Halaman

Ahad, 28 Jun 2015

[158] Bengkel Matematik Tambahan Siri 7, 2015

Sekali lagi, buat kali ke 7, Alhamdullilah, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sekali lagi mengadakan Bengkel Matematik Tambahan. Kali ini memasuki Siri ke 7 untuk tahun ke 4 perlaksanaan. Kali ke tiga ianya diadakan dalam bulan Ramadhan.

Bengkel Matematik Tambahan Siri 7, 2015 adalah anjuran Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama SMK Pemanis, Alumni SMK Pemanis dan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Ia diadakan selama 3 hari dari 25 - 27 Jun 2015.










Selama tiga hari itu, seramai 12 orang Fasilitator telah bersilih ganti menyumbang khidmat bakti mereka membantu adik - adik pelajar Tingkatan 4 Azam dan Tingkatan 5 Azam (kelas aliran Sains Tulen) dalam memahami asas Matematik dan memantapkan penguasaan Matematik Tambahan. Mereka adalah :

1. Rabiatul Munirah Haji Alpandi (Pelajar PhD Matematik, UPM)
2. Mohd Rashid Admon (Pelajar Ijazah Sarjana Muda - Matematik, UTM)
3. Azni Shahira Haji Alpandi (Pelajar Perubatan, UIAM)
4. Amni Haslinda Haji Alpandi (Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, UTP)
5. Ahmad Nur Hadi Mashod (Pelajar Ijazah Sarjajna Muda Kejuruteraan, UNITEN)
6. Mohd Syafiq Wahid (Lepasan Sains, Kolej Matrikulasi Pahang)
7. As Syifa' Daim (Lepasan Sains, Kolej Matrikulasi Pahang)
8. Aspa Lili Azura Jaaffar (Lepasan Sains, Kolej Matrikulasi Perak)
9. Zainornatikah Abu Talib (Lepasan Akaun, Kolej Matrikulasi Pahang)
10. Nur Syafika Mohd Isa (Lepasan Akaun, Kolej Matrikulasi Pahang)
12. Ernee Natasha Mohd Suleiman (Pelajar IB JPA MARA ke UK)

Mereka adalah sama ada  bekas - bekas pelajar SMK Pemanis atau anak - anak Felda Pemanis yang mendedikasikan cuti untuk menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan.


Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Zabedah Abd Rashid, GPK 1 SMK Pemanis. 







Secara keseluruhannya, berikut adalah 7 siri Bengkel Matematik Tambahan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.


Gambar - gambar program ada di sini :


Manakala berikut adalah 4 video yang sempat dirakam :





Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini :)


Khamis, 18 Jun 2015

[157 : G2] Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Segamat

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah terlibat dalam perlaksanaan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Segamat pada 12 - 14 Jun 2015 yang lalu. Program adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan telah diadakan di Teluk Gorek Chaet and Camp Site, Tanjung Resang, Endau, Mersing.

G2 telah menghantar seramai 5 orang peserta dan dua orang fasilitator. Lima orang peserta tersebut adalah : Mohd Alif Raqib bin Abdul Halim, Aspa Lili Azura binti Jaaffar, Siti Hajar binti Norasrizam, Masdiana binti Md Sani dan Zainornantikah binti Abu Talib. Seorang peserta, Nursyafikah binti Mohd Isa telah menarik diri pada malam sebelum bertolak kerana ditimpa demam panas.

Kursus ini menghimpunkan kira - kira 35 orang belia dalam Daerah Segamat. Antara Persatuan yang memberikan respon menghantar penyertaan adalah : Persatuan Belai G2 Felda Pemanis, Persatuan Belia Melayu Baru Taman Yayasan, Persatuan Belia Bersatu Kg Tenang, Persatuan Belia MBFM Felda Medoi, Persatuan Belia MBFM Felda Cemplak dan Persatuan Belia Batu Anam.


Ia mempunyai matlamat seperti berikut : 
  • Melatih pemimpin pelapis sekurang-kurangnya berstatus eksekutif di dalam organisasi/ persatuan di pelbagai peringkat.
  • Melahirkan tenaga pelatih sama ada sebagai penceramah/ fasilitator/ jurulatih di dalam bidang kepimpinan. 
  • Membangunkan peserta menerusi penyertaan ke program-program kompetensi kepimpinan yang lebih tinggi.
Pelaksanaan kursus ini merangkumi beberapa metodologi pembelajaran seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Permainan Interaktif, Perkongsian Ilmu, Ceramah, Kumpulan Dinamik, Simulasi dan Rekreasi. 

Kursus ini dikendalikan oleh fasilitator, jurulatih serta penceramah yang berpengalaman/ bertauliah. Bagi Modul Pengurusan ia dikendalikan oelh Fasilitator dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Manakala untuk Modul Kepimpinan, ia dikendalikan oleh Jurulatih Multiskil, PLKN Kem Telok Sari, Mersing.




