Halaman

Khamis, 31 Disember 2015

[182] Khazanah Dari Tanah Bencah dan Eksplorasi Paya Bakau


Projek Penempatan Siri 3 - Khazanah Dari Tanah Bencah dan Jelajah Lasak Emas - Eksplorasi Paya Bakau oleh 11 orang peserta ARPRM Tahap Emas G2 menerusi dua kumpulan berbeza. Bermula 23 - 27 Disember 2015 di Taman Lokan Melaka, Sungai Rembau - Linggi, Ramuan China Besar, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Terima kasih kepada Encik Zainal bin Haji Md Ali, Pengurus Lokan Melaka Enterprise, pemilik Taman Lokan Melaka yang sanggup menerima kami selama 5 hari 4 malam.

Pasukan Projek Penempatan seramai 6 orang bermalam di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah manakala Pasukan Jelajah Lasak seramai 5 orang bermalam secara berkhemah di Taman Lokan Melaka.

Berikut adalah catatan Mohd Idham Jalak, Ketua Pasukan Projek Penempatan sepanjang 5 hari melaksanakan program berkenaan.

BIL
TARIKH
RINGKASAN AKTIVITI
(Huraian Lanjut Adalah Seperti Dalam Buku Rekod / Buku Diari)
1
21-22 Dis 2015
Persiapan Program
Projek Penempatan – KHAZANAH DARI TANAH BENCAH

Ø  Taklimat bersama mentor
Ø  Persiapan barang-barang keperluan
Ø  Membeli barang makanan
Ø  Menyusun barang ke dalam kotak
Ø  Membuat taklimat bersama ahli kumpulan
Ø  Menyemak semula barang-barang keperluan
2
23 Dis 2015
Hari Pertama
Projek Penempatan – KHAZANAH DARI TANAH BENCAH

Ø  8.00pagi    : Bertolak ke terminal bas segamat
Ø  8.40pagi    : Tiba di terminal dan sarapan pagi
    bersama ahli yang lain
Ø  9.20pagii     : Bertolak ke IKTBN Alor Gajah
Ø  11.30pagi    : Tiba di IKTBN Alor Gajah
    : Membuat pendaftaran penginapan
Ø  1.00petang : bergerak ke Taman Lokan Melaka
       bersama Pak Zainal
      : Membuat persediaan tempat
Ø  1.50petang : Menjemput ahli yang lain di terminal
       Masjid Tanah
       : Makan tengahari bersama ahli
        Kumpulan
       : Bertolak semula ke Taman Lokan
        Melaka
       : Mendirikan khemah untuk peserta
       Jelajah Lasak dan tempat untuk
       meletak barang makanan
      : Memasang banner dan
       mengambil gambar serta membuat
       video bersama Pak Zainal
      : Membuat majlis ringkas serta
       bacaan doa
Ø  4.00petang  : Pulang ke IKTBN Alor Gajah
      : Membuat persiapan diri
      : membuat laporan harian
      : Membuat sedikit taklimat bersama
       ahli kumpulan
      : Tidur
3
24 Dis 2015
Hari Kedua
Projek Penempatan – KHAZANAH DARI TANAH BENCAH

Ø  6.00pagi       : Bangun, persiapan diri dan solat
Ø  7.00pagi       : Bergerak ke Taman Lokan
     : Menaiki bot sambil berselawat
       menuju ke Taman Lokan
Ø  8.30pagi       : Membuat jamuan makan sempena
       majlis sambutan Maulidur Rasul
Ø  9.00pagi       : Membuat persiapan untuk ke Kota
       Simpang
Ø  9.20pagi       : Bergerak ke Kota Simpang menaiki
       Bot
Ø  10.30pagi     : Tiba di Kota Simpang
     : Membuat khidmat masyarakat
       membersihkan kawasan Kota
         Simpang
       : Menyediakan makan tengahari
       : Menyambung kerja-kerja
        membersihkan kawasan Kota
        Simpang
Ø  5.00petang   : Bertolak pulang ke Taman Lokan
Ø  6.10petang   : Tiba di Taman Lokan
       : Menyediakan makan malam
Ø  6.40petang    : Bertolak pulang ke IKTBN
Ø  7.15petang    : Tiba di IKTBN , membuat persiapan
         diri dan solat maghrib
Ø  8.00malam     : Pergi ke Melaka Sentral untuk
         membeli tiket bas pulang ke
         segamat
Ø  11.00malam   : Pulang ke IKTBN
       : Mebuat taklimat perjalanan esok
Ø  12.00pagi        : Tidur

