Halaman

Rabu, 17 Jun 2015

[156] Kursus Perkhemahan Daerah Segamat dan Mersing 2015


Pada 9 - 10 Jun 2015, bersempena dengan cuti setengah penggal persekolahan, telah diadakan Kursus Perkhemahan Daerah Segamat dan Mersing bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU), Desaru, Kota Tinggi. Program perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah menghimpunkan seramai 76 orang peserta yang terdiri dari 41 orang dari Daerah Segamat dan 35 orang dari Daerah Mersing.

Sungguh jauh perjalanan dari Felda Pemanis ke KRAMSAU, Desaru :)

Dari seramai 41 orang Daerah Segamat itu, seramai 23 orang datangnya dari para peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. G2 juga menghantar dua orang Pegawai Pengiring sepanjang program. Program adalah anjuran bersama Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing.






Pada hari pertama, para peserta diberikan taklimat program, pembahagian kumpulan dan kemudian diikuti dengan kraf perkhemahan. Mereka dikehendaki memasangkhemah sendiri dan menyediakan makanan bermasak di dalam kumpulan menggunakan bekalan bahan yang disediakan untuk sepanjang program. Pada sebelah malam pula, telah diadakan sesi di dalam kumpulan besar dan kumpulan masing - masing sebelum peserta mengikuti program Night Walk di sekitar KRAMSAU.




Hari kedua perkhemahan lebih mengujakan. Pada sebelah pagi, peserta di ajar untuk berkayak di laut Desaru. Sebelum berkayak, Jurulatih mengajar ilmu teknikal kayak dan water confident. Bagi kebanyakan peserta, ia merupakan pengalaman pertama yang sungguh menyeronokkan. Berkayak dan melihat sisa baki terumbu karang yang masih lagi wujud di dasar laut. Ikan berenang - renang dan angin yang sungguh menyegarkan. Selepas makan tengah hari, para peserta mengikuti aktiviti berasaskan tali iaitu Abseiling. Menuruni bangunan setinggi tingkat 4 merupakan satu lagi pengalaman bermakna.

Hari kedua juga menyaksikan para peserta berpindah ke Base Camp kedua. Pengemasan Base Camp KRAMSAU untuk berpindah ke Base Camp Kedua dilakukan. Semua peserta dan jurulatih kemudian berjalan kaki untuk survival darat selama lebih kurang satu jam setengah untuk ke Tanjung Lompat. Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan indah yang dicerap.

Sampai sahaja di Tanjung Lompat. para peserta kemudian mengambil wuduk air laut dan solat Asar. Khemah terus dipasang dan makanan untuk makan malam disediakan mengikut kumpulan.

Pada sebelah malam, diadakan Malam Kebudayaan. Para peserta menujukkan bakat dan kebolehan masing - masing.


Hari ketiga dimulakan dengan Solat Subuh dan menyediakan sarapan pagi. Gotong - royong pembersihan tapak khemah dan sekitarannya juga diadakan. Kemudian, pengemasan semula untuk kembali ke Base Camp Pertama di KRAMSAU. Sekali lagi berjalan kaki sejauh sejam setengah. Sampai di KRAMSAU dan membuat persediaan untuk Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing. Jam 02.00 petang, semua peserta bertolak kembali ke tempat masing - masing.

Satu kenangan terindah berada di KRAMSAU, Tanjung Lompat dan Desaru.


Berikut pula adalah 12 klip video yang dapat dirakam :)














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)