Halaman

Ahad, 10 November 2019

[428] Youth Economic Forum 2019

FORUM EKONOMI BELIA 2019
YOUTH ECONOMIC FORUM 2019

Sabtu, 9 November 2019 - Bertempat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), Persatuan Alumni Felo Perdana telah menganjurkan Youth Economic Forum 2019.
Suria Sipon, Alumni Felo Korporat dan Pemegang Emas ARPRM 2016 dari G2 telah bersama menyertai program tersebut.
Ucaptama telah disampaikan oleh YB Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan.
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor telah menutup rasmi forum tersebut manakala YB Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Port Dickson juga menjadi antara ahli panel yang berjumlah 23 orang itu.
Youth Economic Forum 2019 bertujuan menggalakkan perspektif dan pandangan baharu mengenai keadaan ekonomi melalui perbincangan yang membina dan berasaskan fakta.
Forum itu berjaya menarik lebih daripada 1,800 penyertaan terdiri daripada golongan belia profesional yang mampu membawa perubahan kepada komuniti setempat.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)