Halaman

Ahad, 8 Mei 2016

[194] Bengkel Dokumentasi Buku Rekod ARPRM Tahap Perak Fasa 1 / 2016

ARPRM G2 telah mengadakan sesi Bengkel Dokumentasi Buku Rekod Tahap Perak Fasa 1 / 2016 pada hujung minggu lalu, iaitu Jumaat dan Sabtu, 6 dan 7 Mei 2016. Untuk permulaan ini, seramai 5 orang peserta ARPRM yang telah tamat semua 4 komponen yang diperlukan telah menyempurnakan catatan Buku Rekod Tahap Perak masing - masing.

Catatan dilakukan dengan bimbingan Mentor dan peserta Tahap Emas yang baharu sahaja selesai menyempurnakan laporan.

Para peserta dibimbing bagaimana untuk mencatat dengan baik, di samping memperbetulkan mana - mana kesalahan, kesilapan dan kekurangan di dalam catatan mereka. Apa yang penting adalah isi catatan aktiviti yang telah dilakukan, jumlah bulan dan jumlah jam hendaklah memenuhi syarat - syarat yang telah ditetapkan oleh standard The Duke of Edinburgh's International Award.








ARPRM atau DofE mensyaratkan para peserta Tahap Perak untuk menyempurnakan 4 komponen Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak. Tiga komponen pertama hendaklah dilaksanakan dalam tempoh minima 6 bulan dan 30 jam, manakala Jelajah Lasak pula memerlukan masa minima 3 hari 2 malam.

Pada hujung - hujung minggu yang akan datang pula, ARPRM G2 merancang untuk mengadakan bengkel yang sama untuk paar peserta Tahap Perak atau Gangsa, berdasarkan jadual masa mereka telah menyempurnakan semua 4 komponen. Ia akan diteruskan sehinggalah semua peserta Tahap Gangsa dan Tahap Emas selesai merekod aktiviti mereka atau sehingga tibanya masa untuk pentauliahan.

Selamat Maju Jaya untuk semua!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)