Halaman

Isnin, 15 Mei 2017

[234] 3 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku : Matrikulasi dan Persepsi Masyarakat

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com

Episod yang telah disiarkan :

3. Episod 3 / 20 : Matrikulasi dan Persepsi Masyarakat

Episod 2 disiarkan dalam Bahasa Inggeris. Episod - episod lain disiarkan dalam Bahasa Melayu.


3/ 20  
Matrikulasi dan Persepsi Masyarakat

Aku Budak #MATRIKDiHatiku
oleh Azhari Imran


Kami semua sekampung di Felda Pemanis.
Tercampak di KMJ. 
Dah masuk Matrik ni, banyak la dengar pendapat tentang Matrik ni. Ada yang kata susah. Ada yang kata senang. Ada jugak yang “bashhhhhh” budak Matrik ni. Sedangkan yang tukang hentam ni, entah - entah diorang ni masuk Matrik pun tak pernah. Kat Malaysia ni, lepas SPM je mereka dah risau nak halatuju mana lepas ni. Lepas je SPM nanti, mereka ada 4 haluan tau sebenarnya : A- Level / Asasi, Matrikulasi, Tingkatan 6 ataupun Diploma. Boleh juga buat sijil dalam bidang kemahiran. Yang bernasib baik tu akan masuk A- Level / Asasi. Yang lain ni akan masuk la Matrik dan lain - lain tu. Yang kat luar tu. Tolongggggglah bukak sikit mindset supaya tak beranggapan lagi Matrik ni susah. Tu semua tanggapan kamu semua je sebab nak burukkan nama Matrik. Berfikiran negatrif. Ayuh ubah!

Sebenarnya, program Matrikulasi ni memang terkenal dengan trademarkfast track to degree” . Kalau pilih Diploma, ambil masa 3 tahun tu. Kat Matrik hanya perlukan masa setahun (PST) dan dua tahun (PDT). Nanti aku terangkan PST dengan PDT ni apa. Kalau masuk Matrik, nanti kan dah dapat jimat masa. Hutang pun tak banyak. Haaa??? Kenapa cakap pasal hutang? Hehe tunggu.

Dua tahun di sini. :)
Nak tau ape yang lagi menarik? Ayah kawan aku ni dia jadi cikgu Tingkatan Enam. Nak tahu apa ayah dia buat? Heheh ayah dia sendiri belikan no pin untuk masuk ke Matrikulasi ni. Tapi ayah dia dah meninggal beberapa minggu lepas. Hmm apa maknanya bila cikgu tingkatan enam belikan no pin masuk Matrik? Faham-faham je la. Hehehe.  Matrik ni tak susah pun. Dapat CGPA 2.0 pun da bole sambung ijazah tau. Dahlah setahun dua je, pastu terus bole sambung ijazah. Kawan - kawan lain yang beriya sangat nak masuk Diploma sebab Matrik ni susah baru masuk tahun ketiga. Kamu semua sudah first or second year degree dah nanti. Nantiiii. Hehe bukan sekarang. Sebab tu Matrik ni dilabel jalan pintas ke ijazah.

Ye memang betul la tu orang kat luar tu cakap Matrik tu susah dari diploma. Tapiii. Haa ade tapinya. Kalau tak pecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya cik adik masam manis oi. Kenelah berkorban sikit. Masa sekolah tu dulu semua senang ke? Susah jugak kan ? Tapi kenapa bole je sampai ke SPM. Sama la dengan Matrik ni. Susah kat Matrik tu datang bila kamu semua tak susun masa dengan betul. Hehehe. Cakap dengan cermin ke?


Keputusan SPM teruk? Jangan la risau. Kat Matrik ni jadikan kehidupan diri sendiri akan rotate ke 180°. Hehehe kenapa tak 360°? Laa kalau 360°, takde beza la nanti. Berbalik ke titik asal. Haa kamu semua akan mengeluarkan sifat terpendam dalam diri tu bila masuk Matrik. Pemalas jadi rajin. Pengecut jadi berani. Pendiam jadi banyak cakap. Kedekut jadi murah hati. Kenapa? Nanti aku ade sambungannya. Sabar yee. 

Bahagian keempat akan menyusul.

1 ulasan:

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)