Halaman

Selasa, 27 Oktober 2015

[177] Program Integrasi Belia 3S 2015 - Bahagian Kedua

Ini adalah Bahagian 2 dari 2 bahagian mengenai catatan mengikuti Program Integrasi 3S 2015 oleh Hasni Zaini. Program berlangsung dari 13 - 26 Oktober 2015 di dua lokasi utama iaitu Felda Tenggaroh 2, Mersing dan Kg Tambirat, Asajaya, Samarahan, Sarawak.  

Bahagian 1 adalah merupakan koleksi catatan yang dipaparkan di Facebook Belia Felda Pemanis bermula dari Hari Pertama hingga Hari Ketujuh di mana Program 3S diadakan di Felda Tenggaroh 2, Mersing.
Bahagian 2 pula merupakan koleksi catatan yang dipaparkan di Facebook Belia Felda Pemanis bermula dari Hari Kelapan hingga Hari Keempatbelas di mana Program 3S diadakan di Kampung Tambirat, Asajaya, Samarahan, Kuching, Sarawak.



Saksikan semua album berdasarkan hari sepanjang Program 3S menerusi Facebook Belia Felda Pemanis dan Insagram beliag2pemanis

Hari ke - 8,  20 Oktober 2015
Hari ini, peserta 3S bertolak dari Felda Tenggaroh 2, Mersing menuju ke Kg Tambirat, Asajaya, Kota Samarahan, Kuching, Sarawak. Seminggu pula berkampung di Borneo. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Sesi Taklimat, Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat kemudian diadakan pada sebelah petang oleh Tuan Residen Samarahan. Malam diisi dengan santai bersama keluarga angkat. Esok dan lusa akan menjelajah projek IKS di Kg Tambirat. Media RTM akan membuat liputan dokumentari dalam rancangan Rentas manakala media TV3 menerusi Malaysia Hari Ini.





















Hari ke  - 9, 21 Oktober 2015
Pagi ini, RTM melakukan rakaman untuk proses membuat gula apong dari buah nipah. Ia bermula dengan proses carian di paya bakau Kg Tambirat, Samarahan, Sarawak. Dokumentari ini akan disiarkan di RTM nanti. Belajar memproses gula apong termasuk memasak dan membungkusnya. Sebelah petang, ziarah keluarga angkat masing - masing yang rata - rata adalah pengusaha IKS. Program bersambung esok untuk hari ke 10.


















Hari ke - 10, 22 Oktober 2015
Sesi pagi masih lagi dengan IKS Gula Apong. Sebelah petang pula belajar bagaimana membuat Kek Lapis Sarawak dalam Sesi Bersama IKS. Pelbagai jenis kek lapis boleh didapati. Pada sebelah malam, latihan persediaan persembahan kebudayaan diadakan. Integrasi Belia 3S bersambung semula esok untuk hari ke 11. Ada 3 hari sahaja lagi berbaki.














Hari ke - 11, 23 Oktober 2015
Hari ini melawat sekitar Bandaraya Kuching. Ia dimulakan dengan sesi taklimat di Dewan bandaraya Kuching utara (DBKU). Taklimat disampaikan sendiri oleh Datuk Bandar Kuching Utara, YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahab bin Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara. Datuk Bandar menceritakan mengenai perkembangan Bandaraya Kuching, kemudahan dan wasasan masa depan.

Kemudian diadakan lawatan sekitar DBKU, Muzium Kuching, Kuching Water Front dan Muzium Etnologi. Sebelah malam dipenuhi dengan latihan persediaan persembahan kebudayaan. Integrasi Belia 3S bersambung semula esok untuk hari ke 12.



















Hari ke - 12, 24 Oktober 2015
Program hari ini adalah sesi bersama Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Hatipah Ibrahim. Datuk KP telah bersama - sama semua peserta 3S melakukan banyak aktiviti, termasuk di IKS. Pada sebelah malam, diaadakan raptai penuh untuk Malam Ekspressi Diri yang akan berlangsung pada malam esok. Integrasi Belia 3S akan bersambung semula esok, hari ke 13 dalam malamnya adalah malam terakhir.














Hari ke - 13, 25 Oktober 2015
Hari ke 13, sehari sebelum berakhir keseluruhan 2 minggu. Dimulakan dengan senamrobik. Kemudian, ada acara permainan tadisional. Program juga diisi dengan Khidmat Komuniti. Malam ini adalah malam terakhir peserta Integrasi Belia 3S 2015. Malam Ekspressi Diri. Esok, hari ke 14, akan pulang ke bumi Semenanjung Malaysia menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan mendarat di KLIA.



















Hari ke - 14, 26 Oktober 2015
Hari terakhir untuk program panjang selama dua minggu. Salam perpisahan. Semoga kita bertemu lagi dalam Program Integrasi Belia 3S tahun - tahun mendatang. Terima kasih kepada semua.













Selamat tinggal 3S 2015 :(
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)