Halaman

Isnin, 5 Oktober 2015

[174] Bengkel Dokumentasi Buku Rekod (Buku Diari) ARPRM Tahap Gangsa dan Perak Siri 2 / 2015

Sebagai sebuah Badan Operasi yang melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE), Persatuan Belia G2 Felda Pemanis harus memastikan para peserta ARPRM di bawahnya menyempurnakan dokumentasi Buku Rekod atau Buku Diari. Proses dokumentasi ini adalah bagi memastikan paara peserta Tahap Gangsa dan Tahap Perak benar - benar - benar sempurna melaksanakan kesemua 4 komponen aktiviti yang diwajibkan dalam jumlah tempoh jam dan bulan minima yang ditetapkan.

Pautan berikut mungkin berguna untuk memahami proses - proses ARPRM tahun ini :











Menerusi Bengkel Dokumentasi Buku Rekod Siri 2 / 2015, ia lebih menumpukan kepada menyempurnakan mana - mana catatan yang belum sempurna. Kemudian, peserta akan menyemak Buku Rekod dan Buku Paspot bagi memastikan semua keperluan telah diisi lengkap. Panel Penilai akan menyemak, menilai dan menandatangani Buku Paspot. Akhirnya, Mentor selaku Pemimpin Anugerah akan memberikan perakuan layak untuk ditauliahkan.

Dalam Siri 2 / 2015 ini, para peserta Tahap Gangsa dan Tahap Perak tidak datang serentak. Masa selama sebulan diberikan kepada mereka mengikut kelapangan masa peserta, Mentor dan Panel Penilai. Mereka datang dalam kumpulan kecil atau secara inividu.









Selepas selesai sesi ini, maka Senarai Layak Tauliah untuk ARPRM Tahap Gangsa dan Tahap Perak Sesi 2015 pun dapat dikeluarkan. Tahniah kepada adik - adik para peserta yang berjaya menyempurnakan ARPRM sesi kali ini. Soar Higher!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)