Halaman

Rabu, 12 Ogos 2020

[520] Kelas Maya Akademi Impact Youth - Day 4

Akademi Impact Youth - Hari ke 4
Selasa, 11 Ogos 2020 : Sesuatu projek impak sosial yang hendak dijalankan haruslah didahului dengan kajian terlebih dahulu. Ia menjadi sebahagian dari mekanisme pengukuran yang kemudian akan menentukan impak projek tersebut.







Menurut Anis, salah seorang dari 4 orang pasukan pengurusan #TAG4Future dari #TeamG2, hari ini mereka belajar kaedah penyelidikan yang meliputi kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Tugasan hari ini mengkehendaki mereka melakukan soal selidik terhadap beberapa orang pelajar untuk mendapatkan maklumat sebagai pra projek.






Kelas hari ini turut dihadiri oleh Faiz, Mustakim dan Irfan.
Sesi akan bersambung 2 jam lagi esok secara virtual menerusi platform Google Meet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)