4
25 Dis 2015
Hari Ketiga
Projek Penempatan – KHAZANAH DARI TANAH BENCAH

Ø  6.30pagi        : Bangun tidur , persiapan diri dan
       solat subuh
Ø  7.30pagi        : Bertolak ke Taman Lokan
      : Berdayung sampan untuk ke
       Taman Lokan
       : Sarapan pagi
Ø  9.00pagi        : Membuat taklimat tentang aktiviti
       hari ini bersama Pak Zainal
Ø  9.30pagi        : Mencari siput sedut dan lokan
      : Mengambil gambar da video ahli
        kumpulan membuat aktiviti
      : Belajar mencari lokan
      : Belajar mencari buah nipah
      : Belajar membuat atap nipah
Ø  11.10pagi      : Persiapan diri
Ø  11.30pagi      : Berjalan kaki keluar dari Taman
       Lokan untuk menunaikan solat
      Jumaat
Ø  12.40tghari    : Tiba di Masjid Paya Lebar
      : Menunaikan solat Jumaat
Ø  2.30petang   : Bergerak ke rumah En.Zamri
       (Pengawal Keselamatan IKTBN Alor
        Gajah)
Ø  2.50petang   : Tiba di rumah En.Zamri
Ø  3.30petang   : Membuat majlis tahlil
Ø  3.50petang   : Jamuan makan
Ø  4.15petang   : Berjalan kaki pulang ke Taman
        Lokan
Ø  5.15petang   : Tiba di Taman Lokan
       : Sesi pembahagian tugas
Ø  5.30petang   : Menyediakan masakan makan
        Malam
Ø  6.30petang   : Mendayung sampan ke Jeti
        Nelayan untuk pulang ke IKTBN
Ø  7.15petang   : Tiba di  IKTBN
       : Membuat persiapan diri
       : Menunaikan solat maghrib
Ø  8.00malam    : Membeli tong air di Masjid Tanah
Ø  9.30malam    : Pulang ke IKTBN
      : Membuat taklimat tentang
        perjalanan hari ini dan esok
       : Menyambung membuat laporan
        Harian
Ø  11.30malam  : Tidur
5
26 Dis 2015
Hari Keempat
Projek Penempatan – KHAZANAH DARI TANAH BENCAH

Ø  6.30pagi        : Bangun, persiapan diri dan solat
        Subuh
Ø  7.00pagi        : Membeli barang makanan untuk
        jamuan malam
Ø  7.30pagi        : Bergerak ke Taman Lokan
Ø  8.10pagi        : Tiba di Taman Lokan
      : Sarapan pagi
Ø  8.30pagi        : Taklimat aktiviti bersama Pak Zainal
Ø  9.00pagi        : Membuat arca udang galah di
        kawasan Taman Lokan
      : Membancuh simen
      : Membuat tulisan G2 di atas arca
Ø  1.45petang  : Makan tengahari
      : Persiapan diri dan meunaikan solat
       Zohor
Ø  2.45petang  : Menyambung mengecat arca
      : Mengemas kawasan Taman Lokan
Ø  5.30petang  : Membuat persediaan Makan
       Malam
      : Menyediakan masakan malam
Ø  7.00petang  : membuat persiapan diri
      : Menunaikan solat maghrib
      : Bacaan yassin
Ø  8.30malam  : Menunaikan solat isyak
Ø  8.50malam   : Membuat jamuan makan
      : Menyambung membuat laporan
       Harian
Ø  9.45malam   : Sesi tandatangan penilai luaran
Ø  10.30malam  : Taklimat tentang perjalanan
        Keesokan hari
Ø  11.25malam   : Bersihkan khemah untuk tidur
Ø  11.30malam   : Tidur

6
27 Dis 2015
Hari Kelima
Projek Penempatan – KHAZANAH DARI TANAH BENCAH

Ø  5.30pagi      : Bangun, persediaan diri dan solat
      Subuh
Ø  6.00pagi       : Pembahagian tugas untuk
      Pengemasan
Ø  6.30pagi       : Mengemas dan membersihkan
      kawasan khemah dan kawasan
      dapur
Ø  7.30pagi       : Sarapan pagi
Ø  8.00pagi       : menyambung membuat kerja-kerja
       pembersihan dan pengemasan
: Sesi pengambaran dan video
: Majlis ringkas perasmian penutup
Ø  9.30pagi      : Mengangkat barang-barang ke
     dalam sampan
Ø  10.00pagi    : Bertolak dari Taman Lokan ke Jeti
     Nelayan
Ø  10.20pagi    : Tiba di Jeti Nelayan
     : Besalaman dengan Pak Zainal
     : Bertolak pulang ke IKTBN untuk
      kemas barang
Ø  11.30pagi     : Bertolak pulang ke rumah.













