Halaman

Khamis, 28 September 2017

[270] TOT River Ranger Sempena Himpunan Muafakat Belia Johor 2017

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Segamat (JPS) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat (MBD) telah mengadakan TOT River Ranger sempena Himpunan Muafakat Belia Johor tempoh hari. Program telah berlangsung pada 23 dan 24 September 2017 bertempat di Lembangan Sungai Muar di Segamat, Taman Rekreasi Sungai Kapeh, Segamat.

Seramai 100 orang peserta telah mengambil bahagian. Dari jumlah itu, 50 orang adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang merupakan para peserta Tahap Gangsa ARPRM manakala 50 orang lagi adalah para pelajar UTHM, Parit Raja, Batu Pahat.







Selama 2 hari 1 malam, para peserta telah didedahkan dengan teori, kesedaran, kepentingan dan amali penjagaan sungai dan sumber air. Beberapa aktiviti seperti amali pemantauan air sungai juga telah dijalankan.
















Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor mewakili YB Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Kerajaan Negeri Johor.









Terima kasih kepada JPS, MBD, para peserta, urusetia, fasilitator dan ibu bapa (yang memberikan kebenaran) sehingga program ini berjaya dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)