Halaman

Sabtu, 11 Ogos 2018

[327] Penyerahan dan Semakan Laporan ARPRM Farah dan Shila

Nurul Farah Izzati Samsul dan Shila Sapee telah berjaya menyempurnakan semua aktiviti dan pelaporan untuk Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas - The Duke of Edinburgh's International Award (DofE)  Gold Standard.

Kedua - dua wanita dari Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis ini selesai 5 komponen yang ditetapkan untuk tahap Emas dengan jumlah jam dan bulan yang mencukupi.

Farah kini berada di Politeknik Merlimau manakala Shila berada di Kolej Matrikulasi Johor. Mereka berdua adalah Emas ke 21 dan 22 dari keseluruhan di dalam G2. Untuk sesi kali ini, Farah dan Shila menjadi Emas ke 10 dan 11 yang sempurna. 


KHAMIS, 9 OGOS 2018 - PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEGAMAT

Laporan diserahkan oleh Mentor Program dan diterima oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Tuan Sashi.




JUMAAT, 10 OGOS 2018 - KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Laporan diserahkan oleh Shila dan Farah sendiri di Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.  Laporan beliau terus disemak di hadapan mata oleh Puan Yusniza, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Tertinggi dan Encik Asraf, Penolong Pengarah Rakan Muda. 








 

Farah : Ketika Summer Camp 7, 2014 di Chedoq Beach Resort, dia mendapat gelaran ratu air mata. Memulakan ARPRM semasa Tingkatan 3 dan setiap kali perlu mengadakan aktiviti lasak, dia akan banyak bertanya. Air matanya sering mengalir kerana ketakutan dan kerisauan. Summer Camp G2 memang menyediakan remaja untuk berdaya tahan. Tahan sehinggakan wanita kecil yang tak disangka ini boleh capai dan sempurna Tahap Emas 4 tahun kemudiannya.

Shila : Dia punyai bakat kepimpinan dan daya fikir yang luas. Dia juga mampu menyelesaikan masalah tanpa banyak kerenah. Wanita ini kuat semangat, memandang masa hadapan dan cepat bertindak. 


Seluruh warga ARPRM G2 merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas pencapaian Farah dan Shila ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)