Halaman

Jumaat, 11 Ogos 2017

[255] Bengkel Buku Rekod ARPRM Tahap Gangsa SMK Palong Timur

SELASA, 8 Ogos 2017 - Satu sesi Bengkel Buku Rekod untuk peserta ARPRM Tahap Gangsa SMK Palong Timur, Batu Anam, Segamat telah diadakan baharu - baharu ini. Bengkel ini disertai oleh 55 orang pelajar yang menjadi peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa bagi sekolah tersebut.





Seramai 4 orang fasilitator dengan diseraskan oleh Mentor telah mengendalikan bengkel berkenaan. Mereka adalah 3 orang Pemegang Emas ARPRM iaitu Mohd Firdaus Zainal Abidin, Mohd Azhari Imran dan Suria Sipon serta seorang bakal Emas 2017 iaitu Mohd Arif bin Mail.




Bengkel diadakan bagi memenuhi undangan Tuan Haji Muzzaffar Shah, Pengetua SMK Palong Timur yang berhasrat untuk memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta ARPRM sekolahnya tatacara dan panduan yang betul dalam mengisi Buku Rekod ARPRM.





Ia dimulakan dengan pembukaan oleh Tuan Haji Muzzaffar, diikuti sedikit bicara dari Mentor APRRM. Arif kemudian telah mengambil masa untuk berkongsi serba - sedikit pengalaman beliau menjalani program ini dari peringkat Gangsa ke Emas di dalam Bahasa Inggeris.






Sesi mengisi Buku Rekod kemudiannya diselaraskan oleh Mohd Firdaus dengan terlebih dahulu memberikan panduan dan tunjuk ajar. Para peserta mengisi Buku Rekod dibantu oleh fasilitator terlibat.






Rumusan akhir telah diberikan oleh Encik Ibrahim Bujang, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat (Unit Rakan Muda). Bengkel disudahi dengan sesi penyampaian cenderamata dan


Terima kasih kepada semua : SMK Palong Timur (Pengetua, guru - guru dan para pelajar) dan semua fasilitator terliba.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)