Halaman

Selasa, 7 Januari 2020

[436] Bengkel Malaysian Youth Index System

PEMAKLUMAN PERALIHAN SISTEM REKOD AKTIVITI G2 DARI KAEDAH MANUAL KE SISTEM DIGITAL ONLINE

7 Januari 2020, Selasa : Pagi tadi, Sdra Raziman Joraimi telah menghadiri sesi khas G2 bersama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ia dikendalikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik, Cawangan Pengurusan Data, IYRES KBS.
Tujuan sesi ini adalah untuk memperkenalkan kaedah perekodan aktiviti Jabatan Kerajaan / NGO - Persatuan Belia secara digital dan online menerusi sistem yang dibangunkan oleh IYRES.
G2 merupakan Persatuan perintis dan pertama di Malaysia yang akan menggunakan sistem yang diberi nama Malaysian Youth Index System (eMYind), diakses menerusi portal http://emyind.iyres.gov.my/.
Menggunakan kaedah ini, setiap aktiviti yang dianjurkan G2 akan direkodkan ke dalam sistem, diverifikasi dan dihantar terus untuk makluman IYRES KBS bagi tujuan pengumpulan data kecenderungan aktiviti belia akar umbi. Menerusi sistem ini juga, Persatuan dapat merekod data aktiviti sepanjang tahun secara digital.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)