Halaman

Isnin, 31 Ogos 2020

[534] Pengurusan Dokumen Pelajar Sarjana Muda ke Universiti - Part 2

Jumaat, 28 Ogos 2020 - Hari pertama dari beberapa hari yang dijadualkan untuk sesi pengesahan dokumen dan saksi untuk para pelajar yang bakal menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam telah berlangsung dengan sempurna.

Secara ringkasnya, ia dibahagi kepada 3 perkara utama :
1. Dokumen kemasukan ke universiti
2. Dokumen permohonan bantuan pendaftaran 
3. Dokumen permohonan pembiayaan sepanjang tempoh belajar

#TeamG2 seperti tahun - tahun sebelumnya sejak sedekad yang lalu menawarkan perkhidmatan untuk membantu anak - anak Pemanis dalam pengurusan menyambung pengajian. 




































Encik Mohd Firdaus Zainal yang berkhidmat bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial, Kementerian Sumber Manusia kali ini mengambil giliran dari kalangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional #TeamG2 untuk proses pengesahan dokumen dan saksi ini. Beliau juga adalah pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2020. 

Selain beliau, ada beberapa lagi aktivis G2 yang juga berkelayakan untuk berbuat demikian.

G2 percaya dengan pendidikan dan kemahiran, ia adalah mekanisme terbaik bagi merubah nasib diri, keluarga dan bangsa. Justeru, komitmen G2 untuk pendidikan adalah tidak berbelah bahagi.
Terima kasih Encik Firdaus untuk sesi hari ini. Ia bersambung semula esok kerana banyak dokumen anak - anak Pemanis yang perlu diselesaikan.

#BungaBangsa
#RoadToDegree

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)