Halaman

Rabu, 5 Ogos 2020

[514] Ibadat Korban Muafakat Nasional Zon Johor Utara

Sabtu, 1 Ogos 2020 - Sukarelawan #TeamG2 hari ini telah bersama - sama berkhidmat di dalam Program Korban Muafakat Zon Johor Utara yang diadakan di FELDA Chemplak, Labis.
Program telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. Turut bersama adalah Datuk Dr. Haji Baharum Mohamed dan pemimpin - pemimpin dari bahagian Segamat, Sekijang dan Labis.




 






























Kerja - kerja penyembelihan telah bermula sekitar jam 08.00 pagi diikuti dengan melapah dan membungkus yang siap sempurna jam 10.00 pagi. Ia kemudian diikuti dengan program perasmian oleh Menteri Besar di Dewan Semai Bakti FELDA berkenaan dan berakhir kira - kira jam 12.00 tengah hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)