Bin Jemiran. Program Kapal Layar DiRaja ini adalah kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

KLD Tunas Samudera

KLD Tunas Samudera (KLD merupakan singkatan kepada Kapal Layar DiRaja) merupakan sebuah kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia. Tunas Samudera telah dibina pada Disember 1988 di limbungan Brooke Yacth, Lowestoft, United Kingdom. Ia kemudian dilancarkan pada bulan Ogos 1989 dan ditauliahkan pada ke dalam perkhidmatan TLDM pada bulan Oktober 1989. Peranan utama KLD Tunas Samudera adalah sebagai satu platfom bagi memberi asas-asas pengendalian kapal dan pelayaran.

Sejarah
KLD Tunas Samudera merupakan schooner bertiang layar dua, atau brigantine. KLD Tunas Samudera dibina oleh Brooke Yachts di Lowestoft, United Kingdom.Ia mula dibina pada tahun 1988, dilancarkan pada tahun 1989, dan dinamakan oleh Elizabeth II dan Yang di-Pertuan Agong. KLD Tunas Samudera merupakan kapal latihan perlayaran Tentera Laut Diraja Malaysia.Kapal ini direka oleh Colin Mudie dari JuruReka Diraja bagi Industri (Royal Designers for Industry), yang turut bertanggung-jawab bagi kapal saudara STS Young Endeavour (dikendali oleh Tentera Laut Diraja Australian), dan kapal layar INS Tarangini (Tentera Laut India) dan TS Lord Nelson.Pada tahun 2007 dan 2008, KLD Tunas Samudera singgah di beberapa pelabuhan Eropah, termasuk Cherbourg dan Brest, Perancis, semasa pelayaran mengelilingi dunia, dengan awak-awak seramai 46 orang.

Catitan sepanjang program berlangsung

12 Mac 2015 – 16 Mac 2015
Bertolak dari Gugusan Felda Pemanis menuju ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya dimana kesemua peserta program akan dikumpulkan.





Jam 2230  kami diberi sedikit taklimat  sebelum bergerak ke Tasoh Lake Resort n Retreat ,Kampung Bukit Manik,Kaki Bukit,Perlis dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak kementerian.Disitu kami akan menjalani orentasi selama 4 hari bermula pada 12 mac – 16 mac 2015.

13 Mac 2015
Jam 0730 kami tiba di negeri Kedah Darul Aman.Terpukau dengan keindahan sawah padi yang terbentang  luas serta pohon-pohon yang sedang  lebat berbunga. Ianya seolah-olah kami berada di suatu tempat yang lain. Suatu panorama yang indah.



Jam 0900 tiba dinegeri Perlis Indra Kayangan dan kami terus dibawa ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis. Di situ kami diberi sarapan pagi dan diberi bilik untuk kami berehat sebelum bergerak semula ke lokasi orentasi.

Selepas berehat dan membersihkan diri kami bergerak menuju ke Tasoh Lake Resort n Retreat. Dalam perjalanan kami berhenti di Masjid Jamek Berseri,Perlis untuk menunaikan solat jumaat.

Selepas menunaikan solat jumaat kami menyambung perjalanan dan kami tiba di Tasoh Lake Resort n Retreat pada jam 1430.Disitu Kami diberikan makan tengahari serta tempat menginap untuk sepanjang menjalani kursus orentasi pra pelayaran disitu.



Jam 1530 kami diarahkan berkumpul oleh kem komandan. Kami diberikan kepada 3 kumpulan atau dipanggil awasan(awasan merah,awasan putih,awasan biru).Diberikan barang amanah berupa sebuah ‘life jacket’ untuk dijaga dan dipakai sepanjang kursus orentasi berjalan.petang itu fizikal dan mental kami diuji dengan pelbagai ujian.aktiviti yang dijalankan agak meletihkan serta sangat menguji ketahanan mental dan fizikal kami.



Pada sebelah malam hari pertama sesi suai kenal diantara kami dan juga para urusetia berjalan.Daripada situ lah kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.Kem komandan bagi kursus ini adalah seorang  bekas perajurit negara yang kami panggil Pak Long.Selain itu ketua jurulatih iaitu en.saprawi juga bekas perajurit negara.Beliau dibantu oleh beberapa jurulatih yang kami panggil ‘leading’.

Sesi seterusnya adalah sesi pengenalan kepada Program KLD Tunas Samudera yang disampaikan oleh Pak Long.sesi ini memberikan gambaran awal bagaimana program ini akan berjalan.

