Projek
Penempatan adalah salah sebuah komponen wajib untuk setiap peserta Anugerah
Remaja Perdana tahap Emas di samping komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi
Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Ianya perlu dilengkapkan dalam tempoh
tidak kurang dari 5 hari / 4 malam berturut-turut. Pemilihan tempat pula adalah
diluar kebiasaan, ianya mestilah jauh dari tempat yang selesa/berhampiran.
Projek penempatan ini disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan – tetapi
setiap peserta hendaklah mencari atau menggunakan dana sendiri untuk
melaksanakan projek ini dengan menggunakan kreativiti dan cara perlaksanaan
masing-masing.
Justeru, peserta Tahap Emas ARPRM G2 telah melaksanakan Projek Penempatan Siri 2, 2015 ini pada 11 - 15 November 2015 di Melaka Zoo and Night Safari. Ia membawa tajuk Konservasi Dalam Komuniti : Penghayatan, Pendekatan dan Pendokumentasian. Projek ini disertai oleh 4 orang peserta iaitu : Mohd Nur Ashraff Husin (Ketua), Mohd Hasni Zaini (Setiausaha), Mohd Azhari Imran (Bendahari) dan Suria binti Sipon. Program dipantau oleh Pegawai Rakan Muda Daerah Segamat, Encik Ibrahim Bujang, Mentor ARPRM G2 Encik Mizam dan tiga orang Ahli Panel Penilai Dalaman Program iaitu Encik Azizi Abd Rahim (Ketua), Encik Raziman Joraimi dan Encik Mohd Iftitah Ishak.
Sebelum itu, saksikan video montaj iklan Sukarelawan Zoo Melaka yang dibuat oleh para peserta Projek Penempatan ARPRM G2 Tahap Emas Siri 2 ini :
Program ini mempunyai matlamat yang berikut :
- Melaksanakan program khidmat masyarakat.
- Memberi pendidikan dan kesedaran awam terhadap kepentingan haiwan (fauna) terutamanya speasis terancam.
- Memahami elemen saintifik di sebalik konservasi fauna.
- Mempromosi sifat kesularelawanan konservasi fauna terancam
- Melayakkan untuk ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas
- Manakala skop dan 'outcome' bagi setiap peserta program adalah seperti berikut :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)