Halaman

Isnin, 27 Mei 2019

[386] Sharing Session Programme SMK LKTP Pemanis

KHAMIS, 23 Mei 2019, 18 Ramadan 1440H
Dengan matlamat untuk memberikan sedikit pendedahan laluan dan matlamat pembelajaran, Sharing Session Programme dijalankan untuk pelajar - pelajar Tingkatan 3 dan 5 SMK LKTP Pemanis.
Program ringkas ini menampilkan alumnus SMK Pemanis dan anak - anak Felda Pemanis dari pelbagai latar belajang : Akademik dan TVET. Tiga hari dari mula diamanahkan untuk menggalas program ini, Alhamdulillah ia berjaya dilaksanakan.

Terima kasih untuk semua Team Sukarelawan Pendidikan kali ini. Firuddin Rahmat (alumnus IKTBN Alor Gajah dan IKTBN Kinarut, Sabah), Muhd Nur Amin Jemiran (mahasiswa Kejuruteraan Politeknik Premier Shah Alam), Ainun Sa'adah Assri (alumnus sains Kolej Matrikulasi Johor), Iman Raj Salihin (alumnus MRSM JB, Sains Hayat UiTM Dengkil, Tokoh Kokurikulum MRSM Malaysia) dan Hairul Asraf Abas (STPM 2018).
Terima kasih jua buat Cikgu Noor Azura, Pengetua dan Cikgu Ismail GPK 1 di atas kepercayaan ini.











































Beberapa siri yang lebih baik dengan menampilkan tokoh - tokoh anak - anak Felda Pemanis dijangkan akan diadakan.
Ia adalah tradisi tali temali yang digerakkan secara sukarela untuk memastikan generasi berikutnya mendapat walau bukan yang lebih baik, tetapi sekurang - kurangnya setara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)