14 Mac 2015
Pada lewat malam pula  aktiviti ‘look out’ berjalan di mana kami dibawa berjalan ke dalam hutan dan ditinggalkan secara berasingan diantara satu sama lain selama 3jam.aktiviti ini sangat menguji keimanan,ketahanan fizikal dan mental para peserta.dimana kami terpaksa mendaki bukit yg agak cerun selain berjalan didalam kegelapan malam.selain itu aktiviti ini juga dapat memberi peluang untuk kami menghayati alam ciptaan Allah S.W.T.Jam 0400 kami bergerak balik ke ‘base camp’ untuk merehatkan diri.

Pada Jam 0600 kami bangun untuk membersihkan diri dan solat subuh secara berjemaah.jam 0700 pula aktiviti senaman atau dipanggilEMA(early morning activity) berjalan.pada jam 0830 barulah kami berhenti untuk bersarapan pagi.

Sesi sebelah petang pada hari kedua dimulakan dengan sesi perkongsian pengalaman bekas peserta Kapal Layar Diraja Tunas Samudera.3 orang bekas peserta program KLD diperkenalkan kepada kami.Mereka berkongsi pengalaman serta memberikan gambaran awal program ini dengan lebih jelas lagi.Setiap inci soalan kami tujukan dan dijawap oleh mereka dengan penuh semangat.

Sesi kedua pada sebelah petang adalah sesi ‘Water Confident’ dimana kami diajar cara berenang serta cara menyelamatkan diri sekiranya berlakunya kejadian yang diluar jangkaan ketika kami berada di tengah lautan kelak.Kami disuruh berenang sejauh kira-kira 300meter untuk menguji kekuatan dan ketahanan fizikal kami.selain itu kami diajar bagaimana untuk menyelamatkan diri secara berkumpulan.

Pada sebelah malam hari kedua sesi  Latihan ikatan tali berjalan.Kami diajar cara-cara ikatan serta jenis2 ikatan tali mengikut keperluan dan kegunaannya.Pelbagai jenis ikatan kami belajar antaranya adalah Figure of eight,bowline,double figure of eight,reef knot,glove hitch,fisherman bend,End knot,sheet bend dan pelbagai lagi.

15 Mac 2015
Pada hari ketiga rutin kami berjalan seperti biasa pada awal pagi.Aktiviti pertama pada hari tersebut adalah aktiviti abseiling.selepas diberi penerangan ngan praktikal berkaitan abseiling kami diberi 1 tugasan secara berkumpulan dimana tugasan tersebut memerlukan ketahanan fizikal,mental dan kerjasama antara ahli kumpulan.




Pada sebelah petang  bermulanya persiapan untuk malam kebudayaan pra pelayaran KLD Tunas Samudera voyage 325/2015.

Pada Jam 2030 Majlis Malam Kebudayaan pra pelayaran KLD Tunas Samudera voyage 325/2015 bermula.

16 Mac 2015
Jam 0000 majlis tamat dan seterusnya Pengumuman senarai nama yang layak mengikuti pelayaran serta penyerahan baju rasmi KBS bagi program Pelayaran KLD Tunas Samudera.

Hari terakhir kami berada dibumi Perlis Indera Kayangan sebelum menyambung misi kami untuk belayar bersama KLD Tunas Samudera.Selepas membersihkan diri,solat subuh dan seterusnya bersarapan kami telah diberi taklimat pergerakan ke kapal serta peratuaran yg perlu dipatuhi semasa berada di kapal nanti.kami akan menaiki feri dari Jeti Kuala Perlis menuju ke Langkawi Kedah.Kapal tersebut terlibat dengan acara besar Negara iaitu LIMA di Langkawi.




Pergerakan ke jeti Kuala Perlis memakan masa kira-kira 1jam perjalanan.Disitu kami akan diserahkan kepada pihak TLDM. Selepas penyerahan kami akan dibawa ke Kapal.Kami tiba di langkawi pada jam 1630 dan disambut oleh beberapa orang pegawai TLDM. Dari situ  kami dibawa ke jeti  Porto Malai dimana kapal tersebut berlabuh.kami tiba dikapal pada jam 2230 dan disambut oleh staf serta pegawai2 yg bertugas di KLD Tunas Samudera.Pembahagian awasan oleh pegawai yg bertugas dan seterusnya penyerahan barang-barang kepada pelatih.setiap pelatih menerima 3 helai baju,1 helai seluar,1 pasang kasut,1 pasang glove,topi serta sebuah beg galas.

