Halaman

Jumaat, 18 Oktober 2019

[422] Youth Career Siri 2 Daerah Segamat 2019 : Baikpulih dan Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan 4 Roda

Y Career Siri 2 Daerah Segamat : Baikpulih dan Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan Empat Roda (4x4) pada 13 - 17 Oktober 2019 bertempat di MFZ Motorsport, Kg Paya Pulai, Segamat









Hari 1 dari 5 : Ahad, 13 Oktober 2019
Sesi pada hari pertama ini dimulakan dengan penyerahan pelatih untuk Program Youth Career Daerah Segamat Siri 2 : Baikpulih dan Penyelenggaraan Kenderaan Pacuan 4 Roda yang diadakan di MFZ Motorsport, Kg Paya Pulai.

Program Y Career ini diadakan selama 5 hari bermula 13 - 17 Oktober 2019 dari jam 9 pagi - 5 petang. Ia adalah program Kementerian Belia dan Sukan dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Encik Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah menyampaikan amanat dan menyerahkan seramai 10 orang pelatih kepada Encik Faiz, Pengurus MFZ Motorspot.

6 dari 10 orang pelatih adalah dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.Mereka perlu menyempurnakan sesi selama 40 jam dalam tempoh 5 hari tersebut.

Pelatih akan mempelajari secara praktikal (hands on) bagaimana untuk menyelenggara dan membaikpulih kenderaan pacuan 4 roda (4x4). Pensijilan adalah dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

































Hari 2 dari 5 : Isnin, 14 Oktober 2019









Hari 3 dari 5 : Selasa, 15 Oktober 2019










Hari 4 dari 5 : Rabu, 16 Oktober 2019















Hari 5 dari 5 : Khamis, 16 Oktober 2019

ENAM ORANG DARI G2 TAMAT PROGRAM Y CAREER SIRI 2

SEGAMAT, 17 Oktober - Seramai 6 orang dari G2 telah berjaya menamatkan Program Youth Career Siri 2 Daerah Segamat : Kursus Asas Penyelenggaraan dan Baikpulih Kenderaan Pacuan Empat Roda. Kursus lima hari itu yang bermula pada 13 Oktober lepas diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil yang disempurnakan oleh Cik Fadhilah Ahmad, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Program bersifat latihan kemahiran ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama MFZ Motorsport bertempat di Bengkel MFZ Motorsport, Kg Paya Pulai, Segamat.

Seramai 10 orang pelatih terdiri dari belia berumur 18 - 30 tahun telah menyempurnakan 5 modul yang ditetapkan dalam tempoh pembelajaran selama 40 jam. Antara modul yang dipelajari adalah Pengurusan Keselamatan Tempat Kerja, Penyelenggaraan Kenderaan, Sistem Pacuan Empat Roda, Sistem Break, Bahan Api dan Pelinciran dan Sistem Enjin Diesel Turbo.

Selain teori, mereka juga diberikan penekanan terhadap aspek praktikal secara hands - on bagi memastikan para pelatih benar - benar memahami apa yang dipelajari.

Turut bersama di dalam majlis tersebut adalah Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Tuan Haji Sallehen Mohamed (Pengerusi Majlis Belia Negeri Johor) dan Encik Mohd Faiz Mohamed (Pengurus MFZ Motorspot)

Dalam ucapannya, Cik Fadhilah menegaskan "Menerusi Program Y Career, kita ingin melihat bagaimana belia kita boleh mengembangkan bakat dan kemahiran yang mereka pelajari untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Ia juga boleh dijadikan asas untuk mencipta kerjaya, sama ada bekerja dengan majikan atau sebagainya, dalam bidang yang telah dipelajari."

"Para peserta juga akan dipantau selama 6 bulan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Pejabat Belia dan Sukan Daerah bagi mengenalpasti sejauh mana mereka mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari," tambah beliau lagi.

Sementara itu menurut Encik Maizatul Akmal, Kerajaan menerusi Bajet 2020 amat menekankan penglibatan belia menerusi kemahiran iaitu TVET (Pendidikan Latihan Vokasional dan Teknikal). Ini kerana, menurut beliau, TVET atau kemahiran ini berperanan penting dalam memacu ekonomi dan ruang pekerjaan pada masa ini dan hadapan.

Di samping sijil tamat latihan, para pelatih juga dihadiahkan dengan satu set kit alatan baikpulih kenderaan. Ia telah disampaikan oleh Tuan Haji Sallehen, Presiden MBNJ. Tahniah kepada semua pelatih Y Career Siri 2 Daerah Segamat yang berjaya menamatkan program dan semoga mereka dapat memanfaatkan kemahiran yang dipelajari.

#Skills
#YCareer
#4x4






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)