Halaman

Selasa, 9 April 2019

[381] Ekspedisi Bukit Manisan @ Bukit Pemanis

SABTU, 6 APRIL 2019 - Seramai 22 orang terdiri daripada peserta dan jurulatih ARPRM dari G2 telah menyempurnakan ekspedisi pendakian Bukit Manisan di Felda Pemanis sempena International Earth Day.

Sambutan International Earth Day setiap tahun dilaksanakan pada 22 April. Namun, bagi G2, ia dilaksanakan lebih awal memandangkan jadual yang amat padat selepas ini. Kali ini, Persatuan memilih untuk mendaki Bukit Manisan yang berketinggian 303 meter dari aras laut bersama peserta -peserta baharu ARPRM.

Pendakian dimulakan jam 08.30 pagi dan tiba di puncak kira - kira sejam selepas itu.

























Antara pengisian ketika di puncak adalah perkongsian pengalaman dari jurupandu (guide) iaitu Khalid Abu Talib yang juga merupakan peserta ARPRM G2 Kumulan Pertama pada tahun 2004. Beliau dan isterinya, yang juga alumni ARPRM kumpulan pertama bersama - sama di dalam program ini.
Suria Sipon dan Azahari Abdullah, kedua - duanya adalah Pemegang Emas ARPRM 2016 dan 2017 turut berkongsi pengalaman - pengalaman menarik ketika kedua - dua mereka mengikuti program KLD Tunas Samudera Voyage 385 / 19 baharu - baharu ini.























Sepanjang pendakian menaik dan kemudian menuruni bukit, para peserta telah mempelajari jenis - jenis pokok, kesan - kesan haiwan dan berpeluang merasai air dari akar / batang pokok.










Program ditutup dengan penyampaian sijil kepada semua peserta.








Terima kasih kepada jurupandu, jurulatih dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam program ringkas yang disusun dalam masa dua hari ini.
Semoga ada manfaat yang dapat kita perolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)