16 Mac 2015
Jam 0600 bunyi wiki-wiki menunjukkan kami perlu bangun tidur dan bersiap untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah diatas kapal.EMA akan bermula selepas solat subuh dan seterusnya bersarapan.aktiviti pagi pada hari pertama diatas kapal adalah aktiviti ‘Happy hour’  dimana aktiviti ini adalah aktiviti membersihkan kapal.tugasan yg paling utama adalah menggilap tembaga yg terdapat diatas deck,membersihkan laluan air(water way),menyapu dan mengemop lantai deck.








Selepas makan tengahari dah solat, sesi ‘ship tour’berjalan dimana dalam sesi ini kami akan diperkenalkan dengan bahagian-bahagian kapal dan jenis2 tali yang terdapat pada kapal beserta kegunaannya.

17 Mac 2015
Rutin pagi berjalan seperti biasa.Pada sebelah petang pula kami diberi taklimat keselamatan ketika berada diatas kapal.kami juga diajar memakai harness dengan betul.Tugasan yg paling mencabar pada hari itu adalah memanjat tiang layar setinggi hampir 30 meter.hanya berbekalkan harness yg dipakai kami seramai 24 orang memanjat tiang layar dan berdiri di jadam.sangat teruja dan sedikit gayat apabila kali pertama memanjat tiang layar setinggi itu.







18 Mac 2015
Rutin pagi berjalan seperti biasa.aktiviti sebelah petang pada hari kedua di atas kapal adalah latihan ikatan tali serta kegunaannya.apa yang telah kami belajar semasa kursus pra pelayaran sebelum ini kami praktikkan diatas kapal.selepas latihan ikatan tali kami meneruskan aktiviti petang dengan aktiviti memanjat tiang layar buat kali ke 2.pada sebelah malam pula sesi ‘ice breaking’ berjalan.

19 Mac 2015
Rutin pagi berjalan seperti biasa.kami diberi pelepasan naik ke darat pada hari ini untuk melawat dan menyaksikan pameran LIMA dan berjalan di sekitar Langkawi. Pada jam 2230 kami menaiki feri untuk pulang ke kapal.







20 Mac 2015
Rutin pagi berjalan seperti biasa.selepas makan tengahari dan solat kelas teori untuk mengenal,membuka dan menggulung layar berjalan.Didalam kelas ini kami belajar secara teori bagaimana hendak membuka dan menggulung layar.selepas kelas teori tamat kami menyambung dengan kelas praktikal untuk membuka dan menggulung layar.pada sebelah malam pula pertandingan ikatan tali berlangsung.semua pelatih terlibat dalam pertandingan ini.pertandingan ini dimenangi oleh awasan putih.

21 Mac 2015
Rutin pagi bermula seperti biasa.pada jam 0900 kapal bergerak masuk ke Jeti Awana Markas TLDM.selepas berlabuh di jeti itu aktiviti mencuci kapal berlangsung,dimana setiap inci kapal dikehendaki dibasuh dengan bersih.pada sebelah petang pertandingan mengenal barang dan tali berjalan.pertandingan kali ini juga dimenangi oleh awasan putih.kami diberi peluang untuk melawat sebuah kapal perang yang turut sama berlabuh disitu iaitu KD Pendekar.pada sebelah malamnya pula pertandingan mencipta logo dan ‘war cried’ awasan berlangsung.dalam pertandingan ini awasan putih telah memananginya.

22 Mac 2015 – 25 Mac 2015
Rutin pagi bermula seperti biasa.pada jam 1100 kapal meninggalkann tempat berlabuh dan bergerak menuju ke pangkalan TLDM Lumut.bermulanya pelayaran bersama KLD Tunas Samudera.kami diberi penerangan berkenaan tugasan yang perlu dilakukan semasa pelayaran dan cara melapor dengan betul.tugasan terbahagi kepada 4 bahagian yg utama iaitu Fix chart,drive wheel,look out dan engine room.dimana setiap tugasan akan dijalankan oleh setiap awasan secara bergilir mengikut masa yg telah disusun oleh staf TLDM.setiap awasan yang bertugas akan dijaga oleh awasan staf TLDM yang sebenar.setiap awasan akan bertugas selama 4 jam.