Khamis, 26 November 2015

[181] Pengiktirafan Penarafan Lima Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia 2015

Sijil Pengiktirafan Penarafan Lima Bintang
Untuk Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Alhamdulillah. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang Sistem Star Rating Pertubuhan Belia Malaysia. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia yang diadakan sempena Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang II Penggal 30 pada Rabu, 25 November 2015 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan salah satu dari 77 buah NGO Belia seluruh Malaysia yang menerima pengiktirafan ini, berupa sijil dan intensif kewangan RM 2,000. Turut sama YB KJ adalah YB Timbalan Menteri dan Datuk Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. 

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), seluruh pegawai KBS dan terutamanya ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis di atas pencapaian ini.





Utusan Malaysia, Khamis 26 November 2015, Halaman 9
Sebelum itu, pada 24 November 2015, G2 telah melalui proses sesi penilaian. Pegawai Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan yang berpangkalan di Melaka, Encik Nik telah menilai G2 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Lima orang mewakili G2 hadir dalam sesi penilaian tersebut. 



Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan seluruh warga G2 lebih bersemangat lagi dalam berorganisasi secara teratur, sistematik, telus dan amanah. Tahniah G2!

Rabu, 18 November 2015

[180] Projek Penempatan ARPRM Tahap Emas Siri 2, 2015 - Konservasi Dalam Komuniti


Projek Penempatan adalah salah sebuah komponen wajib untuk setiap peserta Anugerah Remaja Perdana tahap Emas di samping komponen Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Pengembaraan. Ianya perlu dilengkapkan dalam tempoh tidak kurang dari 5 hari / 4 malam berturut-turut. Pemilihan tempat pula adalah diluar kebiasaan, ianya mestilah jauh dari tempat yang selesa/berhampiran. Projek penempatan ini disokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan – tetapi setiap peserta hendaklah mencari atau menggunakan dana sendiri untuk melaksanakan projek ini dengan menggunakan kreativiti dan cara perlaksanaan masing-masing. 

Justeru, peserta Tahap Emas ARPRM G2 telah melaksanakan Projek Penempatan Siri 2, 2015 ini pada 11 - 15 November 2015 di Melaka Zoo and Night Safari. Ia membawa tajuk Konservasi Dalam Komuniti : Penghayatan, Pendekatan dan Pendokumentasian. Projek ini disertai oleh 4 orang peserta iaitu : Mohd Nur Ashraff Husin (Ketua), Mohd Hasni Zaini (Setiausaha), Mohd Azhari Imran (Bendahari) dan Suria binti Sipon. Program dipantau oleh Pegawai Rakan Muda Daerah Segamat, Encik Ibrahim Bujang, Mentor ARPRM G2 Encik Mizam dan tiga orang Ahli Panel Penilai Dalaman Program iaitu Encik Azizi Abd Rahim (Ketua), Encik Raziman Joraimi dan Encik Mohd Iftitah Ishak.

Sebelum itu, saksikan video montaj iklan Sukarelawan Zoo Melaka yang dibuat oleh para peserta Projek Penempatan ARPRM G2 Tahap Emas Siri 2 ini :


Program ini mempunyai matlamat yang berikut :
  • Melaksanakan program khidmat masyarakat.
  • Memberi pendidikan dan kesedaran awam terhadap kepentingan haiwan (fauna) terutamanya speasis terancam.
  • Memahami elemen saintifik di sebalik konservasi fauna.
  • Mempromosi sifat kesularelawanan konservasi fauna terancam
  • Melayakkan untuk ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas
Berikut adalah jadual program sepanjang lima hari tersebut :

  • Manakala skop dan 'outcome' bagi setiap peserta program adalah seperti berikut :



Ini adalah sebahagian gambar dan vidoe Projek Penempatan tersebut. Untuk lebih banyak gambar, boleh klik pada pautan hari yang berkenaan dan terus ke album gambar di Facebook Belia Felda Pemanis.








































 Terima kasih kepada semua, terutama Melaka Zoo and Safari Night. Semoga kita berjumpa lagi :)