Halaman

Rabu, 6 Februari 2019

[367] Enemurator Kerja Lapangan Untuk Kajian Pandangan Rakyat Malaysia Pasca PRU 14

Bermula 27 Januari hingga 5 Februari, team enemurator G2 sedang melaksanakan kajian lapangan bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan pandangan rakyat Malaysia pasca PRU 14. Kajian ini dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan digerakkan oleh 18 orang enemurator seluruh negeri Johor.
3 orang enemurator dari G2 yang berada di lapangan adalah Syarifah Shazwani Zaini, Hairul Asraf Abas dan Mustakim Abdul Kahar yang bertugas untuk pelaksanaan kajian di Daerah Segamat. Seramai 117 orang responden terdiri dari pelbagai kaum, jantina dan aras umur akan ditemui oleh enemurator G2.
Enam kawasan seluruh Johor yang terlibat dalam kajian ini adalah Pasir Gudang, Muar, Pontian, Kluang, Segamat dan Kota Tinggi.
Data - data kajian ini akan dihantar ke IYRES untuk dianalisis.

Sesi dimulakan dengan Taklimat dan TOT untuk semua enemurator negeri Johor.




Ia kemudiannya diikuti dengan kerja - kerja lapangan untuk mendapatkan maklumbalas dari sampel / responden di kawasan.
















Sebagai rekod, ini adalah kali ke 4 #TeamEnemurator G2 bekerjasama dengan IYRES, sebagaimana berikut :

1. Pada 30 April 2015, 2 hari untuk Kajian Belia semasa Jambori Sukarelawan Darul Takzim di Hutan Bandar, Kulai
2. Pada 27 September - 23 Oktober 2016 untuk Projek 4D Outreach - Kajian Keberkesanaan Pelaksanaan Program ARPRM di 4 lokasi dalam Daerah Segamat melibatkan lebih 500 responden dari sekolah dan NGO. Projek ini dibiayai menerusi geran penyeldikan IYRES.
3. Pada 22 - 23 September 2017 untuk kajian sempena Himpunan Muafakat Belia Johor di Bandar Utama, Segamat
4. Bermula 28 Januari 2019 untuk Kajian Pandangan Rakyat Malaysia Terhadap Pasca PRU-14 melibatkan lebih kurang 120 orang responden.

Penyelidikan adalah asas untuk kita memahami apa yang berlaku, akan terjadi, kesan dan akibat. Ia adalah sebahagian dari proses untuk membangunkan negara ini.
Selamat berkhidmat semua enemurator G2.
#Reseach #Kajian #TeamEnemurator #SocialResearch









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)