Untuk Modul Pengurusan, para peserta telah didedahkan dengan sub modul - sub modul berikut : (1) Penulisan dan Dokumentasi - Laporan, Kertas Kerja, Rekod, Fail, Surat dan Minit Mesyuarat (2) Simulasi Mesyuarat (3) Pengurusan Kewangan - Penyata Kewangan dan Mekanisme Pemberian Bantuan NGO (PB)



Manakala Modul Kepimpinan pula menjurus kepada perkara - perkara berikut : (1) Kepimpinan, Pemimpin dan Pengikut (2) Cabaran Pasukan (3) Visi Komunikasi

Setiap peserta akan menjalani penilaian yang akan diadakan dari masa ke semasa seperti berikut:
a. Penilaian Kumpulan (Cabaran Pasukan).
b. Penilaian Kefahaman Pembelajaran (Soalan Objektif).
c. Penilaian Individu (Kepimpinan, Komitmen, Penglibatan, Disiplin, Kerjasama, Ketrampilan).





Mereka juga menduduki peperiksaan di mana perlu menjawab 25 soalan objektif dalam masa 30 minit. Zainornatikah Abu Talib dan Iqbal telah diumumkan sebagai salah seorang peserta terbaik (wanita) Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Segamat. Hadiah disampaikan oleh Tuan Abd Rahim Md Shariff, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.



Beikut pula adalah 6 klip video sepanjang kursus :)








Tahniah kepada Pegawai Projek, Encik Mohd Hayadde Hamzani dan semua yant menjayakan kursus ini. 



Rabu, 17 Jun 2015

[156] Kursus Perkhemahan Daerah Segamat dan Mersing 2015


Pada 9 - 10 Jun 2015, bersempena dengan cuti setengah penggal persekolahan, telah diadakan Kursus Perkhemahan Daerah Segamat dan Mersing bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRAMSAU), Desaru, Kota Tinggi. Program perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah menghimpunkan seramai 76 orang peserta yang terdiri dari 41 orang dari Daerah Segamat dan 35 orang dari Daerah Mersing.

Sungguh jauh perjalanan dari Felda Pemanis ke KRAMSAU, Desaru :)

Dari seramai 41 orang Daerah Segamat itu, seramai 23 orang datangnya dari para peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. G2 juga menghantar dua orang Pegawai Pengiring sepanjang program. Program adalah anjuran bersama Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing.






Pada hari pertama, para peserta diberikan taklimat program, pembahagian kumpulan dan kemudian diikuti dengan kraf perkhemahan. Mereka dikehendaki memasangkhemah sendiri dan menyediakan makanan bermasak di dalam kumpulan menggunakan bekalan bahan yang disediakan untuk sepanjang program. Pada sebelah malam pula, telah diadakan sesi di dalam kumpulan besar dan kumpulan masing - masing sebelum peserta mengikuti program Night Walk di sekitar KRAMSAU.




Hari kedua perkhemahan lebih mengujakan. Pada sebelah pagi, peserta di ajar untuk berkayak di laut Desaru. Sebelum berkayak, Jurulatih mengajar ilmu teknikal kayak dan water confident. Bagi kebanyakan peserta, ia merupakan pengalaman pertama yang sungguh menyeronokkan. Berkayak dan melihat sisa baki terumbu karang yang masih lagi wujud di dasar laut. Ikan berenang - renang dan angin yang sungguh menyegarkan. Selepas makan tengah hari, para peserta mengikuti aktiviti berasaskan tali iaitu Abseiling. Menuruni bangunan setinggi tingkat 4 merupakan satu lagi pengalaman bermakna.

Hari kedua juga menyaksikan para peserta berpindah ke Base Camp kedua. Pengemasan Base Camp KRAMSAU untuk berpindah ke Base Camp Kedua dilakukan. Semua peserta dan jurulatih kemudian berjalan kaki untuk survival darat selama lebih kurang satu jam setengah untuk ke Tanjung Lompat. Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan indah yang dicerap.

Sampai sahaja di Tanjung Lompat. para peserta kemudian mengambil wuduk air laut dan solat Asar. Khemah terus dipasang dan makanan untuk makan malam disediakan mengikut kumpulan.

Pada sebelah malam, diadakan Malam Kebudayaan. Para peserta menujukkan bakat dan kebolehan masing - masing.


Hari ketiga dimulakan dengan Solat Subuh dan menyediakan sarapan pagi. Gotong - royong pembersihan tapak khemah dan sekitarannya juga diadakan. Kemudian, pengemasan semula untuk kembali ke Base Camp Pertama di KRAMSAU. Sekali lagi berjalan kaki sejauh sejam setengah. Sampai di KRAMSAU dan membuat persediaan untuk Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing. Jam 02.00 petang, semua peserta bertolak kembali ke tempat masing - masing.

Satu kenangan terindah berada di KRAMSAU, Tanjung Lompat dan Desaru.


Berikut pula adalah 12 klip video yang dapat dirakam :)