Halaman

Jumaat, 21 Ogos 2020

[526] Temuramah Johan APBN Johor Bersama Johor FM

ASPIRASI ANAK MUDA UNTUK NEGARA TERCINTA
JOHOR BAHRU, 18 Ogos 2020 - Jaringan Perlindungan Sosial dan Inklusiviti Pendidikan adalah antara perkara yang disentuh dan menjadi aspirasi sebagaimana dilontarkan oleh Mohd Firdaus Zainal Abidin, Tokoh Belia Johor dan Johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor 2020.
Menerusi satu temuramah yang disiarkan secara langsung oleh stesten radio Johor FM Permata Selatan, Firdaus mengulas mengenai kepentingan penjagaan kebajikan oleh komuniti secara keseluruhan selain dari terlalu bergantung kepada Kerajaan menerusi agensi dan jabatan yang wujud.








Beliau juga menegaskan menengai peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan instutusi keagamaan seperti masjid dan surau contohnya yang boleh memberikan perlindungan dan jaminan kebajikan untuk komuniti setempat.
Menyentuh mengenai insklusiviti pendidikan, Firdaus melontarkan aspirasi beliau agar semua pihak memainkan peranan signifikan dalam membantu sektor tersebut. Setiap orang mempunyai kepakaran masing - masing dan ia boleh digunakan untuk memajukan lagi bidang pendidikan.
Ini bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.
Firdaus ditemuramah oleh DJ Cik Merah selama 30 minit di konti Johor FM bertempat di Kompleks Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru. Siaran itu boleh diikuti menerusi radio dan Facebook.
Beliau juga menceritakan mengenai penglibatan bersama Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, khususnya program ARPRM dan bagaimana ia mencorak diri beliau sehingga berjaya menggondol Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)