Halaman

Jumaat, 7 September 2018

[335] Bengkel Buku Rekod ARPRM Tahap Gangsa dan Perak 2018

Pada 31 Ogos dan 1 September 2018, Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DOfE) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan Bengkel Buku Rekod ARPRM untuk peserta tahap Gangsa dan Perak bagi sesi 2018. Bengkel selama 2 hari ini telah dibahagi - bahagikan kepada beberapa sesi dan kumpulan kecil, mengikut tahap, bagi memudahkan proses konsultasi, bimbingan dan pemantauan.

Bengkel telah dikendalikan oleh Ketua Mentor dan dibantu oleh penerima tahap Emas dan para peserta yang sedang menjalankan aktiviti tahap Emas. 

Tujuan bengkel adalah untuk memastikan para peserta tahap Gangsa dan Perak membuat catatan yang betul dan sistematik di dalam buku rekod. Ia juga bagi memastikan semua dokumen peserta seperti salinan sijil Perak (bagi peserta tahap Gangsa), gambar foto, maklumat di dalam buku rekod  dan borang - borang berkenaan diisi dengan betul.

Untuk tahun ini, ARPRM G2 telah mengiktiraf seramai 19 orang peserta Tahap Gangsa dan 17 orang Tahap Perak sebagai layak untuk ditauliahkan, sebagaimana nama dan gambar semasa bengkel yang berikut : 

Tahap Gangsa

1 Muhammad Mu’izz Bin Rosdi
2 Muhammad Haffizi Bin Zaini
3 Muhammad Afiq Bin Mohd Nazri
4 Hamizan Aiman Bin Hambri
5 Muhammad Luqman Nur Hakim Bin Nizan
6 Muhammad Akram Bin Sapuri
7 Mohammad Saifulakmal Bin Sharudin
8 Mohamad Syazrul Alif Bin Ayub
9 Ahmad Khairizal Bin Ahmad Zaiadi
10 Muhammad Fakhrul Aiman Bin Rezal
11 Muhamad Zulfahmi Bin Mohd Zain
12 Nur Alya Nabilah Binti Mohd Faizal
13 Che Wan Sofia Qistina Binti Che Wan Mohd Suhaimi
14 Akhmal Hafizi Bin Dulah
15 Mohamad Khairul Izuan Bin Abd Aziz
16 Muhamad Fahmi Bin Hadi
17 Mohamad Jeffry Bin Bakhtiar
18 Zulalina Binti Hydir
19 Nurin Syazwina Binti Razak














 


Tahap Perak

1 Siti Nuraishah Binti Ahmad
2 Nur Syamimi Alya Binti Nazri
3 Nora Asyikin Binti Musa 
4 Nur Najwabalqis Binti Isa
5 Aida Sazaliana Binti Saharuddin
6 Siti Norasyikin Binti Binti Ardani
7 Nur Syazana Haziqah Binti Hisharuddin
8 Nur Aina Najwa Binti Amazal
9 Nur Batrisyia Auni Binti Herman
10 Nur Shafiqah Irdina Binti Hairolzamri
11 Muhammad Ezrafiq Amirul Bin Hairul Maizar
12 Muhammad Nur Iman Bin Jemiran
13 Siti Nurlaila Binti Abdullah
14 Siti Nurasimah Binti Fauzi
15 Nur ‘Ainun Sa’adah Binti Mohd Assri
16 Nurul Amira Binti Jasmin
17 Mohd Aneeq Afzal Bin Mohd Assri














Pada akhirnya setelah disahkan oleh Ketua Mentor, data - data peserta yang sempurna dan layak untuk ditauliahkan dikemaskini di dalam sistem komputer untuk dijadikan laporan bagi dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.




Sebelum itu, untuk rekod, seramai 11 orang pula layak untuk ditauliahkan Tahap Emas, iaitu tahap tertinggi. Ini menjadikan keseluruhan peserta yang layak untuk ditauliahkan semua tahap ARPRM pada sesi 2018 adalah seramai 47 orang, sebagaimana jadual berikut :



Program ARPRM memerlukan peserta yang berumur di antara 14 - 24 tahun untuk menyempurnakan jumlah jam dan bulan aktiviti di dalam 4 komponen wajib iaitu Khidmat MAsyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Untuk peserta Tahap Emas pula, penambahan satu komponen iaitu Projek Penempatan. Jumlah jam dan bulan aktiviti akan bertambah seiring dengan peningkatan tahap. Kesemua aktiviti ini hendaklah direkodkan di dalam buku rekod dan disahkan oleh Mentor. 

ARPRM G2 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan menunjukkan tahap kemajuan di dalam program ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)