Halaman

Khamis, 3 Januari 2019

[363] Projek Penempatan Siri 9 / 2018 ARPRM Tahap Emas - Zoo Johor

Berikut adalah catatan mengikut hari, Projek Penempatan Siri 9 ARPRM Tahap Emas yang telah diadakan di Zoo Johor, Johor Bahru pada 22 - 26 Disember 2018 yang lalu.

Projek Penempatan merupakan salah satu dari 5 komponen wajib yang perlu disempurnakan oleh seseorang peserta program ARPRM pada tahap Emas. Ia melibatkan pelaksanaan projek di sesuatu kawasan yang tidak biasa bagi mereka selama 5 hari 4 malam dengan bimbingan dan penilaian dari Mentor.



Khamis, 20 Disember 2018 - Pra Projek
Sebelum program dilaksanakan, beberapa kerja latar dan persediaan yang dinamakan sebagai Pra Projek telah dilaksanakan. Pra Projek Penempatan Siri 9 / 2018 meliputi kerja - kerja pengurusan, perbincangan mesyuarat bersama pengurusan Zoo Johor, percambahan idea dan banyak lagi.
Projek Penempatan Siri 9 / 2018 sedang berlangsung mulai hari ini 22 - 26 Disember 2018 di Zoo Johor, Johor Bahru. Ia dijayakan oleh 7 orang peserta ARPRM - DofE Tahap Emas dari G2 sebagai menenuhi komponen wajib sebelum penilaian dan pengiktirafan. Projek diketuai oleh Hairul Asraf.
Ia dipantau oleh para pegawai Zoo Johor, pegawai Jabatan Belia dan Sukan Johor juga barisan sukarelawan Mentor dan Pemegang Emas ARPRM - DofE dari G2.





Sabtu, 22 Disember 2018 - Hari Pertama
Hari Pertama untuk Projek Penempatan Program ARPRM - DofE Tahap Emas Kohort 5A. Ia diadakan di Zoo Johor di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Seramai 7 orang peserta Tahap Emas dari G2 melaksanakannya iaitu Hairul Asraf (Ketua), Mustakim Abdul Kahar (Penolong Ketua), Mohd Iman Nur Haqim (Setiausaha 1), Affif Haziq (Setiausaha 2), Aliah Wahab (Bendahari), Suliyza Rosli dan Aiman Danial . Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan : 3 dan 4 orang.
Pemantauan hari ini dibuat oleh Muhd Nur Amin, penerima Tahap Emas 2017 bagi pihak Badan Operasi ARPRM G2.







Ahad, 23 Disember 2018 - Hari Kedua
Hari yang panjang, Aktiviti di Zoo Johor dengan pembersihan, penyediaan makanan dan khidmat lain. Menerima kunjungan pemantauan dari Pegawai - Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor iaitu Encik Razak Atan dan Encik Hafiz Raya.
Sesi Semakan Buku Rekod bersama Encik Roslan Ibrahim, Pegawai Tadbir Zoo Johor.
Sesi Halaqah Ilmu bersama Hanafie Hasim dan Kamsari Subroto di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Juga diteruskan dengan bimbingan Buku Rekod.
Warden sepenuh masa adalah Muhd Nur Amin dan Roman Sunma, pemegang Emas 2017 mewakili Badan Operasi G2.
















Isnin, 24 Disember 2018 - Hari Ketiga

Kerja - kerja khidmat masyarakat di seluruh kawasan Zoo Johor : Pembersihan kawasan, penyediaan makanan haiwan dan sebagainya















Selasa, 25 Disember 2018 - Hari Keempat


Keadaan sesak dengan ribuan pengunjung sempena cuti Krismas. Tugasan utama hari ini adalah Sesi Penerangan Awam kepada pengunjung menerusi 3 kumpulan yang ditetapkan. Kemahiran interaksi awam sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris adalah sebahagian dari KPI yang digariskan.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, kerja - kerja rutin pembersihan kawasan dan penyediaan makanan haiwan juga diadakan. 

Sesi Penilaian dan Pasca Nilai Program diadakan pada sebelah malam melibatkan 3 orang Mentor dan Panel Penilai Dalaman dengan dibantu oleh Pemegang - Pemegang Emas dari tahun - tahun sebelumnya.




























Rabu, 26 Disember 2018 - Hari Kelima


Projek Penempatan Siri 9 / 2018 peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas (ARPRM - DofE) dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis melabuhkan tirainya. Sebelum diadakan majlis penutup, satu sesi penilaian dan pasca nilai bersama pihak pengurusan Zoo Johor telah diadakan. Sesi rumusan ini memberikan peserta dan pihak pengurusan Zoo Johor berkongsi maklumbalas berkenaan program yang telah dijalankan.
7 orang peserta ARPRM dari G2 menjayakan projek kali ini yang diketuai oleh Hairul Asraf Abas. Enam lagi adalah Iman Nur Haqim Norrizam, Mohd Ffif Haziq MAlik, Aiman Daniel Faizul Azuar, Aliah Wahab dan Suliyza Rosli. Ia turut disokong oleh barisan Mentor dan Panel Penilai Dalaman dari Badan Operasi G2.
Sepanjang 5 hari, para peserta telah melaksanakan pelbagai aktiviti. Antaranya pembersihan kawasan, penjagaan haiwan, penyediaan makanan, interaksi bersama pengunjung dalam sesi penerangan awam sempena cuti umum yang dianggarkan menerima seramai 12,000 orang kunjungan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Talkah, Pengurus Zoo Johor.
Terima kasih juga buat Setiusaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Terima kasih juga buat semua yang membantu di belakang tabir : Azizi Abd Rahim, Hanafie Hasim, Irfan Hanz Irvine, Roman Sunma, Muhd Nur Amin, Iftitah Ishak, Kamsari Subroto dan #TeamSurvivor G2. Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Johor : Tuan Pengarah JBSJ, Encik Shashidharan Sivabalan, Puan Wardah, Encik Ibrahim Bin Bujang, Encik Razak Atan, Encik Mohd Hafiz, Encik Abu KOMBES Johor dan Pak Ali.
7 orang peserta ini tamat kesemua 5 komponen ARPRM pada Tahap Emas.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)