Halaman

Isnin, 8 Jun 2020

[497] Penyampaian Sijil Sukarelawan G2 Projek PKP dan Ramadan

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah melakukan serahan tangan sijil kepada semua sukarelawan yang bersama di dalam projek - projek sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan bulan Ramadan. Ia ditandatangi oleh YB Exco Kerajaan Negeri Johor, Dr. Chong Fat Full, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Pemanis.

 






 

G2 dan Persatuan Buddhist Segamat adalah antara organisasi yang memobilisasikan kumpulan anak muda dalam daerah Segamat bagi beberapa projek sempena PKP, PKPB dan bulan Ramadan.

Antara projek yang dilaksanakan oleh G2 sepanjang tempoh tersebut adalah :

1. Lentera Kasih 8.0 - projek utama yang memakan masa di lapangan selama 21 hari tidak termasuk kerja - kerja pengurusan di belakang tabir. Menggunakan dana dari kutipan awam.

2. Mobilasi Kit Cegah Covid - 19 Jaringan Kebangsaan Peringkat Negeri Johor - inisiatif Persatuan Belia Dinamik Barat yang digerakkan oleh G2 di negeri Johor. Ia mengambil masa selama 7 hari meliputi kerja - kerja di lapangan dan pengurusan.

3. Jejak Asnaf bersama MAIJ - membayar amanah wang fidyah selama 3 hari kepada kumpulan asnaf.

4. Pojek Latihan Menghadapi Temuduga Felo Perdana dan Felo Korporat

5.  Pengurusan Dokumen Penempatan Institusi Pengajian Tinggi dan Kes Rayuan - Untuk Lepasan #SPM2019

6. Edaran Kit Berbuka Puasa sumbangan awam kepada komuniti Segamat.

7. Projek Face Mask dan Hand Sanitizer Untuk Sekolah - Sekolah Daerah Segamat - sebagai persediaan pembukaan sektor pendidikan (sekolah)

8. Perkongsian Di Dalam Talian bersama Duta ASEAN Youth Organization (AYO) dan Himpunan Mahasiswa Ilmu Pengetahuan Sosial Universitas Lampung, Indonesia yang disertai oleh seramai 36 peserta dari G2 dan keseluruhan 100 peserta dari Malaytsia dan Indonesia. G2 adalah Stategic Partner projek nusantara ini.

9. Rakaman Video Ucapan Hari Raya - Salam Perantau dari #TeamG2 yang tidak dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri. Sebanyak 10 klip video rakaman dari 10 perantau telah disirakan.

10. Perkongsian Pengalaman kehidupan semasa PKP dan PKPB oleh #TeamG2 menerusi siaran video di semua media sosial.

11. Berbagai lagi program sampingan berteraskan kebajikan, pendidikan dan pembangunan remaja.

Pada mulanya, terasa semacam betapa sukarnya menggerak program kerana PKP dan PKPB. Tetapi, rahmat Allah hadir pada setiap getir yang diiringi usaha.

Terima kasih kepada semua yang berada di belakang tabir menggerakkan program. Terima kasih kepada semua yang menyokong, menyumbang dan mempertahankan setiap apa yang dilakukan oleh G2.

Semoga rahmat Allah sentiasa bersama semua. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)