Duty fix chart,di mana tugasan ini dilakukan di anjungan tertutup(closed Bridge).tugasan ini bertujuann untuk mengira masa dan jarak perjalanan dari titik bermula sehingga kapal tiba ke destinasi yang ditujui.ianya memerlukan kecekapan dan kepantasan  mengira,ini kerana setiap 15 minit awasan yg bertugas di bahagian ini akan melapor kepada pegawai bertugas ataupun kapten kapal.

Duty look out,di mana tugasan ini dilakukan di bahagian hadapan kapal ataupun dalam bahasa kapal ialah foxsol. Petugas awasan akan bertugas memerhatikan laluan kapal supaya bebas daripada benda-benda yang boleh memberi ancaman kepada kapal ini.petugas akan memerhati 180⁰ dilaluan kapal.setiap benda yang berada pada lingkungan tersebut hendaklah dilaporkan kepada pegawai yang bertugas di anjungan (bridge)

Duty Drive wheel, tugasan ini dilakukan di anjungan terbuka(open bridge).Tugasan ini bertujuan untuk mengajar pelatih cara untuk membawa dan mengawal kapal dengan betul.Tugasan ini memerlukan daya focus yang tinggi,ini kerana jika tersilap atau leka kapal akan tersasar dari ‘track’ yang telah ditetapkan. 

Duty engine room,tugasan ini dilakukan di bilik enjin.tugasan ini mengajar pelatih untuk menjaga enjin,compressor dan generator set yg berada didalam bilik enjin bagi mengelakkan kerosakan berlaku semasa belayar.

23 Mac 2015
Pada jam 0430 kapal kami dibadai ribut yang menyebabkan antena komunikasi kami patah. Kerosakan itu segera dibaiki oleh krew kapal. Rutin pagi berjalan seperti biasa.pada jam 1130 pertandingan buka dan gulung layar bermula.pertandingan kali ini dimenangi oleh awasan putih.pada sebelah petang pula pertandingan tarik tali(tag of war) pula berjalan. Pertandingan ini menguji kekuatan fizikal para pelatih.pertandingan ini dimenangi oleh awasan merah.tugasan awasan bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan.


24 Mac 2015
Rutin pagi bermula seperti biasa.sebelum kapal tiba di pelabuahan TLDM Lumut kami diberi taklimat berkenaan cara menghormati kapal-kapal senior yang berada di sekitar kami.untuk acara ini kami diberi arahan untuk memanjat tiang layar dan berdiri tegak ketika kapal melewati kapal senior ataupun ketika bosun call dibunyikan. Pada jam 1100 kami tiba di Pelabuhan TLDM Lumut dan berlabuh di situ, kami memasang  auning dan seterusnya membuat persiapan untuk majlis malam akrab KLD Tunas Samudera voyage 325/15 yang berlangsung diatas kapal itu. Jam 2030 majlis malam akrab KLD Tunas Samudera voyage 325/15 bermula.setiap awasan diberi tugasan untuk membuat persembahan,

25 Mac 2015
Merupakan hari terakhir kami akan berada di atas kapal ini.Selepas solat subuh,kami diberi arahan untuk membuka auning ini kerana kapal akan bergerak memasuki  jeti Markas Armada TLDM Lumut.setelah kapal berlabuh di jeti,auning kembali dipasang.majlis penyampaian sijil kepada para pelatih berlangsung.sijil disampaikan oleh CO kapal Pegawai Memerintah Jefrey ak Nerat.selepas tamat acara penyampaian sijil dan piala aktiviti seterusnya adalah aktiviti membasuh kapal yang merupakan aktiviti terakhir sebelum meninggalkan kapal ini.










Jam 1400 semua pelatih bergerak meninggalkan jeti markas TLDM Lumut menuju ke Kompleks Belia dan Sukan Ipoh dengan menaiki pengangkutan yg disediakan oleh pihak TLDM.

Kami tiba di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh pada jam 1630 dan pegawai pengiring dari TLDM menyerahkan  kembali pelatih kepada pihak KBS.selepas selesai sesi penyerahan kami diberi sedikit taklimat berkenaan majlis makan malam semperna tamatnya pelayaran kami yang akan berlangsung pada sebelah malam.






Jam 2030 Majlis makan malam meraikan tamatnya kursus pelayaran KLD Tunas Samudera voyage 325/15 bermula.

26 Mac 2015
Jam 0900 pergerakan pulang semua pelatih ke negeri masing-masing


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)