Halaman

Rabu, 6 September 2017

[263] 14 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Perhubungan dan Segala Urusan

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com





14 / 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
Perhubungan dan Segala Urusan

oleh Azhari Imran

Untuk episod ni, aku ingin bercerita pasal perhubungan antara pelajar dan orang luar. Orang luar ni termasuk dengan ibu bapa, urusan pos, dan sebagainya.

  1. Line Telco
Ø  Sepanjang aku dua tahun dekat KMJ tu, aku da guna macam-macam line telco, tunetalk, celcom burung hantu, celcom postpaid. Tapi, Maxis juga sampai ke hujung sem. Tambahan lagi Maxis ade 8GB percuma setiap bulan tu. Wow bukan? Haa bole buat streaming bola Premier League kalau hujung minggu tu. Kalau liga Malaysia yang kadang-kadang hari Rabu tu kena la beli data sikit kongsi-kongsi dengan kawan lain

  1. Urusan pos
Ø  Dalam episode sebelum ni, aku ada katakan yang pejabat asrama di bawah blok kediaman E juga merupakan tempat untuk mengambil barang pos.
Ø  Kamu semua perlu menyemak online dahulu sebelum ke blok E untuk mengambil barang.
Ø  Bagi urusan pos ini, jika anda ingin barang itu semasa di kolej matrik, anda perlu memberi alamat matrik di belakang kad matrik masing-masing. Ianya tertera alamat dan barang itu akan dihantar ke kolej matrikulasi.
NOTA : PASTIKAN ANDA MEMBUAT URUSAN POS UNTUK PERKARA PENTING SAHAJA. 

  1. Waktu melawat
Ø  Pelawat ni merangkumi semua yang ada hubungan kamu semua dari ibu bapa kandung sampai ke anak sedara sebelah ayah yang ada tiga cucu tiga lelaki enam perempuan.
Ø  Sejak sesi 2017/2018 ni, pelawat yang tidak mempunyai pelekat pelawat tidak akan dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan.
Ø  Menjadi kebiasaan mak ayah yang datang mesti bawakkan nasi dan makanan yang lebih untuk kawan-kawan sebilik. Jadi, satu bilik akan buat “potlak” dan makan ramai-ramai.
Ø  Jadi, waktu melawat rasmi yang mana ibu bapa dibenarkan masuk adalah Jumaat dan Sabtu dari pukul 8.00 pagi sehingga 7.00 petang. Untuk tak rasmi,ibu bapa boleh datang melawat setiap hari tetapi sekadar sampai di pintu pagar sahaja.


Bersambung ke Episod 15


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)