Halaman

Ahad, 17 Disember 2017

[284] 18 / 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - Sejuta Pengalaman

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com


Okay nak cerita kat episode ni pasal pengalaman aku la dalam matrikulasi tu sepanjang 1+1 tahun. Hehe kenapa 1+1? Mula-mula aku ditawarkan PST, tetapi nasib tak menyebelahi aku pada semester pertama. Maka, aku diturunkan menjadi dua tahun.

Aku rasa okay dalam PST, cuma aku lambat nak hadamkan pembelajaran tu. Suasana jadual yang padat yang mempunyai satu jam sahaja rehat untuk solat, makan dan tidur sekejap. Aku rasa tu bukan jiwa aku yang sebenar belajar dalam keterpaksaan dan kesempitan waktu. Perkara itu yang aku harungi selama satu semester. Pokoknyaa, pokoknya harus ditebang. Hehehe. Maka, hasil satu semester tu, mendapat la merasa turun ke PDT. Wahh, lain betul la. Hehe tu la perasaan pertama aku. Mana taknya. Dalam sehari hanya ada 3 atau 4 waktu kelas sahaja. Haa mana tak syok. Hehe yang rasa nak bebas sedikit, pilih la ke PDT. Anda tidak akan stress. Mula-mula memang la kekok masuk praktikum baru. Tapi lama-lama dah okay dah. Ada la kejap main suka ni suka tu.

Pengalaman seterusnya adalah suasana pembelajaran. Masa di sekolah menengah dulu, aku selalu berangan untuk belajar dalam keadaan bertangga. Haa di kolej matrikulasi lah aku dapat belajar dalam keadaan itu di dewan kuliah. Kolej matrikulasi merupakan salah satu program pra-U untuk menyediakan pelajar sebelum ke universiti pada peringkat ijazah.



Seterusnya, pengalaman bercinta. Haa ni yang kamu semua suka kan. Mengaku je la. Ok kat sini aku nak kongsikan yang aku ni sememangnya mesra. Tak kisah dengan lelaki atau perempuan. Maka kat sini, aku ni ada “kawan” yang masuk sesi 2016/2017. Kawan ni sama kampung dengan aku di Felda Pemanis. Dah lama jugak la berkawan. Kebetulan masuk matrikulasi yang sama. Perkara “cemburu tanda sayang” tu berlaku selalu. Ok. Di sini aku nak cakap la yang bercinta tu pastikan seimbang dengan pelajaran. Jangan terus leka dengan percintaan. Kalau rasa tak boleh nak seimbang, tinggalkan dulu percintaan tu. Haa acah je nasihat kamu semua.

Pengalaman lagi adalah untuk subjek tambahan seperti pendidikan agama Islam/moral, Kokurikulum dan Kemahiran Dinamika. Subjek ini membantu pelajar-pelajar tentang kemahiran insaniah. Bagi subjek agama Islam tu, ia akan menjadikan kita muslim sejati yang akan menyampaikan ilmu kepada muslim yang lain, peka tentang solat, tentang keganasan di luar negara terhadap umat Islam dan lain-lain. Seterusnya, subjek kemahiran dinamika telah menjadikan bekalan sebagai persediaan untuk apa jua keadaan. Contohnya kita berada di majlis dan mempunyai tetamu kehormat, perucapan awam dan banyak lagi. Untuk kokurikulum pula, pengalaman aku yang paling manis la. Kelas pertama subjek  kokurikulum, kami dikejutkan oleh para pensyarah koku yang praktikum kami mendapat subjek kawad kaki. Semua gelisah mengenangkan kulit tidak lagi secerah artis Kpop. Terbakar. Berpeluh dan lain-lain lagi. Tapi, lama-kelamaan, sudah boleh menerima. Hal ini kerana, subjek kawad kaki tidaklah menumpu untuk berkawad selama 2 jam (tempoh kelas koku) tetapi ia juga menekankan tentang hidup di alam perkhemahan. Antarannya ialah memasak masakan rimba, mempelajari tali temali, flying fox dan banyak lagi. 



Bersambung ke episod ke 19.

1 ulasan:

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)